Pergi ke kandungan

Hubungan Malaysia–Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia-Singapura
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Singapore

Malaysia

Singapura
Misi diplomatik
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, SingapuraSuruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur
Duta
Pesuruhjaya Tinggi Azfar Mohamad MustafarPesuruhjaya Tinggi Vanu Gopala Menon

Hubungan Malaysia–Singapura merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Singapura, selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965. Singapura mempunyai suruhanjaya tinggi di Kuala Lumpur dan pejabat konsulat jeneral di Johor Bahru,[1][2] manakala Malaysia mempunyai suruhanjaya tinggi di Singapura.[3] Kedua-dua negara ialah anggota penuh bagi Negara-Negara Komanwel dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).[4][5][6]

Hubungan diplomasi

[sunting | sunting sumber]

Hubungan dua hala

[sunting | sunting sumber]

Singapura dan Malaysia meraikan hubungan dua hala yang rapat, dan terdapat sebuah acara tahunan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura bagi perbincangan dua hala antara kedua-dua negara.

Pemimpin kedua-dua negara

Lee Kuan YewGoh Chok TongLee Hsien LoongLawrence WongTunku Abdul RahmanAbdul Razak HusseinAbdul Razak HusseinHussein OnnMahathir MohamadAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakMahathir MohamadMuhyiddin YassinIsmail Sabri YaakobAnwar IbrahimSingapuraMalaysia

Hubungan sosio-ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata pada 1981: Kisah kejayaan Singapura dalam bidang ekonomi dan sosial tidak boleh tidak menjadi ikutan untuk rakyat Malaysia daripada hanya menjadi bahan yang dicemburui. Oleh itu, apa yang kita lakukan dalam negara kita sendiri adalah menyumbang dan saling melengkapi ke arah kemajuan masing-masing.[7]

Setakat 2015, Singapura ialah rakan kerjasama perdagangan terbesar Malaysia, dengan jumlah import dan eksport dianggarkan US$28 bilion.[8] Sebaliknya, rakan kerjasama perdagangan terbesar Singapura ialah China, diikuti Hong Kong dan Malaysia.[9] Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pernah mencadangkan kedua-dua negara boleh menggalakkan penguatkuasaan dan e-perdagangan, dan menggalakkan pembayaran elektronik.[10]

Secara khusus, negeri paling selatan Malaysia, Johor meraikan hubungan dua hala yang erat dengan Singapura.[11][12] Kedua-dua wilayah berjiran antara satu samalain dan berkongsi sumber semula jadi seperti air.[13] Tambahan pula, Johor dan Singapura, bersama-sama Kepulauan Riau, Indonesia, membentuk Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI. Singapura secara tetap menjadi satu daripada sumber tertinggi bagi pelaburan langsung asing ke Iskandar Malaysia, sebuah koridor ekonomi yang meliputi selatan Johor.[14] Sementara, kira-kira 300,000 rakyat Malaysia dari Johor bergerak merentasi dua lintas sempadan antara Johor dan Singapura - Tambak dan Laluan Kedua - dalam kerja harian, sam ada untuk peluang kerja atau pendidikan.[15][16]

Pada 2018, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean semasa lawatannya ke Sabah berkata bahawa mereka berminat untuk membantu mereka dalam pendidikan teknikal dan vokasional dalam usaha membina kemahiran bagi belia negeri untuk memenuhi keperluan industri negeri dengan undangan ke Singapura juga disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dan pegawai negeri yang lain untuk perbincangan akan datang mengenaik kersama dalampembangunan kemahiran teknikal untuk belia negeri.[17] Selanjutnya pada 2019, Sarawak membuka pejabat perdagangan dan pelancongannya di Singapura untuk menggalakkan pelaburan dengan beberapa rundingan perdagangan lain turut ditandatangani antara dua wilayah.[18][19] Semasa lawatan oleh Menteri Kanan Negara Singapura bagi Perdagangan dan Industri Chee Hong Tat ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada Ogos, dia berkata Sabah menjadi rakan kerjasama penting bagi Singapura saban tahun dan berharao untuk mempertingkat hubungan ke tahap yang lebih tinggi di masa depan dengan mengaturkan sebuah pejabat perdagangan Sabah di Singapura.[20] Semasa pertemuan tersebut, Chee menambah bahawa Singapura berminat untuk melabur dalam membangunkan kemudahan hospitaliti pelancongan begitu juga pada pelancongan pelayaran.[20] Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata Sabah sudah dalamproses membentuk perikatan strategi dengan Singapura untuk memudahkan dan mencipta platform untuk komuniti perniagaan kedua-dua wilayah dan meneroka perdagangan yang berpotensi dalam produk makanan yang dikilangkan berasaskan pertanian.[21]

