Nana Tanjung
Nana Tanjung | |
---|---|
Pengarah | Prof Madya A. Razak Mohaideen |
Penulis | Prof Madya A. Razak Mohaideen |
Dibintangi | Piee Saiful Apek Fasha Sandha Waheeda Maidin Ibrahim Sheila Mambo Jehan Miskin Ainul Aishah |
Syarikat penerbitan | NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Grand Brilliance Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 9 November 2006 |
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Pecah panggung | RM 3.02 juta. |
Nana Tanjung ialah filem komedi romantik Malaysia 2006 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini dibintangi Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha dan Ainul Aishah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Saiful Apek sebagai Akhbar Khan
- Fasha Sandha sebagai Khairunisa
- Piee sebagai Nana Kassim
- Ainul Aishah sebagai Siti Hajar
- Waheeda sebagai Balqis
- Sheila Mambo sebagai Mami Mumtaz
- Maidin Ibrahim sebagai Mydin
- Jehan Miskin sebagai Dzulkarnain
- Hafiz Nafiah sebagai Jamlus
- Almy Nadia sebagai kawan Balqis
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem komedi mengisahkan seorang duda, Nana yang sibuk membesarkan 3 orang anak dara beliau di Penang. Seorang jejaka bernama Akhbar Khan jatuh cinta dengan anak perempuan sulong Nana, Khairunisa, lalu sanggup menjadi pengawal peribadi beliau tetapi dia kemudian dapat tahu bahawa Nana mempunyai rancangan lain untuk perkahwinan Khairunisa. Untuk meyakinkan Nana supaya mereka boleh mengahwini pasangan pilihan masing-masing, anak-anak perempuan Nana, cuba memujuk Nana supaya berkahwin dengan kekasih lama Nana. Tetapi, alangkah terkejutnya mereka apabila Nana umumkan pertunangan beliau dengan seseorang.
Sambutan
[sunting | sunting sumber]FIlem ini dikeluarkan pada 9 November 2006 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.02 juta.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nana Tanjung Diarkibkan 2012-09-02 di Wayback Machine di Sinema Malaysia.
- Kutipan Nana Tanjung di FINAS
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.