Pergi ke kandungan

Hashem Bathaie Golpayegani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hashem Bathaie Golpayegani
هاشم بطحایی گلپایگانی
Kawasan pilihan rayaWilayah Tehran
Maklumat peribadi
Lahir1941
Guged, Golpayegan, Iran
Mati16 Mac 2020(2020-03-16) (umur 78–79)
Qom, Iran
Cause of deathCOVID-19
PendidikanSeminari Qom

Sayyid Hashem Bathaie Golpayegani (Parsi: سید هاشم بطحایی گلپایگانی‎; 1941 - 16 Mac 2020) adalah seorang ulama Syiah Iran dan wakil dari Wilayah Tehran dalam Majlis Pakar Iran.[1] Beliau belajar di Seminari Qom.

Bathaie bertanding di bawah senarai parti Pakar Rakyat dan Rakan Sederhana dalam pilihan raya Majlis Pakar 2016.

Pada 15 Mac 2020, Al Arabiya melaporkan bahawa beliau telah dijangkiti COVID-19, penyakit yang asal dari virus SARS-CoV-2.[2] Pada 16 Mac, beliau disahkan meninggal dunia akibat dari jangkitan itu.[3][4]

  1. ^ "Battaglia nelle urne. In Iran è testa a testa fra Rohani e Raisi". LaStampa.it (dalam bahasa Itali). 20 Mei 2017. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  2. ^ "Iran Assembly of Experts member infected with coronavirus" (dalam bahasa Inggeris). Al Arabiya English. 15 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  3. ^ "Top Iranian cleric among those tasked with choosing supreme leader succumbs to coronavirus infection" (dalam bahasa Inggeris). RT News. 16 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  4. ^ "Iran Assembly of Experts member Hashem Bathaei-Golpaygani dies of coronavirus" (dalam bahasa Inggeris). Al Arabiya English. 16 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]