Pergi ke kandungan

Henrik Ibsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henrik Ibsen
Potret Henrik Johan Ibsen
Potret Henrik Johan Ibsen
LahirHenrik Johan Ibsen
(1828-03-20)20 Mac 1828
Skien, Norway
Meninggal duniaMei 23, 1906(1906-05-23) (umur 78)
Kristiania (Oslo), Norway
Nama penaBrynjolf Bjarme (nama awal)
PekerjaanPenulis, penyair, pelakon teater
GenreRealisme sosial
Karya terkenalPeer Gynt (1867), A Doll's House (1879), Ghosts (1881), The Wild Duck (1884), Hedda Gabler (1890)

Henrik Johan Ibsen (lahir di Skien, Norway, 20 Mac 1828 – meninggal di Kristiania (Oslo), Norway, 23 Mei 1906 pada umur 78 tahun) ialah seorang pelakon drama Norway berpengaruh. Beliau berperanan besar dalam perkembangan drama realistik dan dijuluki sebagai "bapa drama moden"). Ada yang mengatakan bahwa Ibsen ialah pengarang drama dengan karyanya paling banyak dipentaskan di dunia selepas Shakespeare. Meskipun beliau banyak tinggal secara bersendiri di Jerman dan Itali, Ibsen tetap dianggap sebagai pengarang terbesar Norway sepanjang zaman. Beliau dianggap sebagai lambang kebangsaan bangsa Norway, dan merupakan salah seorang dramatis terpenting dalam sejarah dunia.

Pada masa hidupnya, drama-dramanya sering kali dianggap skandal, yakni ketika nilai-nilai Victoria dijunjung tinggi dalam kehidupan keluarga dan kesopanan Eropah. Setiap cabaran terhadapnya dianggap tidak bermoral dan membangkitkan kemarahan. Karya Ibsen menyelidiki realiti masyarakat semasa, dan isinya banyak membongkar hal-hal yang membangkitkan kegelisahan banyak orang sezamannya.

Ibsen mendirikan drama moden dengan memperkenalkan mata yang kritikal dan penelitian yang bebas terhadap kehidupan serta masalah-masalah moraliti. Drama-drama zaman Victoria yang umum pada masa itu diharapkan menampilkan kisah-kisah moral dengan tokoh-tokohnya yang mulia dipertarungkan melawan kekuatan-kekuatan gelap. Setiap drama diharapkan berakhir dengan kesimpulan yang dianggap layak berdasarkan moral, dalam arti bahawa kebaikan pasti akan menghasilkan kebahagiaan, dan perkara tidak bermoral hanya akan menghasilkan penderitaan. Ibsen menantang pemahaman dan keyakinan zamannya ini serta menghancurkan ilusi para penontonnya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource