Hubungan Malaysia–Timor Leste
Hubungan Malaysia-Timor Leste merupakan hubungan diplomasi dua hala antara Malaysia dan Timor Leste. Malaysia mempunyai pejabat kedutaannya di Dili,[1] dan Timor Leste juga mempunyai pejabat kedutaannya di Kuala Lumpur.[2] Hubungan kedua-dua buah negara adalah sangat baik dan Malaysia kini menyokong keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN dan menjadi negara demokrasi.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejak tahun 1999, Malaysia telah banyak terlibat dengan misi keamanan PBB ke Timor Leste, seperti Operasi Astute semasa krisis Timor Leste 2006.[3] Malaysia turut menyediakan bantuan kepada Timor Leste dalam pembangunan sumber manusia melalui pelbagai program latihan kepada Timor Laste dalam usaha membina negara.[3] Buat masa ini, Timor Leste menjadikan Malaysia sebagai model untuk membangunkan negara mereka.[4][5][6]
Hubungan ekonomi
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua negara kini sedang bekerjasama untuk memperluas skop kerjasama dan kehadiran Malaysia di Timor Timur dapat dilihat melalui pembukaan restoran, pengajaran bahasa Inggeris dan pembekalan bahan binaan serta alat ganti kenderaan.[7][8] Pada tahun 2014, satu memorandum persefahaman dalam pembangunan dan kerjasama koperasi telah ditandatangani di antara Universiti Malaysia Sabah dengan Universiti Kebangsaan Timor Leste, sehari sebelum MoU penjagaan kesihatan ditandatangan.[9][10] Jumlah dagangan kedua-dua negara meningkat dari $10 juta pada tahun 2012 kepada $21.2 juta pada tahun 2013. Kerajaan Timor Leste juga telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam sektor minyak dan gas.[11][12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Dili". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 27 January 2014.
- ^ "Embassy of Timor-Leste Kuala Lumpur - Malaysia". Government of Timor-Leste. Dicapai pada 1 April 2014.
- ^ a b c "STATEMENT BY H.E. AMBASSADOR HUSSEIN HANIFF, PERMANENT REPRESENTATIVE OF MALAYSIA TO THE UNITED NATIONS AT THE SECURITY COUNCIL DEBATE ON THE SITUATION IN TIMOR-LESTE, NEW YORK, 22 FEBRUARY 2012" (PDF). United Nations. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Februari 2014. Dicapai pada 20 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Timor Leste hopes to be associated with M'sian Parliamentary Friend". Bernama, The Sun Daily. 2 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2013. Dicapai pada 20 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Timor Leste wants to emulate Malaysia's development plans". Bernama, The Borneo Post. 2 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014. Dicapai pada 20 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Adib Povera and Koi Kye Lee (1 April 2014). "'Malaysia an excellent example for Timor-Leste'". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Malaysian FM: Malaysia, Timor-Leste must expand scope of cooperation". Xinhua News Agency, two circles.net. 24 June 2008. Dicapai pada 20 November 2013.
- ^ "Timor Leste's diplomat with a difference". New Straits Times. 17 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 20 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Zuhrin Azam Ahmad (1 April 2014). "Najib: Country inviting new bids for oil and gas exploration and development". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Balqis Lim (31 March 2014). "iHEAL signs MoU to provide better healthcare in Timor Leste". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Koi Kye Lee (31 March 2014). "PM: Malaysia-Timor Leste to boost bilateral trade". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Timor-Leste Keen On Tie-Ups With Malaysia's 0&g Industry Players". Bernama. 1 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)