Farahdhiya
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Farahdhiya | |
---|---|
Kelahiran | Farah Dhiya binti Mohamed Amin 28 April 1984 |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pengacara |
Tahun aktif | 2004–kini |
Bapa | Mohamed Amin Zubir |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | KRU Records NAR Records |
Farah Dhiya Mohamed Amin (lahir 28 April 1984) ialah seorang penyanyi, pelakon, peguam bela, bomba, pengawal keselamatan dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2004 menerusi single sulungnya, "Bertakhta Di Hati" yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang bertajuk sama. Pada tahun 2015, beliau menjadi salah seorang pegawai bomba yang berkhidmat di balai bomba Jalan Tandang Petaling Jaya. Pada tahun 2017 beliau menjadi peguam bela dan kerjaya beliau tidak bertahan lama apabila beliau ditangkap oleh Sheriff atau nama penuh Shafudin pengawal Sekolah Rendah Taman Dato Harun 1 dan 2. Pada tahun 2019 setelah dibebaskan, beliau mencuba nasib dengan memasuki Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, antara kredit lakonannya termasuk Spa Q, Derhaka Seorang Madu dan Rumah Siti Khadijah.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor [1] ini menjadikan beliau juga berbangsa 'Eurasian' atau Eropah-Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.[perlu rujukan]
Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.
Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Bertakhta Di Hati (2004)
- Yang Ku Puja (2006)
Single
[sunting | sunting sumber]- Bertakhta Di Hati (2004)
- Yang Ku Puja (2006)
- Rasa Cinta (2008)
- Kau Telah Pergi (2012)
- Ku Tak Rela (2015)
- Milikku Abadi (2016)
- Pujangga (2018)
- Kepada Dia (2019)
Gegar Vaganza 2015
[sunting | sunting sumber]Farahdhiya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.
Konsert | Tema | Lagu | Kedudukan |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Bertahta Di Hati" nyanyian asal Faradhiya | 11th |
Minggu 2 | Aku dan Lagu | "Di Alam Fana Cinta" nyanyian asal Fotograf | 8th |
Minggu 3 | Ada Bran? | "Joget Siapa Dia" nyanyian asal Wann | 3rd |
Minggu 4 | Duet | "Aku dan Dirimu" nyanyian asal Ari Lasso & Bunga Citra Lestari (duet bersama Alif Satar) | 1st |
Minggu 5 | Hits Vaganza | "Mencintaimu" nyanyian asal Krisdayanti | 2nd |
Minggu 6 | Kenangan Terindah | "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" nyanyian asal Tan Sri P.Ramlee | 3rd |
Minggu 7 | Rockdut (Rock+Dangdut) | "Enter Sandman" nyanyian asal Metallica | 1st |
Minggu 8 | Karok Tarik | "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu" nyanyian asal Ramlah Ram | 6th |
Minggu 9 | Akhir | Pusingan 1 (Solo): - "Janji Manismu" nyanyian asal Aishah
Pusingan 2 (Battle): "Ooh! La! La!" nyanyian asal Kumpulan KRU (battle bersama Nassier Wahab) |
Naib Juara |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Sophia | Filem pertama |
2017 | Kolestrol vs Cinta | Fazira | |
2020 | Town Mall | Ariani | |
Mulut Masin | Mak Ngah | ||
2022 | Tilam Perca | Kiah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Mencari Arah Kiblat | |||
2007–2008 | Spa Q | Fatin / Julia | TV3 | |
2008–2009 | Ku Milikmu | Soraya @ Kirana | ||
2010 | Chinta | Saadatul Saadah | ||
2011 | Annissa | Shila | ||
2013 | Derhaka Seorang Madu | Rozita | ||
Nur Hidayah | Nur Hidayah | |||
2014 | Perempuan Dalam Pasungan | Farah | Astro Prima | |
Cahaya Dihujung Nyawa | Tiara | HyppTV | ||
Tanah Kubur (Musim 9) | Ina | Astro Oasis | Episod: "Isteri Mithali" | |
2016 | Bodyguard | Nasya | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 15) | Dhiya | Astro Oasis | Episod: "Jual Jiwa" | |
2018 | Mencari Qiblat | TV3 | ||
2019 | Cinta Tanpa Henti | Salina | TV3 | |
Rumah Siti Khadijah | Sakinah | |||
2021 | Sis Stars Hotel | Lily | Awesome TV | |
Ali Alia | Diana | Astro Prima | ||
2022 | Nurlaila | Sara | TV1 | |
Selamanya Suri Cinta | Maisarah | TV9 | ||
AI.5YA | Tok Da | Viu | ||
Roti Cicah Susu | Arissa | Astro Ria | ||
2023 | Geng Daddy Daddy | Juwita | TV3 | |
2024 | Otai@Kolej | Cik Siti | TV1 | |
Mentua | Lidya | TV3 | ||
2025 | Langit Ke Tujuh | Zainab | tonton |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Dan Sebenarnya | Astro Citra | |
2014 | Perempuan Lindungan Kaabah | ||
2015 | Ombak Kenangan | Cempaka | |
2016 | Ragut | TV1 | |
2019 | Wakaf Dosa | Nazirah | TV3 |
2021 | Nak Balik Kampung | Melissa | |
Akil Balik | TV2 | ||
2023 | Matin | Zara | TV1 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Jaguh Futsal | Pengacara | TV1 | |
2016 | Sepahtu Reunion Live | Inara | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Misteri Volkswagen Merah" |
2022 | Sepahtu Reunion Live | Julia | Artis Jemputan: Episod "Sayang Bukan Sekadar Wayang" |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farahdhiya Selesa Masak Makanan Melayu. mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- di Farahdhiya di Instagram
Penglihatan awal
Untuk menetapkan penglihatan awal templat, |state=
parameter boleh digunakan:
|state=collapsed
: {{Farahdhiya|state=collapsed}} untuk menunjukkan templat dikecutkan, iaitu, tersembunyi selain dari palang tajuknya|state=expanded
: {{Farahdhiya|state=expanded}} untuk menunjukkan templat dikembangkan, iaitu dapat dilihat sepenuhnya|state=autocollapse
: {{Farahdhiya|state=autocollapse}}- menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
- menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman
Jika parameter |state=
tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default=
dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse
.
</noinclude>