Isu dan perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Lawatan Malaysia ke Singapura 2018

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 November 2018, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke negara ini atas jemputan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.[22] Pada 12 November, Mahathir selamat tiba di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.[23] Mahathir menggambarkan hubungan baik antara Malaysia dengan Singapura sebagai ‘kembar’.[24]

Kerajaan Singapura menamakan spesies orkid hibrid sempena nama Mahathir dan isterinya, Siti Hasmah Mohamad Ali sempena lawatan rasmi mereka ke republik itu.[25]

Iskandar Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar; sebelumnya SJER) terletak di selatan negeri Johor Darul Ta'zim serta berkedudukan berhadapan dengan bahagian utara pulau Singapura. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Banyak kelebihan diberikan kepada pelabur dari Singapura agar mereka melabur sebanyak mungkin ke situ dan tidak ke China, Vietnam, Bangalore, India dan lain-lain pesaing. Sebelum ini pelaburan Singapura mencurah-curah ke China, Vietnam, Thailand dan Vietnam.

Malaysia lambat bertindak dan merasakan tiada keperluan untuk mengalirkannya ke Malaysia. Jumlah pelabur asing (FDI) ke Malaysia semakin berkurang kerana insentif yang diberikan sama atau lebih baik dari negara lain.

Rancangan Iskandar Malaysia ini mendapat tentangan keras rakyat Malaysia yang merasakan tindakan ini sebagai campur tangan dan penjajahan Singapura di selatan semenanjung Malaysia. Sikap kiasu dan keras kepala Singapura terhadap rancangan jambatan baru menggantikan Tambak Johor juga semakin menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Bekas ahli parlimen Parit Sulong, seorang penulis serta pengendali blog Datuk Ruhanie Ahmad serta beberapa rakan beliau melahirkan kebimbangan mereka terhadap idea pelaksanaan rancangan Iskandar Malaysia ini [26] [27].

Iskandar Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam yang juga merupakan bekas ketua Datuk Ruhanie sendiri dilihat memberi ruang yang terlalu berlebih-lebihan kepada pelabur Singapura sehingga mereka boleh masuk tanpa sebarang pemeriksaan imigresen seperti kelazimannya. Beliau juga mengetengahkan persoalan bagaimana jawatan kuasa bersama Malaysia-Singapura yang memantau bentuk kerjasama di wilayah pembangunan terbabit bakal memberi kesan terhadap kedaulatan negara.[28]

Malaysia bukanlah tapak sampah industri dari Singapura. Sebaliknya Malaysia hanya mahu pelabur yang bermutu dan terpilih sahaja dari Singapura. Rakyat Malaysia juga tidak mahu rancangan pembangunan ini akhirnya menjadi Singapura kedua. Harga rumah dan barangan yang tinggi dan mendadak di Johor Bahru adalah akibat dari mudahnya rakyat Singapura keluar masuk serta memiliki rumah dan harta di Malaysia.

Pulau Batu Puteh

[sunting | sunting sumber]

Apabila peta Malaysia baru diterbitkan pada 1979 , Singapura terkejut apabila Pulau Batu Putih dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia. Walhal sejak zaman berzaman pihak berkuasa Singapura yang mengendalikan rumah api di Pulau Batu Puteh tanpa sebarang bantahan dari Malaysia.

Kini Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) di Hague , Belanda cuba membicarakan masalah ini dengan memanggil peguam negara serta peguam bela dari Malaysia dan Singapura. Perselisihan perkara tersebut selesai pada 19 Jun 2008, apabila keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap Pulau Batu Putih berpihak kepada Singapura manakala 2 pulau yang tidak diketahui namanya berpihak kepada Malaysia.

