Hidupan liar di Malaysia
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar,sama ada dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata,hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak" Definisi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,2010.
Di Malaysia, terdapat banyak spesies unik memandangkan hutan di Malaysia beriklimkan khatulistiwa dan mempunyai hutan hujan yang tebal serta laut yang tidak terlalu dalam. Terdapat beberapa kategori haiwan seperti Mamalia, Reptilia, Hidupan laut dan juga Burung.terdapat beberapa hidupan liar yang menjadi ikonik kepada setiap negeri di Malaysia seperti contoh Kenyalang di Sarawak, heldang di Kedah ,pelanduk di Melaka, kijang di Kelantan dan sebagainya.
Habitat | Contoh Haiwan | Populasi Kini |
---|---|---|
Hutan Hujan | Harimau Malaya | 250-340 Ekor |
Badak Sumatera | 30+/- Ekor | |
Gajah Pygmy | 1500- Ekor | |
Monyet Belanda | 5000+/- Ekor | |
Orang Utan | 12300 +/- Ekor | |
Laut | Penyu | 100 +/-Ekor |
Dugong | 100+/- Ekor | |
Hutan (Burung) | Helang Merah | 10+/-Ekor |
Enggang | 200+/-Ekor |
Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap hidupan liar banyak dijalankan di Malaysia. Sebagai rakyat yang mesra alam sekitar, kita hendaklah menyokong dan membantu aktiviti seperti ini. Antara aktiviti tersebut termasuklah melalui undang-undang, kempen kesedaran, pusat konservasi dan taman negara, pendidikan alam sekitar, dan penyelidikan dan pembangunan.
Nama Pusat | Pusat Konservasi/ Taman Negara | Negeri |
---|---|---|
Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang | Pusat Konservasi | Kedah Darul Aman |
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun | Pusat Konservasi | Selangor Darul Ehsan |
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah | Pusat Konservasi | Pahang Darul Makmur |
Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan | Pusat Konservasi | Pahang Darul Makmur |
Taman Negara | Taman Negara | Pahang Darul Makmur |
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang | Pusat Konservasi | Terengganu Darul Iman |
Tempat Perlindungan Hidupan Liar Samunsam | Pusat Konservasi | Sarawak |
Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak | Pusat Konservasi | Sarawak |
Taman Negara Tanjung Datu | Taman Negara | Sarawak |
Taman Negara Bako | Taman Negara | Sarawak |
Taman Negara Similajau | Taman Negara | Sarawak |
Taman Negara Niah | Taman Negara | Dubai |