Hantu galah
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Alam Ghaib | |
---|---|
Fail:HantuGalah.jpg | |
Gambaran hantu galah di dalam hutan | |
Hantu galah | |
Alam | Alam ghaib |
Berbentuk fizikal | Ya |
Mampu berubah bentuk | Ya |
Mampu menyerupai manusia | Bentuk asal menyerupai manusia |
Menghisap darah | Tidak |
Dipelihara | Tidak |
Bermasyarakat | Tidak |
Gambaran | |
Sejenis makhluk halus berbentuk manusia yang tinggi. |
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.
Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.
Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.
Kelebihan
[sunting | sunting sumber]Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas.
Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.
Kelemahan
[sunting | sunting sumber]Kalau ditakdirkan terjumpa hantu galah, dinasihatkan meniarap. Kerana tubuh makhluk ini yang tinggi lampai, ia tak akan perasan manusia yang meniarap.
Penelitian secara ilmiah
[sunting | sunting sumber]Hantu galah merupakan salah satu hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya[1].
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ The Staunch Disbelievers Diarkibkan 2011-07-13 di Wayback Machine, 22 April 2006
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]