Magika
Magika | |
---|---|
Pengarah | Edry KRU[1] |
Penulis | Edry Abdul Halim |
Lakon layar | Edry Abdul Halim |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Noor Mohd Kasim |
Muzik oleh | Mohd Mohsin |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 94 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2.40 juta[3] |
Pecah panggung | RM 3.14 juta |
Magika merupakan sebuah filem muzikal komedi fantasi Malaysia 2010 arahan sulung[4] Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil Ahmad, KRU, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.
Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta[3] ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010[5][6], sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem Magika ialah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.
Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu maghrib.
Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.[7]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Diana Danielle sebagai Ayu
- Mawi sebagai Badang a.k.a. Bad
- Fimie Don sebagai Malik
- Ziana Zain sebagai Nenek Kebayan
- Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang
- Maya Karin sebagai Bunian
- M. Nasir sebagai Penunggu Tasik Chini
- Aznil Nawawi sebagai Pak Pandir
- Raja Azura sebagai Mak Andeh
- Norman KRU sebagai Pokok Bersaudara
- Edry KRU sebagai Pokok Bersaudara
- Yusry KRU sebagai Pokok Bersaudara
- Jalaluddin Hassan sebagai Murad
- Ogy Ahmad Daud sebagai Ija
- Sharifah Amani sebagai Bawang Putih
- Sharifah Aleya sebagai Bawang Merah
- Adibah Noor sebagai Makcik Halia
- Ruminah Sidek sebagai Tok Wan
- Sabri Yunus sebagai Bendahara
- Saiful Apek sebagai Hang Tuah
- Lan Pet Pet sebagai Hang Jebat
- Azlee Jaafar sebagai Hang Kasturi
- Hamdan Ramli sebagai Hang Lekir
- Ilya Buang sebagai Hang Lekiu
- Vanidah Imran sebagai Mahsuri
- Norman Hakim sebagai Awang Lembing
- Nabil Ahmad sebagai Orang Minyak
- Zaibo sebagai Pak Belalang
- Haziq sebagai Belalang
- Marsha Milan Londoh sebagai Puteri Santubong
- Azhari Zain sebagai Doktor
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Filem ini merupakan percubaan sulung Edry Abdul Halim, anak yang bongsu daripada tiga adik-beradik KRU, selaku pengarah filem walaupun beliau berpengalaman sebagai pengarah pementasan sebelum ini.[4] Proses penggambaran awal filem Magika dijalankan mulai Februari 2008 hingga Januari 2009.[8]
Diwara-warakan bahawa filem ini bertujuan untuk memastikan kesegaran dan kelestarian cerita rakyat tradisional Melayu di depan mata generasi Malaysia semasa. Kata Edry kepada pihak akhbar pada malam tayangan amal, "Bagi saya, Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga".[9]
Memandangkan ini filem muzikal, Edry turut mencipta empat belas lagu baru khas untuk filem ini untuk dinyanyikan oleh para pelakon sendiri tanpa bantuan penyanyi profesional.[10]
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Tayangan julung kali Magika berupa majlis tayangan amal bersama anak-anak yatim pada 10 Februari 2010, disusuli tayangan diraja di Dewan Kapitol, Perlis pada 3 Julai, istimewa sempena ulang tahun kesepuluh pemerintahan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.[11] Filem ini akhirnya ditayangkan kepada umum di 56 buah pawagam di Malaysia[3] dan beberapa lagi di pawagam pada Malaysia & Brunei 23 September 2010 & Singapura 11 November 2010.
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Pihak KRU meletakkan sasaran RM4 juta untuk Magika sepanjang tayangannya di pawagam.[12] Pada empat hari pertama tayangannya (23–26 September 2010), filem Magika dilaporkan mengutip RM 1.3 juta daripada pawagam di Malaysia dan Brunei.[13] Di carta pawagam seluruh Malaysia, filem Magika menduduki tangga ketiga pada hujung minggu pertamanya.[14]
Ulasan
[sunting | sunting sumber]Pada tayangan amal pada bulan Februari, filem Magika dilaporkan mendapat sambutan hangat daripada para hadirin akhbar. Antara yang membuat ulasan awal berdasarkan tayangan khas itu termasuk Nur Safina Othman untuk portal hiburan CinemaOnline dan Tupai yang berani memberikan lima bintang kepada filem ini dengan ulasan berikut[15]:
Memanglah benar kebanyakan pelakon Magika adalah[sic] penyanyi yang hebat … Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya, terutama sekali Diana Danielle; Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan. Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan.
