Pergi ke kandungan

Ekspres Antarabangsa (KTM)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api di Padang Besar

Ekspres Antarabangsa (Bahasa Thai: รถด่วนพิเศษระหว่างประเทศ) (KTM) merupakan perkhidmatan keretapi penumpang dari Bangkok, Thailand ke Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia (IE35) dan Butterworth ke Bangkok (IE36).

Gerabak penumpang kereta api ini termasuk gerabak tidur kelas pertama dan ke-2 dan gerabak restauran berhawa dingin. Kepala kereta api disel berkuasa tinggi seperti HID (Hitachi - 2500 HP) dan GEA (General Electric - 2500 HP) digunakan bagi laluan ekspres ini.