Pergi ke kandungan

Emping oat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emping oat, kering
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 379 kcal (1,590 kJ)
Karbohidrat 67.70 g
- Gula 0.99 g
- Serabut diet 10.1 g
Lemak 6.52 g
Protein 13.15 g
Vitamin A setara 0 μg (0%)
Tiamina (vit. B1) 0.460 mg (40%)
Riboflavin (vit. B2) 0.155 mg (13%)
Niasin (vit. B3) 1.125 mg (8%)
Asid pantotenik (B5) 1.120 mg (22%)
Vitamin B6 0.100 mg (8%)
Folat (vit. B9) 32 μg (8%)
Vitamin B12 0.00 μg (0%)
Kolina 40.4 mg (8%)
Vitamin C 0 mg (0%)
Vitamin D 0 μg (0%)
Vitamin E 0.42 mg (3%)
Vitamin K 2.0 μg (2%)
Kalsium 52 mg (5%)
Besi 4.25 mg (33%)
Magnesium 138 mg (39%)
Mangan 3.630 mg (173%)
Fosforus 410 mg (59%)
Kalium 362 mg (8%)
Natrium 6 mg (0%)
Zink 3.64 mg (38%)
β-glucan (soluble fibre)  4 g
= 08120&format = Full Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Emping oat dihasilkan daripada bijian oat yang telah dibuang sekamnya dan dikukus, sebelum digulung menjadi kepingan rata di bawah pencanai berat dan dibakar ringan.

Emping oat yang dijual untuk dibuat bubur biasanya telah dikeluarkan brannya yang keras. Empingan ini sering tapi tidak selalunya, dibakar ringan, dimasak dalam tekanan tinggi atau "diproses" dalam beberapa cara yang tersendiri. Emping oat tebal lebih besar kepingannya daripada emping oat nipis yang cenderung berpecah-pecah. Emping oat yang dihasilkan terus daripada bijian penuh tanpa proses selanjutnya boleh dimasak menjadi bubur dan dimakan (oat "lama") tetapi empingan oat yang lebih berpecah-pecah dan diproses menyerap air dengan lebih mudah, seterusnya masak lebih cepat menjadi bubur, kadangkalanya dipanggil oat "cepat" atau "segera". Emping oat merupakan bahan utama granola dan muesli.

Emping oat boleh diproses menjadi serbuk kasar yang menjadi tebal sup apabila dimasak. Serbuk oatmela yang lebih halus oatmeal sering digunakan sebagai makanan bayi.

Pemprosesan

[sunting | sunting sumber]

Oat seperti bijirin yang lainnya mempunyai sekam luar yang keras dan tidak boleh dimakan. Sekam ini harus dikeluarkan sebelum isinya boleh dimakan. Selepas sekamnya telah dikeluarkan dari bijian, hanya selaput bran yang tinggal pada bijian oat. Lapisan bran ini, meskipun berkhasiat, menjadikan biji-bijian oat sukar untuk dikunyah serta mengandungi enzim yang dapat menyebabkan bijian menjadi tengik. Oleh sebab itu, oat mentah sering dikukus dengan stim untuk melembutkannya agar ia masak lebih cepat masa (menghasilkan "oat segera" moden) serta menyahaslikan enzim yang terkandung untuk menambahkan jangka hayat oat tersebut.[1]

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Emping oat boleh dimakan terus tanpa perlu dipanaskan atau dimasak lagi: oat direndam selama 1-6 jam dalam cecair seperti air atau jus buah-buahan. Masa yang diambil untuk merendam oat ini bergantung pada bentuk, saiz dan teknik, pemprosesan bagi menjimatkan masa dan tenaga yang dihabiskan di atas pemanas serta memelihara rasa dan khasiatnya yang barangkalinya musnah apabila dimasak.[2][3]

Secara tradisional, oat bubur adalah bijian penuh yang boleh digunakan sebagai bijirin sarapan. Empingan oat boleh dimasak untuk membuat bubur.[4] Ia turut digunakan untuk membuat granola, muesli, kek oat dan penkek.

Bijian oat penuh merupakan sumber tiamina, zat besi, dan serat yang sangat baik. Bijian ini juga satu-satunya sumber avenantramida, sejenis sebatian antioksidan yang dipercayai mempunyai ciri-ciri membantu melindungi sistem peredaran darah dari pada penyakit arteriosklerosis. Produk oat juga mengandungi beta-glukan yang boleh membantu penghidap diabetes jenis kedua mengawal gula darah mereka[perlu rujukan] dan boleh juga membantu merangsang sistem imun untuk melawan bakteria.[perlu rujukan]

  1. ^ "Types of Oats". The Whole Grain Council. Dicapai pada 8 April 2016.
  2. ^ "Vitamin stability after cooking" (PDF). Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Toxicity of heated fats". Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Cloake, Felicity (10 November 2011). "How to cook perfect porridge" – melalui The Guardian.