Ebrahim Raisi
Ebrahim Raisi ابراهیم رئیسی | |
---|---|
Presiden Iran | |
Dalam jawatan 3 Ogos 2021 – 19 Mei 2024 | |
Pemimpin Agung | Ali Khamenei |
Naib Presiden | Eshaq Jahangiri |
Didahului oleh | Hassan Rouhani |
Digantikan oleh | Mohammad Mokhber (pemangku) |
Ketua Hakim Iran | |
Dalam jawatan 7 Mac 2019 – 1 Julai 2021 | |
Dilantik oleh | Ali Khamenei |
Naib Pertama | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Didahului oleh | Sadeq Larijani |
Ketua Pendakwa Raya Negara Iran | |
Dalam jawatan 23 Ogos 2014 – 1 April 2016 | |
Dilantik oleh | Sadeq Larijani |
Didahului oleh | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Digantikan oleh | Mohammad Jafar Montazeri |
Ahli Perhimpunan Pakar | |
Dalam jawatan 24 Mei 2016 – 19 Mei 2024 | |
Kawasan pilihan raya | Provinsi Khorasan Selatan |
Majoriti | 325,139 (80.0%) |
Dalam jawatan 20 Februari 2007 – 21 Mei 2016 | |
Kawasan pilihan raya | Provinsi Khorasan Selatan |
Majoriti | 200,906 (68.6%) |
Naib Ketua Hakim Negara Iran | |
Dalam jawatan 27 Julai 2004 – 23 Ogos 2014 | |
Ketua Hakim Negara Iran | Mahmoud Hashemi ShahroudiSadeq Larijani |
Didahului oleh | Mohammad-Hadi Marvi |
Digantikan oleh | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Pengerusi Pejabat Siasatan Awam Iran | |
Dalam jawatan 22 Ogos 1994 – 9 Ogos 2004 | |
Dilantik oleh | Mohammad Yazdi |
Didahului oleh | Mostafa Mohaghegh Damad |
Digantikan oleh | Mohammad Niazi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seyyed Ebrahim Raisol-Sadati 14 Disember 1960 Mashhad, Iran |
Mati | 19 Mei 2024 Iran | (umur 63)
Cause of death | Helikopter terhempas |
Tempat semadi | Kubah Emas Imam Reza, Iran |
Parti politik | Jemaah Ulama Mujahid |
Gabungan politik lain | Parti Republik Islam (1987-2024) |
Pasangan | Jamileh Alamolhoda |
Saudara | Ahmad Alamolhoda (mentua) |
Tempat belajar | Shahid Motahari University |
Laman web | Tapak web rasmi |
Ayatollah Sayyid Ebrahim Raiso-Sadati (Parsi: سید ابراهیم رئیس الساداتی ; 14 Disember 1960 – 19 Mei 2024) atau ringkasnya dikenali sebagai Ebrahim Raisi (Parsi: ابراهیم رئیسی ) juga dikenali sebagai Penyembelih Tehran, ialah seorang ahli politik konservatif dan pakar fekah dari Iran yang dilantik sebagai Presiden negara tersebut h berikutan kemenangan dalam pilihan raya presiden Iran 2021.[1]
Raisi pernah berkhidmat untuk beberapa jawatan dalam sistem kehakiman Iran, seperti Timbalan Ketua Hakim (2004–2014), Peguam Negara (2014–2016), dan Ketua Hakim Negara (2019–2024). Beliau juga merupakan Qadi dan Timbalan Qadi Tehran pada tahun 1980-an dan 1990-an, yang mana beliau menyelia pembunuhan ribuan tahanan dan penentang politik. Beliau merupakan Penjaga dan Pengerusi Astan Quds Razavi, sebuah bonyad (yayasan kebajikan), dari tahun 2016 hingga 2019.[2] Beliau ialah anggota Majlis Himpunan Pakar bagi Provinsi Khorasan Selatan, yang dipilih kali pertama pada pilihan raya 2006.
