Horizon Forbidden West
Horizon Forbidden West | |
---|---|
Pembangun | Guerrilla Games |
Penerbit | Sony Interactive Entertainment |
Pengarah | Mathijs de Jonge |
Penulis | Benjamin McCaw |
Komposer |
|
Enjin | Decima |
Platform | |
Pelepasan | 18 Februari 2022 |
Genre | Berperanan aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Horizon Forbidden West ialah sebuah permainan video bergenre main peranan beraksi yang dibangunkan oleh Guerrilla Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Permainan ini dilancarkan pada 18 Februari 2022 bagi konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5[1].
Jalan cerita untuk permainan ini merupakan susulan daripada permainan Horizon Zero Dawn[2] yang dilancarkan pada tahun 2017, di mana kali ini ianya menampilkan latar dunia terbuka pascamalapetaka di kawasan barat Amerika Syarikat akibat daripada peristiwa kegagalan kawalan ke atas mesin robot yang menyebabkan kepupusan manusia sejagat. Pemain boleh menjelajahi latar dunia terbuka ini dan melengkapkan objektif dengan menggunakan senjata-senjata yang tersedia bagi melawan musuh yang terdiri daripada mesin robot atau puak pemberontak.
Sambutan ke atas permainan Horizon Forbidden West ini rata-ratanya mendapat kritikan yang positif, dan telah terjual sebanyak 8.4 juta unit setakat April 2023. Burning Shores, kandungan tambahan bagi permainan video ini telah dilancarkan bagi konsol PlayStation 5 pada 19 April 2023, dan tidak tersedia untuk konsol PlayStation 4. Permainan video ini serta kandungan tambahan, Burning Shores, telah digabungkan bersama dan dilancarkan sekali lagi sebagai Horizon Forbidden West - Complete Edition bagi konsol PlayStation 5 pada 6 Oktober 2023 dan akan dilancarkan bagi platform Windows pada 21 Mac 2024[3].
Gaya permainan
[sunting | sunting sumber]Horizon Forbidden West merupakan permainan video bergenre main peranan beraksi dari perspektif diri ketiga. Pemain mengawal karakter bernama Aloy, seorang pemburu yang hidup dalam dunia masa depan yang dipenuhi dengan mesin robot berbahaya dan berkarakter seperti haiwan. Di dalam latar dunia terbuka, dia akan menjelajahi wilayah misteri yang dikenali sebagai Forbidden West, yang merupakan kawasan di bahagian barat Amerika Syarikat seperti di California, Nevada dan Utah pascamalapetaka. Dalam permainan ini, Aloy melakukan penjelajahan sama ada berjalan kaki, berenang[4] atau menaiki mesin robot yang telah dijinakkan.
Terdapat banyak objektif utama dan sampingan yang boleh dilengkapkan sepanjang perjalanan Aloy. Pemain akan diberikan ganjaran sama ada berbentuk nilai pengalaman, matawang, dan juga senjata apabila melengkapkan sesuatu objektif[5]. Selain itu, pembaikan telah dilakukan bagi menghasilkan pengalaman pertempuran yang menarik berbanding siri Horizon sebelum ini, seperti pengenalan kepada sistem Valor Surge[6] dan pendakian bebas serta alatan baru seperti Shieldwing, Focus Scanner, Diving Mask, dan Pullcaster.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Tetapan
[sunting | sunting sumber]Horizon Forbidden West meneruskan penceritaan mengenai Aloy (Ashly Burch), seorang pemburu muda dari puak Nora dan klon kepada saintis pada zaman Dunia Lama, Elisabet Sobeck[2], di mana dia mengetuai sekumpulan kecil rakan-rakannya dalam usaha menjelajahi wilayah asing yang dikenali sebagai Forbidden West dalam misi mencari penyebab kepada wabak misteri yang menyebabkan kematian kepada hidupan di situ[7]. Dalam perjalanannya, dia berdepan dengan kawasan yang kerap berlaku ribut petir yang sangat teruk, mesin robot yang lebih berbahaya, dan konflik antara puak, di mana terdapat sekumpulan yang berjaya menjinakkan mesin robot dan digunakan dalam peperangan.
