Pilgrim
Pilgrim ([pil.grim], "Penziarah") ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada peneroka awal Koloni Plymouth yang sekarang dipanggil Plymouth, Massachusetts. Pemimpin mereka datang daripada pecahan mazhab Anglikanisme yang melarikan diri dari East Midlands, England ke Belanda atas kebimbangan bahawa mereka akan kehilangan identiti budaya sendiri. Mereka kemudian berhijrah ke Dunia Baru - yakni Amerika Utara - untuk mencuba nasib yang diharapkan melindungi mereka: mereka menumpang kapal Mayflower dari Southampton berlayar selama 66 hari sebelum berjaya menjejakkan kaki di benua baru ini pada tahun 1620. Koloni yang didirikan mereka ini penempatan tertua didiami bangsa Inggeris dan petempatan Inggeris yang kedua berjaya selepas Jamestown, Virginia, pada tahun 1607.
Kisah bagaimana golongan Pilgrim ini mencari kebebasan beragama menjadi tema penting dalam sejarah dan budaya Amerika Syarikat.[1]
Fahaman
[sunting | sunting sumber]Suatu pecahan dalam kalangan pengikut Gereja England mula terbentuk berdasarkan aliran seorang pemikir bernama Robert Browne sekitar tahun 1605 - Browne mengemukakan suatu fahaman yang menyatakan himpunan agama yang sebenar-sebenarnya dikukuhkan secara sama rata sesama penganut dalam suatu masyarakat yang rela, maka keterkaitan anutan mereka (digelar Brownists) dengan sesebuah kerajaan dilihat tidak munasabah lalu mereka merasakan patut beribadah tanpa hubungan dengan gereja sedia ada.[2][3]
Keadaan ini sangat mengancam di mata pihak penguasa England memandangkan Akta Keseragaman 1550 (Act of Uniformity 1559) mengharamkan meninggalkan misa-misa Ahad dan hari suci Gereja secara sengaja dengan denda satu shilling (£0.05; atau kira-kira £12 ikut inflasi terkini)[4] satu hari, serta pemenjaraan untuk kesalahan lebih berat. Seberapa orang kuat pergerakan ini ditangkap dan dihukum mati atas dakwaan menderhaka pada 1593, Browne pula dan para pengikutnya melarikan diri ke Middelburg.
Penghijrahan pertama - ke Leiden
[sunting | sunting sumber]Para pengikut Browne berhijrah ke Belanda di mana mereka menempat di kota industri Leiden sekitar 1607-08,[5][6] mereka menduduki rumah-rumah berhampiran jalan menghadap Pieterskerk. Ada yang berjaya menyara diri bekerja dalam industri-industri tekstil, percetakan dan pembuatan bir mahupun sebagai kakitangan Universiti Leiden, ada pula yang terkekang kerana latar belakang desa mereka serta ketidakmampuan mereka berbahasa setempat.[7] Meskipun demikian, banyak dalam kalangan Brownis ini merasakan terlalu diasingkan dari segi budaya dan anutan setempat yang dianggap jauh terlalu bebas; oleh itu mereka merasakan mereka tidak boleh bertahan kekal di Leiden.[8]
Tidak lama kemudian, perlepasan mereka mula dirancang dengan rombongan Puritan muda yang mendahului kerana bekalan dan masa yang tidak mencukupi. Para Puritan mula mendapatkan suatu kapal kecil (Speedwell) yang mengangkut mereka dari Belanda dan England serta untuk tujuan menangkap ikan menampung kos penjelajahan mereka manakala suatu kapal lebih besar bernama Mayflower disewa untuk tujuan pengangkutan dan penerokaan ke Dunia Baru.[9][10]
Penghijrahan kedua - ke Amerika
[sunting | sunting sumber]Para penumpang Mayflower akhirnya dapat menjumpai daratan pada 9 November 1620 yang disahkan sebagai Cape Cod dalam kawasan New England, suatu bacaan Psalm 100 diadakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka asalnya mahu berlayar ke arah Sungai Hudson, namun arus deras memaksa mereka membelok ke suatu lembangan semulajadi yang berdekatan (kini dinamakan Provincetown Harbor), di lembangan inilah kapal mereka berlabuh pada 11 atau 21 haribulan November.[11][12]
Suatu perjanjian taat setia dari semua penumpang kapal dilakukan sebagai peletak ganti piagam kebenaran yang tidak sempat dimeterai lengkap semasa berlayarnya Mayflower iaitu Mayflower Compact,[13][14][15][16] ia ditandatangani 41 orang penumpang lelaki[17] mewakili kesemua 102 orang isi kapal yang ada (73 orang lelaki dan 29 orang perempuan termasuk 19 orang pembantu lelaki dan 3 orang pembantu perempuan serta seberapa kelasi dan tukang.[18] Seorang bernama John Carver dilantik sebagai gabenor pertama petempatan ini.
Petempatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Davis, Kenneth. C. "America's True History of Religious Tolerance". Smithsonian. Dicapai pada 16 September 2016.
- ^ Bradford (1898), Book 1, Chapter 1.
- ^ Tomkins, Stephen (2020). The Journey to the Mayflower. ISBN 9781473649101.
- ^ Perangkaan inflasi CPI UK berasaskan data yang diperoleh dari Lawrence H. Officer (2010) "What Were the UK Earnings and Prices Then?" MeasuringWorth.
- ^ John (1895). The Pilgrim Fathers of New England and their Puritan Successors. Reprinted: 1970. Pasadena, Texas: Pilgrim Publications. pp. 118.
- ^ Harreld, Donald. "The Dutch Economy in the Golden Age (16th–17th Centuries)". Economic History Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2008-11-11.
- ^ "Contract of Sale, De Groene Poort". Leiden Pilgrim Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2008-11-11.
- ^ Bradford writes: "so as it was not only probably thought, but apparently seen, that within a few years more they would be in danger to scatter, by necessities pressing them, or sinke under their burdens, or both." (Of Plimoth Plantation, chapt. 4)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabradford_1_6
- ^ Bradford (1898), Book 1, Chapter 7.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabradford_1_8-9
- ^ Winslow (2003), halaman 64.
- ^ Eugene Aubrey Stratton. Plymouth Colony: Its History and People, 1620–1691, (Ancestry Publishing, Salt Lake City, UT, 1986) p. 413
- ^ Bjoern Moritz, The Pilgrim-Fathers' Voyage with the Mayflower (ShipsOnStamps 2003) [1]
- ^ William Bradford. History of Plymouth Plantation by William Bradford, the second Governor of Plymouth (Boston. 1856 Not in copyright) p. 448
- ^ George Ernest Bowman, The Mayflower Compact and its signers, (Boston: Massachusetts Society of Mayflower Descendants, 1920). Photocopies of the 1622, 1646 and 1669 versions of the document pp. 7–19.
- ^ Deetz, Patricia Scott; Fennell, Christopher (December 14, 2007). "Mayflower Compact, 1620". The Plymouth Colony Archive Project. Dicapai pada 11 November 2008.
- ^ John (1895). The Pilgrim Fathers of New England and their Puritan Successors. Reprinted: 1970. Pasadena, Texas: Pilgrim Publications. pp. 196.
- Sumber utama
- Bradford, William (1865) [1622]. Mourt's Relation, or Journal of the Plantation at Plymouth. Boston: John Kimball Wiggin. OCLC 8978744. Dicapai pada 2008-11-28. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Bradford, William (1898) [1651]. Hildebrandt, Ted (penyunting). Bradford's History "Of Plimoth Plantation" (PDF). Boston: Wright & Potter Printing Co. Dicapai pada 2008-11-28.
- Brown, Cornelius (1891). A History of Nottinghamshire. London: Elliot Stock. OCLC 4624771. Dicapai pada 2008-11-28.
- Griffis, William. "The Pilgrim Press in Leyden". New England Magazine. Boston: Warren F. Kellogg. 19/25 (January 1899): 559–575. Dicapai pada 2008-11-28.
- Matthews, Albert (1915). "The Term Pilgrim Fathers and Early Celebrations of Forefathers' Day". Publications of the Colonial Society of Massachusetts. Boston: The Society. 17: 293–391. Dicapai pada 2008-11-28.
- Winslow, Edward (2003). "Hypocrisy Unmasked" (PDF). MayflowerHistory.com. Dicapai pada 2008-11-28. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)