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Album runut bunyi rasmi Magika diterbitan oleh KRU Records. Ia memuatkan empat belas buah lagu dan sebuah interlud yang dinyanyikan oleh pelakon-pelakon dalam filem ini.
OST Magika | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai | |
Dilancarkan pada | 2010 |
Tempat | Malaysia |
Genre | Runut bunyi |
Panjang | 94:00 |
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia |
Syarikat | KRU Records |
Pengarah | Edry bin Abdul Halim |
sunting · sunting di Wikidata |
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Magika" | Maya Karin | ||
2. | "Gebang" | Maya Karin | ||
3. | "Baik Kau Pulang Segera" | Aznil Nawawi & Diana Danielle | ||
4. | "Baik Kau Pulang Segera (Interlud)" | Raja Azura | ||
5. | "Kehilangan" | Mawi & Diana Danielle | ||
6. | "Asal Menjadi Cantik" | Ning Baizura | ||
7. | "Rahsia Awet Muda" | Ziana Zain | ||
8. | "Senyummu Lagi" | Mawi & Danielle | ||
9. | "Siapa Lebih Berkuasa" | Mawi, Ziana Zain, Diana Danielle & Fimie Don | ||
10. | "Kita Bersaudara" | KRU | ||
11. | "Tidur Dahulu" | Diana Danielle, Fimie Don, Dato' Jalaluddin Hassan & Fauziah Ahmad Daud | ||
12. | "Mana Nak Lari" | Ziana Zain, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Adibah Noor & Mohd Afiq Fikri | ||
13. | "Naga Tasik Chini" | M. Nasir, Mawi, Diana Danielle & Fimie Don | ||
14. | "Penyembuh Rindu" | Mawi & Diana Danielle | ||
15. | "Selamat Tinggal Magika" | Barisan Pelakon Magika | ||
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Menang/Pencalonan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-23 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Menang |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Ziana Zain | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | Edry Abdul Halim | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Mohd Noor Mohd Kasim | Tercalon | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Edry Abdul Halim | Menang | |
Penataan Seni Terbaik | Johan Lucas/John Kajang | Menang | |
Pereka Kostum/ Busana Terbaik | Dee Hasnan Yaccob | Menang | |
Penataan Bunyi Terbaik | Edry Abdul Halim/Mohd Mohsin Othman/Amaludin Syukri | Tercalon | |
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Fimie Don | Menang | |
Pengarah Harapan Terbaik | Edry Abdul Halim | Menang | |
Lagu Tema Terbaik | ``Penyembuh Rindu (Nyanyian: Mawi & Diana Danielle, Lagu/Lirik: Edry Abdul Halim) | Menang | |
Poster Terbaik | Tercalon | ||
Filem Komedi Terbaik | Keseluruhan | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2011 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Menang |
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Ziana Zain | Tercalon | |
Pengarah Terbaik Filem | Edry Abdul Halim | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik Filem | Amir Hafizi | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Magika Sinema Malaysia
- ^ http://anizyn.blogspot.com/2010/02/sinopsis-filem-magika-kru.html
- ^ a b c TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ a b Magis Sulung Edry, Kosmo!, 8 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Magika was magical, CinemaOnline, 18 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Ziana Zain Terlecur Kedua Belah Tangan[pautan mati kekal], gua.com.my, 11 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Magika (2010) Diarkibkan 2010-10-10 di Wayback Machine Yahoo! Movies
- ^ Mitos Melayu tarikan Magika, Utusan Online, 1 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Magika Bukan Alice In Wonderland Diarkibkan 2010-09-18 di Wayback Machine, Murai.com.my, 18 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ MAGIKA lebih baik daripada CICAK MAN? Diarkibkan 2011-01-01 di Wayback Machine, Tupai, 19 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ MAGIKA Meriah di Perlis Diarkibkan 2011-01-01 di Wayback Machine, Tupai, 7 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Raih RM3 juta Diarkibkan 2010-10-08 di Wayback Machine, Berita Harian, 8 Oktober 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Magika tetap membanggakan Diarkibkan 2010-10-01 di Wayback Machine, Berita Harian, 28 September 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Week of 23 September 2010-29 September 2010, CinemaOnline. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
- ^ Ulasan MAGIKA Diarkibkan 2010-08-31 di Wayback Machine, Nur Safina Othman, Tupai, 23 Mac 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Magika di laman sesawang KRU
- Magika di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)