Kawalan Selat Melaka

[sunting | sunting sumber]

Kawalan Selat Melaka dari ancaman lanun dan pengganas bukanlah tanggungjawab Singapura tetapi Malaysia dan Indonesia. Hakikatnya Singapura lebih berhadapan dengan ancaman lanun dan pengganas kerana Singapura terlalu bergantung kepada kelebihan pelabuhan dan pengangkutan pukal di laut.

Cubaan Singapura 'mengajak' tentera Amerika Syarikat mengawal keselamatan Selat Melaka dilihat sebagai cubaan memperluas hegemoni Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Kehadiran Amerika Syarikat sebagai polis dunia hanya akan meningkat suhu keselamatan. Lihat contoh nyata letupan demi letupan tidak berkesudahan di Afghanistan dan Iraq sejak 2001 - 2003 - 2008.

Pangkalan tentera laut Malaysia di Woodland

[sunting | sunting sumber]

Pangkalan tentera laut Woodland ini asalnya milik Malaysia. Malaysia bukan saja-saja meletakkan tentera lautnya di Singapura dan cuba mengawal Singapura. Tugas mengawal keselamatan perairan Singapura bukan lagi di bawah kawalan Malaysia. Singapura sepatutnya berdikari dan mengawal sendiri perairan , pulau-pulau dan pelabuhan-pelabuhannya.

Setelah rundingan demi rundingan dibuat , akhirnya pangkalan tentera laut Malaysia itu memang wajar di pindahkan ke wilayah Malaysia sendiri iaitu di Lumut, Perak. Sepatutya pangkalan tentera laut tidak sahaja dibina di Lumut tetapi juga di selatan Johor. Pangkalan laut ini sepatutnya setanding atau lebih baik daripada di Woodland kerana Pengakalan tentera laut Lumut sendiri lebih baik dari segi geografi atau keselamatan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Ruang udara Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Penduduk Johor tidak senang dengan kehadiran pesawat tentera udara Singapura di Johor. Pesawat canggih yang dibeli dari Amerika Syarikat ini didapati berlegar-legar di ruang udara Johor seolah-olah membuat intipan . Kem tentera Majidee terletak di bandar raya Johor Baharu.

Bekalan air dari Johor

[sunting | sunting sumber]

Singapura asalnya milik Malaysia dan tidak menjadi masalah berhubung bekalan air dari Bukit Pulai, Johor. Perjanjian demi perjanjian telah dibuat antara Malaysia dengan Singapura bagi memastikan bekalan air yang berterusan ke Singapura. Sampai pada satu ketika kerajaan negeri Johor membeli pula dari Singapura dengan harga yang tinggi. Sepatutnya ini tidak berlaku dan dinilai sebagai tidak adil dan tidak wajar kepada Malaysia.

Krisis air di Malaysia sekitar tahun 1997 mnyebabkan rakyat Malaysia menilai semula hal ini. Rakyat Johor tidak mendapatkan bekalan air yang secukupnya dan dilihat anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Kolam takungan di Melaka pula kering kontang waktu itu.

Kolam takungan di Bukit Pulai, Johor ini dikawal keselamatannya, diselia kualiti airnya oleh pihak Singapura, bukan pihak Malaysia. Tidak dibenarkan sesiapa dari Malaysia menceroboh kawasan tersebut. Ironinya inikan kawasan Malaysia.

Jambatan kedua

[sunting | sunting sumber]

Jambatan kedua dibina bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan kesesakan di bandar raya Johor sendiri. Aliran pengangkutan di jambatan Link Kedua tidak sepadan dengan matlamat pembinaannya kerana kedudukan terlalu jauh. Masalah kesesakan di Tambak Johor juga masih tidak selesai.

Jambatan Bengkok

[sunting | sunting sumber]
Lakaran imaginasi artis berkenaan Jambatan Bengkok Johor, Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas menyatakan pihak Singapura telah setuju membina jambatan antara Singapura dengan Malaysia dan kontrak pembinaan telah diberikan kepada syarikat Gerbang Perdana.

Tetapi semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir, isu pembinaan jambatan ini dirundingkan semula dan banyak tentangan dari Singapura , seolah-olah tidak wujud rundingan sebelum ini.