Di wilayah Forbidden West ini juga, Aloy menemukan pelbagai jenis alam sekitar dan ekosistem, seperti lembah kehijauan, kawasan gurun yang kering, gunung bersalji, pantai beriklim tropika, bandar-bandar tinggalan dan kawasan di dalam air.
Plot
[sunting | sunting sumber]Selepas 6 bulan sejak entiti HADES (Anthony Ingruber) dikalahkan menerusi jalan cerita dalam permainan Horizon Zero Dawn, Aloy meneruskan usahanya mencari salinan GAIA[8] (Lesley Ewen) yang masih berfungsi bagi membaikpulih keadaan biosfera Bumi yang semakin tenat. Apabila Aloy mendapati bahawa bekas sekutunya Sylens (Lance Reddick) tidak menghapuskan malah mencuri entiti HADES, Sylens menghubungi Aloy dan menyuruhnya untuk meneruskan pencarian di wilayah yang dikenali sebagai Forbidden West.
Semasa Aloy dalam perjalanan ke wilayah itu bersama rakannya, Varl (John Macmillan), mereka berdepan dengan peristiwa perang saudara puak Tenakth di antara Chief Hekarro (Geno Segers) dan ketua pemberontak Regalla[9] (Angela Bassett). Aloy kemudian menjejaki Sylens di dalam fasiliti lama di mana dia terjumpa entiti HADES yang telah rosak teruk dan mengambil keputusan untuk menghapuskan HADES buat selamanya. Aloy berjaya mendapatkan salinan GAIA tanpa entiti tambahan[8], namun diganggu oleh sekumpulan manusia futuristik. Kumpulan ini, terdiri daripada ketuanya Gerard (Dan Donohue), leftenan Tilda (Carrie-Anne Moss), penguatkuasa Erik (Marc Kudisch), dan bersama mereka ialah klon Elisabet Sobeck yang bernama Beta (juga disuarakan oleh Burch), memiliki teknologi perisai yang lebih maju. Mereka kemudian mengambil salinan kedua GAIA manakala Aloy berjaya melepaskan diri.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bonifacic, Igor (16 September 2020). "'Horizon Forbidden West' is also coming to PS4". Engadget. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ a b Lennox, Jessie (28 Ogos 2022). "Horizon story explained: Everything you should know about Aloy's journey so far". Digital Trends. Dicapai pada 21 Februari 2024.
- ^ Huijbregts, Julian (25 Januari 2024). "Horizon Forbidden West Complete Edition comes to PC on March 21". PlayStation. Dicapai pada 20 Februari 2024.
- ^ Ferguson, Liam (17 April 2021). "'Horizon Forbidden West's Underwater Exploration May Be a Little Overplayed". Game Rant. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Dagny, Nico; Burton, Grant (2 Mei 2023). "Horizon Forbidden West: Things To Do After You Beat The Game". The Gamer. Dicapai pada 20 Februari 2024.
- ^ Tyson, James (18 Januari 2022). "Horizon Forbidden West: How Aloy's Valor Surges Work". Screen Rant. Dicapai pada 20 Februari 2024.
- ^ Evetts, Kate (13 Mac 2022). "Horizon Forbidden West & Zero Dawn: Full Timeline Of Events". Screen Rants. Dicapai pada 21 Februari 2024.
- ^ a b Arnold, Matt (4 Mac 2022). "Horizon Forbidden West: What Is GAIA?". The Gamer. Dicapai pada 21 Februari 2024.
- ^ Newell, Suki (19 Disember 2022). "Why Sparing Regalla In Horizon Forbidden West Worked Out For Everyone". Screen Rant. Dicapai pada 21 Februari 2024.