Pergi ke kandungan

Harimau jadian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harimau jadian atau harimau akuan [1]dalam seberapa budaya dalam Alam Melayu merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar rupa dan badan menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

Harimau jadian alias harimau cindaku biasanya dituntut bagi tujuan mempertahankan diri[2] dan menjaga keturunannya dari serangan harimau nyata. Harimau jadian juga boleh disalah gunakan bagi membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Raja-raja pada zaman dahulu di Sumatera terutama dalam kalangan suku-suku Melayu, Minangkabau dan Rejang banyak memiliki ilmu harimau secara turun-temurun. Di Jawa Barat, suku Sunda juga memiliki kepercayaan bahawa Prabu Siliwangi juga merupakan pemilik ilmu siluman harimau.[3] Selain secara alami, ilmu ini juga diterapkan dengan cara memberi bubuk tulang, gigi, atau darah harimau untuk ditelan bayi saat baru dilahirkan. Ilmu siluman harimau sering disalahgunakan untuk membinasakan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kepercayaan ini turut diamalkan dalam kalangan kaum orang Asli Malaysia, antaranya orang Semai.[4]

Bagi penuntut ilmu ini, mereka perlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunannya sebelum mati; sekiranya kekuasaan yang diwariskan kepada keturunan mereka sebaliknya boleh tergolong ke dalam saka.

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia masih ada pengamal Ilmu ini yang dapat menugbah dirinya berubah jadi harimau dan pemilik nya juga rata-rata mempunyai pendamping berupa roh atau makhluk ghaib.[5]

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]
  • Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa.
  • Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar.
  • Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
  • Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
  • Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari, dengan sendirinya keluar jika diperlukan.

Kelemahan

[sunting | sunting sumber]
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.
  • Penuntutnya sukar untuk mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal.

Penelitian secara ilmiah

[sunting | sunting sumber]

Kemungkinannya ia digunakan bagi menakut-nakutkan orang lain daripada menganggu tanaman atau keselamatan orang yang mendakwa memiliki ilmu sedemikian. Selain itu perlu diingat bahawa sekitar 1930-an harimau masih banyak terdapat di Malaysia dan masih ada harimau yang berkeliaran dalam kampung pada waktu malam semasa itu, terutamanya di Terengganu, dan Kedah. Keadaan sedemikian mungkin mendorong timbulnya tuduhan harimau itu dipelihara seseorang dalam kampung tersebut.

Ia diamalkan oleh orang tua dahulu, kebiasaannya bomoh atau guru silat dengan memuja semangat harimau dan membaca jampi serapah.Ia diwariskan secara turun temurun (menjadi saka) apabila pengamalnya uzur atau sakit tenat. Kesannya amat buruk jika penerimanya tidak memahami secara jelas cara memuja (menjamu). Biasanya semangat itu dipanggil hala (harimau jadian) di negeri seperti Kelantan.

Di antara persediaan puja (menjamu) ialah pulut kuning, ayam panggang, telur dadar, telur 3 biji, lempeng sekeping, sirih pinang sepiak, darah ayam (yang di panggang tadi), bertih (padi di goreng),pulut tujuh warna,kepala nasi tujuh kepal dan beberapa pekara lagi. Antara bacaan jampi atau mentera ialah:

Bahasa Kelantan: "Hei jin 4, jin asal, jin sama-sama jadi dengan dewa, hei dewa sang kaki 4 nenek putrakala raja dirimba, mu turun mari mengadap sekelian raja jin, aku nak minta mu lah.........”(dan beberapa patah perkataan lagi)

[sunting | sunting sumber]

Harimau jadian adalah tema utama dalam:

Filem
Drama dan sinetron
Novel


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]