Akhirnya jambatan bengkok berbentuk huruf S tidak dibina dan semua memandang dengan penuh kekesalan. Mengapa perkara baik ini dibantah juga oleh Singapura. Tidak pernah wujud jambatan S di seluruh dunia.

Bagi Singapura , jambatan bengkok ini bukanlah satu keperluan mendesak kerana keselamatan paip-paip air di Tambak Johor adalah lebih utama. Pihak industri di Singapura juga cukup mematuhi akta pencemaran alam sekitar. Sebagai sebuah negara maju , Singapura memang tegas berhubung pencemaran air dan lautnya. Malah mereka yang membuang puntung rokok ke jalan raya dan makan 'chewing gum' akan didenda. Ada sahaja orang awam yang akan membuat laporan kepada polis dan pesalah segera ditangkap . Sebaliknya Sungai Senget dan Sungai Johor 'penuh' dengan sampah dan menjejaskan kualiti air di Tambak Johor. Jadi pada akhirnya jambatan S ini tidak akan menyelesaikan masalah mutu air di Tambak Johor.

Pada 29 Mei 2010, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Malaysia harus dan perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok yang merentasi Selat Tebrau ke Singapura. Sebelum ini, kerajaan malaysia telah membatalkan hasrat membina jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia yang bernilai RM 1.113 billion dengan alasan pembinaan jambatan bengkok tidak mendapat persetujuan bersama antara Singapura, selain disebabkan masalah hak empunya Tambak Johor dan masalah penyambungan paip air dari Johor, Malaysia ke Singapura.

Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan dari Singapura kerana keseluruahn jambatan bengkok yang akan dibina kelak berada dalam perairan Malaysia dan Malaysia bebas membina apa sahaja pembangunan di kawasan perairannya tanpa meminta izin dari pihak luar. Ini kerana Tun menyifatkan Malaysia adalah negara merdeka. Tun juga menyifatkan pembinaan jambatan bengkok kelak pasti akan dipersetujui oleh Singapura kerana ia adalah cadangan yang baik. Tun juga memeberitahu selama beliau memimpin Malaysia selama 22 tahun, rundingan dengan Singapura tentang status Tambak Johor tidak pernah selesai.

Jambatan bengkok berbentuk S kelak akan membolehkan air laut yang selama ini terperangkap akibat halangan dari Tambak Johor akan bebas, seterusnya melancarkan perjalanan air laut yang akan mengawal pencemaran air laut dikawasan berekenaan. Selain itu ia juga akan membolehkan bot-bot kecil dan sampan nelayan di perairan Malaysia untuk bergerak melalui Selat Tebrau ke pantai barat atau pantai timur buat pertama kalinya dalam sejarah. Selain itu pembinaan jambatan bengkok berbentuk S juga akan menguntungkan Malaysia dalam pelbagai aspek pada akan datang, menarik minat pelancong melawat Malaysia, sebagai satu-satunya mercu tanda di dunia yang melibatkan pembinaan jambatan bengkok berbentuk S dan pembinaan jambatan tersebut dibina pada harga yang munasabah dan Malaysia pastinya mampu membinanya.

Pasir dari Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Lee Kuan Yew berkali-kali menyatakan Singapura bukanlah adik kandung Malaysia , tiada apa yang perlu Singapura takutkan.

Kerajaan negeri Johor termakan juga dengan desakan nasionalis Malaysia agar pasir tidak dijual atau dikurangkan ke Singapura. Kini Singapura beralih kepada pulau Batam di Indonesia sebagai sumber .Tetapi selepas perubahan dalam kementerian Indonesia selepas pilihan raya, pihak Indonesia mengharamkan pasir Indonesia dibawa masuk ke Singapura.Ini membuatkan kerancakan pembangunan Singapura terhenti. Dalam beberapa kes , Singapura dituduh sebagai batu api dalam diplomatik Malaysia dan Indonesia.

Tambak di Tuas

[sunting | sunting sumber]

Pasir dari Malaysia digunakan oleh Singapura untuk menambak pantai Singapura sehingga kapal - kapal dagang tidak dapat berpusing di situ. Hal ini memang salah Malaysia sendiri yang membenarkan jutaan tan pasir dijual ke Singapura tanpa sebarang pemantauan. Sempadan kedua-dua negara pasti akan berubah kerana tempat paling dalam yang menjadi sempadan negara telah berubah.

