Hadi Khosroshahi
Hadi Khosroshahi | |
---|---|
Duta Iran ke Vatican | |
Dalam jawatan 1981–? | |
Dilantik oleh | Ayatollah Khomeini |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1939 |
Mati | 27 Februari 2020 Tehran | (umur 80–81)
Cause of death | COVID-19 |
Kewarganegaraan | Iran |
Saudara | Sadeq Rohani (bapa mertua) |
Seyyed Hadi Khosroshahi (Bahasa Parsi: سید هادی خسروشاهی; 1939 - 27 Februari 2020) adalah seorang ulama Syiah dan diplomat Iran yang berkhidmat sebagai Duta Iran pertama ke Vatican. Beliau telah disyaki oleh kalangan perisikan Barat yang menuduh beliau telah mendirikan sebuah jaringan rahsia 'pengganas Islam' yang berpangkalan di Rom.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ketika berusia 15 tahun, Khosroshahi berganding dengan pemimpin militan Fada'iyan-e Islam (Sayidin Islam), Sayyid Mojtaba Mir-Lohi, yang juga dikenali sebagai Navvab Safavi. Beliau juga dekat dengan Ikhwan Muslimin di Mesir. Berdasarkan wawancara beliau, dalam sekurang-kurangnya dua kes, dia meminta kelulusan Khomeini atas rancangan pembunuhan Presiden pertama Republik Islam itu, Abolhassan Bani Sadr dan Ratu terakhir Iran Farah Pahlavi, kedua-duanya tinggal di dalam pengasingan di Paris. Khomeini menolak idea itu, Khosroshahi pula kekal dengan rancangan itu.[2]
Khosroshahi adalah tokoh yang terkemuka di Seminari Qom dan merupakan wakil Ayatollah Khomeini di Kementerian Kebudayaan dan Panduan Islam selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Selepas dua tahun, beliau menjadi Duta Republik Islam itu ke Vatikan. Beliau adalah agamawan Syiah yang pertama berkhidmat dan mewakili Republik Islam Iran di Vatican.[3] Semasa di Vatican, beliau mengasaskan Pusat Kebudayaan Islam Eropah, pangkalan untuk menyebarkan ajaran Syiah di Barat. Selepas berkhidmat di Vatican, Khosroshahi ditugaskan ke Kaherah, di mana beliau mewakili Tehran selama dua tahun di Bahagian Faedah Republik Islam itu.[4]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Khosroshahi meninggal dunia akibat COVID-19 pada 27 Februari 2020.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rabinovich, Itamar; Shaked, Haim (1988). Middle East Contemporary Survey, Volume X, 1986 (dalam bahasa Inggeris). The Moshe Dayan Center. ISBN 978-0-8133-0764-0.
- ^ "First Prominent Cleric In Iran Dies Of Coronavirus". Radio Farda (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020.
- ^ "Iran's former envoy to Vatican Hadi Khosroshahi dies of coronavirus". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020.
- ^ "Murió por coronavirus Seyyed Hadi Khosroshahi, ex embajador de Irán en el Vaticano". Infobae (dalam bahasa Sepanyol). 27 February 2020.
- ^ "Iran's ex-ambassador to Vatican dies of coronavirus". Middle East Monitor (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2020.