Goh Leong San
Yang Berhormat Tuan Goh Leong San | |
---|---|
吳良山 | |
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 19 Disember 2005 – 2018 | |
Didahului oleh | Sim Tong Him |
Digantikan oleh | Khoo Poay Tiong |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Duyong | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Gan Tian Loo |
Digantikan oleh | Damian Yeo Shen Li |
Majoriti | 205 |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Kesidang | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Koh Nai Kwong (Tengkera) |
Digantikan oleh | Chin Choong Seong |
Majoriti | 1,399 |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Bandar Hilir | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Tey Kok Kiew |
Digantikan oleh | Chock Choon Sin |
Majoriti | 356 |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Tengkera | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Sim Tong Him (Tranquerah) |
Digantikan oleh | Koh Nai Kwong (Kesidang) |
Majoriti | 1,189 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Melaka, Malaysia | 15 November 1967
Parti politik | Bebas (2017–kini) Parti Tindakan Demokratik (DAP) - Pakatan Harapan (1994 – 2017) |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia (Bachelor of Science and Master of Science in Chemistry) |
Pekerjaan | Ahli Politician, Ahli Kimia dan Pengeluar Barangan Isi Rumah |
Laman web | http://dapmalaysia.org/ |
Goh Leong San (lahir 15 November 1967) merupakan seorang ahli politik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas bagi kerusi Duyong di Melaka.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Melaka dan juga bekas ahli Komiti Eksekutif Pusat DAP. Goh juga pernah menjadi ADUN Kesidang, Bandar Hilir dan Tengkera sebelum bertanding dan memenangi kerusi DUN Duyong dalam pilihan raya umum 2013.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Goh telah dilahirkan pada Hikayat Pinggir Air, sebuah novel klasikal berbahasa Cina yang popular.
15 November 1967 di Melaka. Namanya iaitu Leong San mempunyai maksud dalam bahasa Cina iaitu "Wira Gunung Liang" di dalamKontroversi
[sunting | sunting sumber]Goh menaiki jawatan Pengerusi DAP Negeri Melaka pada tahun 2005, mengantikan mentornya, Sim Tong Him. Goh mendapat 85 undi dalam satu pengundian dalaman yang panas dipertandingkan di mana telah memperlihatkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew mendapat undi yang terendah antara 15 calon, dan menyebabkan Chew hilang kerusi di dalam Jawatankuasa DAP Negeri Melaka sekaligus.[1] Chew telah "merasa sedih dengan keputusan itu", tetapi beliau menerima kekalahannya.[2] Namun, Teresa Kok, seorang ahli parlimen DAP, mencadangkan kemungkinan konspirasi di belakang kekalahan Lim dan Chew di dalam kempen pemilihan semula mereka.[3]
Pada 17 September 2015, Dr. Wong Fort Pin, seorang doktor yang juga pengerusi DAP cawangan Bukit Palah di Melaka telah berjaya mendakwa Goh dan Sim dalam saman fitnah dan memenangi RM300,000 sebagai ganti-ruginya.[4]
Goh dan Sim telah digantung selama satu tahun pada 16 Februari 2016, kerana dilaporkan telah bertindak mengaibkan parti.[5] Goh yang pada mulanya menyatakan telah bertukar menjadi seorang ADUN Bebas tetapi kemudiannya kepimpinan DAP menafikannya dan mengekalkan bahawa beliau masih tetap seorang anggota parti yang berada dalam penggangtungan.[6][7]
Pada 12 Februari 2017, Goh bersama dengan Sim, Ahli Parlimen DAP (Kota Melaka) dan dua lagi ADUN Melaka DAP iaitu Lim Jack Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang) telah mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti untuk menjadiwakil rakyat Bebas, dengan menyebut sebabnya adalah mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.[8]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Goh Leong San (DAP) | 6,797 | 53.63% | Lim Her Leng @ Lim Kok Jerk (MCA) | 5,608 | 44.24% | 2,451 | ||
1999 | Goh Leong San (DAP) | 7,618 | 56.36% | Soon Tian Szu (MCA) | 5,634 | 41.70% | 1,984 |
Tahun | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Goh Leong San (DAP) | 7,273 | 49.74% | Chock Choon Sin (MCA) | 6,917 | 47.31% | 356 |
Tahun | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Goh Leong San (DAP) | 7,372 | 18.74% | Fong Chan Onn (MCA) | 29,920 | 76.05% | 22,548 |
Tahun | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Goh Leong San (DAP) | 7,241 | 54.34% | Koh Nai Kwong (MCA) | 5,842 | 43.84% | 1,399 |
Tahun | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Goh Leong San (DAP) | 7,997 | 49.98% | Gan Tian Loo (MCA) | 7,792 | 48.70% | 205 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee". The Star (Malaysia). 19 December 2005. Dicapai pada 13 November 2015.
- ^ "Betty upset over her ouster" Diarkibkan 2009-02-19 di Wayback Machine. (19 December 2005). The Star (Malaysia).
- ^ Beh, Lih Yi (19 December 2005). "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'". Malaysiakini.
- ^ "Doc wins suit against two Malacca DAP leaders". The Star (Malaysia). 17 September 2005. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ "Former DAP chief Goh Leong San declared an independent". The Star (Malaysia). 28 March 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ "Isu Saudara Goh Leong San ADUN Duyung sebagai Bebas tidak wujud". DAP Malaysia. 28 March 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ "ADUN Duyong Goh Leong San masih ahli DAP". Free Malaysia Today. 28 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-01. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ "Kota Melaka MP, three state reps leave DAP". The Malay Mail. 12 February 2017. Dicapai pada 15 February 2017.
- ^ a b c d e "undiinfo - Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 3 April 2016.
- ^ a b c "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 January 2010. Includes results from the 2004 election. Percentage figures are calculated based on total turnout.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1967
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-9
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13