Ekosistem di Selat Tebrau semakin berubah dan nelayan mendapati jumlah tangkapan ikan semakin berkurangan. Banjir besar, dalam dan lama di Kota Tinggi dikatakan berpunca dari hal ini.

Hubungan Singapura Israel

[sunting | sunting sumber]

Israel adalah musuh negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia tetapi Singapura pula bertindak sebaliknya sehingga mengadakan hubungan kerjasama dengan pihak israel dengan membina sebuah kem latihan ketenteraan di Singapura. Bahkan jawatan Ketua Menteri Singapura juga diberikan kepada seorang Yahudi. Pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel mahupun Baitulmaqdis kecuali kes Tunku Abdullah dari negeri Sembilan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Yahudi itu. Memang Malaysia tidak patut campur tangan berhubung soal hubungan diplomatik antara Singapura dan Israel.

Dikatakan Singapura menggunakan strategi dan kepakaran yang digunakan Israel terutama sekali soal keselamatan terkepung.

Singapura sekutu Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Setelah pangkalan tentera marin Amerika Syarikat di Manila , Korea Selatan dan Okinawa, Jepun ditutup , Singapura menawarkan diri menjadi pengkalan tentera marin Amerika.

Tatkala semua negara hendak mengeluarkan pangkalan tentera Amerika , Singapura pula bertindak sebaliknya. 'Bantal' yang disorong digunakan sebaik-baiknya oleh tentera marin Amerika Syarikat. Sehingga kini pelbagai perjanjian keselamatan , persidangan keselamatan Selat Melaka dan latihan ketenteraan dua hala dan pelbagai hala telah diadakan di rantau ini. Kapal tentera Amerika Syarikat menjadikan Singapura sebagai sebagai pangkalan untuk berehat, mengisi minyak dan membaiki sebarang kebocoran kapal.

Pelabuhan Klang juga pernah membenarkan kapal tentera marin Amerika Syarikat berlabuh. Akhirnya Malaysia terpaksa akur kepada tuntutan Amerika Syarikat agar Selat Melaka dikawal secara bersama. Jika tidak Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi dari segi kos kawalan perairan dan kawalan satelit. Peningkatan kadar rompakan, rampasan kapal dagang, penyeludupan senjata, pengedaran dadah, penculikan, pelanunan dan kegiatan pengganas kumpulan Abu Sayyaf dan al Qaeda menyebabkan Malaysia dan Indonesia sebagai pihak yang lemah, terdedah, cuai dan tidak ambil pusing. Malaysia dan Indonesia memang tidak berupaya mengawal perairannya kerana pantainya panjang dan luas. Lanun, pengganas dan pendatang tanpa izin mudah menyusup ke dalam hutan bakau.

DAP dan PAP

[sunting | sunting sumber]

Hakikatnya parti DAP adalah lanjutan dari PAP di Singapura yang diasaskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Singapura waktu itu, Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew melihat dasar mengutamakan Melayu / Bumiputera mendatangkan masalah kepada persaingan yang sihat dan ekonomi akan terjejas. Lantaran itu PAP menganjurkan menganjurkan 'Malaysian Malaysia' iaitu dasar sama rata sama sasa. Beliau bertegas bahawa ramai rakyat Malaysia adalah orang luar juga dan bukan penduduk asli di Malaysia, contohnya Jaafar Albar keturunan Arab. Jadi orang China dan India adalah setaraf dengan orang Melayu yang juga pendatang.

Isu ini memarakkan api perkauman sehingga mencetuskan sengketa kaum dan rusuhan seperti peristiwa Natrah. Musuh nyata parti Perikatan ialah PAP. Tindakan Perikatan bertanding dalam pilihan raya Singapura semakin menghangatkan situasi.

Permasalahan ini cuba diselesaikan secara pakej tetapi sebenarnya menemui jalan buntu. Sentuhan dan sentimen politik di kalangan ahli politik hanya mengusutkan keadaan. Masalah teknikal dan perundangan sentiasa sahaja menghambat kejayaan pakej rundingan ini. Antara pemimpin yang cuba menyelesaikan masalah ini ialah Tun Dr Haji Abdul Dhaimm bin Zainuddin dan Lee Kuan Yew sendiri.

  1. ^ "High Commission of the Republic of Singapore, Kuala Lumpur". Ministry of Foreign Affairs, Singapore. Dicapai pada 18 April 2017.
  2. ^ "Consulate-General of the Republic of Singapore, Johor Bahru". Ministry of Foreign Affairs, Singapore. Dicapai pada 18 April 2017.
  3. ^ "Official Website of High Commission of Malaysia, Singapore". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 18 April 2017.
  4. ^ Lau Teik Soon (1969). "Malaysia-Singapore Relations: Crisis of Adjustment, 1965-68". Journal of Southeast Asian History, Cambridge University Press on Behalf of Department of History, National University of Singapore. 10 (1): 155–176. JSTOR 20067736.
  5. ^ Shaun Narine (2002). Explaining ASEAN: Regionalism in Southeast Asia. Lynne Rienner Publishers. m/s. 73–. ISBN 978-1-58826-129-8.
  6. ^ Mely Caballero Anthony (2005). Regional Security in Southeast Asia: Beyond the ASEAN Way. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 59–. ISBN 978-981-230-260-1.
  7. ^ "Do your best to boost relations". The Straits Times. 1981-12-18.
  8. ^ "Malaysia | Trade At a glance | Most Recent Value | WITS | Data". wits.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 April 2017.
  9. ^ "Singapore | Trade At a glance | Most Recent Value | WITS | Data". wits.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 April 2017.
  10. ^ Seow Bei Yi (17 January 2018). "Causeway jams, high-speed rail bidding process among issues discussed". The Straits Times. Dicapai pada 22 June 2018.
  11. ^ Amir Yusof (19 July 2018). "Exclusive: Johor crown prince claims 'sovereignty' over water in the state, prefers 'no federal interference' on the issue". Channel NewsAsia. Dicapai pada 29 July 2018.
  12. ^ Sulaiman Daud (27 August 2017). "Views of Johor Sultan matter in the construction of Rapid Transit System". Mothership.sg. Dicapai pada 29 July 2018.
  13. ^ Royston Sim (25 June 2018). "Singapore, Malaysia must comply fully with 1962 water agreement provisions, says MFA in response to Mahathir comments". The Straits Times. Dicapai pada 29 July 2018.
  14. ^ Zunaira Saieed (1 April 2017). "Iskandar Malaysia continues to attract capital 11 years on". The Star. Dicapai pada 29 July 2018.
  15. ^ "Toiling across Causeway, Iskandar Puteri's urban Malays hungry for change". Today. 7 May 2018. Dicapai pada 29 July 2018.
  16. ^ Khor Yu Leng (6 November 2017). "Commentary: Johor-Singapore tolls and the impact on commuters on both sides of the Causeway". Channel NewsAsia. Dicapai pada 29 July 2018.
  17. ^ Muguntan Vanar (8 September 2018). "Singapore keen to help Sabah enhance its vocational skills training". The Star. Dicapai pada 22 August 2019.
  18. ^ "Sarawak opens trade and tourism office in Singapore to boost investment". New Straits Times. 16 August 2019. Dicapai pada 22 August 2019.
  19. ^ Grace Ho (17 August 2019). "Singapore, Sarawak ink 8 deals at inaugural trade forum". The Straits Times. Dicapai pada 22 August 2019.
  20. ^ a b Olivia Miwil (27 August 2019). "Singapore, Sabah to boost cooperation". New Straits Times. Dicapai pada 29 August 2019.
  21. ^ "Sabah and Singapore to establish strategic alliance, says minister". Bernama. The Malay Mail. 28 August 2019. Dicapai pada 29 August 2019.
  22. ^ Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang
  23. ^ Dr Mahathir tiba di Singapura
  24. ^ Singapura kembar Malaysia - Dr Mahathir
  25. ^ Singapura namakan spesies orkid hibrid 'Dendrobium Mahathir Siti Hasmah'
  26. ^ Ruhanie Ahmad, Datuk. BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)? kudakepang. 27 Mei 2008
  27. ^ abeemonster. Wilayah pembangunan Iskandar (WPI) TranungKite Online. 21 Mei.
  28. ^ Ruhanie Ahmad, Datuk. There Was A Media Conspiracy On The Slip Of The Tongue Issue? kudakepang. 21 Mei 2007.