Raisi bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2017[3] sebagai calon Barisan Rakyat Tentera Revolusi Islam yang konservatif[4]. Beliau tewas kepada penyandang Presiden Hassan Rouhani yang beraliran sederhana, dengan peratusan undi 57% dan 38.3%. Raisi berjaya dalam pemilihan presiden untuk cubaan keduanya pada 2021 dengan perolehan undi 61.9%, menggantikan Hassan Rouhani, yang telah tamat had perkhidmatan.[5]
Sejarah pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pilihan raya | Undi | % | Tempat | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2006 | Majlis Himpunan Pakar | 200,906 | 68.6% | Pertama | Menang [6] |
2016 | Majlis Himpunan Pakar | ▲ 325,139 | ▲ 80.0% | Pertama | Menang [7] |
2017 | Presiden | 15,835,794 | 38.28% | Kedua | Tewas [8] |
2021 | Presiden | 17,926,345 | 61.95% | Pertama | Menang [9] |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Raisi berkahwin dengan Jamileh Alamolhoda, anak perempuan kepada Imam Solat Jumaat Mashhad, Ahmad Alamolhoda. Jamileh ialah seorang profesor madya di Universiti Shahid Beheshti Tehran dan Presiden Institut Pengajian Asas Sains dan Teknologi universiti tersebut.[10] Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan dan dua orang cucu.[11] Salah seorang anak perempuannya belajar di Universiti Teknologi Sharif dan seorang lagi di Universiti Tehran. [11][12]
Karya
[sunting | sunting sumber]Antara karya Raisi ialah: Buku "Syarahan Mengenai Undang-Undang Fiqah" yang mempunyai 3 jilid (bahagian kehakiman, ekonomi dan agama); Erse-Bi-Wares (Pewarisan tanpa pewaris); Konflik prinsip dan penampilan dalam perundangan dan undang-undang.[13][14]
Aktivis Pasaran Modal membantah Presiden Iran
[sunting | sunting sumber]6 bulan selepas pejabat Ebrahim Raisi, keadaan pasaran modal masih mengecewakan. Jumlah indeks Bursa Saham Tehran telah jatuh lebih daripada 30 ribu unit dalam urus niaga hari ini dan mencapai 1 juta 275 ribu unit.
Dalam kes ini, sementara sebahagian besar bahagian pasaran kembali negatif, pemegang saham menjadikan teg "first_priority_borsa" sebagai trend dalam kawasan maya.
Hashtag ini dicipta untuk membantah tingkah laku pasif Presiden dan pasukan ekonomi tentang keadaan ibu kota, dan menyatakan bahawa Ebrahim Raisi akan menjadi keutamaan pertama pasaran saham sebelum pilihan raya.[15]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Mei 2024, Ebrahim berserta menteri luar negeri Iran Hossein Amir-Abdollahian menuju ke sempadan Iran-Azerbaijan untuk membuka empangan Giz Galasi bersama Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev.[16][17] Beliau dan Hossein menaiki helikopter menuju kota Tabriz untuk melancarkan suatu projek yang berlangsung di sebuah loji penapis minyak di sana; helikopter tersebut terhalang kerana keadaan kabus tebal di daerah pergunungan Varzaghan Azerbaijan Timur dan cuba mendarat tetapi hilang kawalan dan terhempas di kaki gunung jam 13:30.[18][19] Isyarat telefon bimbit salah satu pengendali helikopter membolehkan 40 pasukan penyelamat mencari tapak kemalangan berkenaan[18] dan sampai jam 05:00 (01:30 GMT) menemui bangkai helikopter yang terbakar serta mayat mangsa terkorban termasuk beliau.[19]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Raisi berucap dalam Majlis Himpunan Pakar pada 2007
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Maziar Motamedi (19 June 2021). "Hardliner Ebrahim Raisi declared Iran's new president". Al Jazeera. Dicapai pada 19 June 2021.
- ^ "Ra'eesi became chairman of AQR". BBC Persian. 7 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 8 March 2016.
- ^ "Hardline cleric Raisi to take on Rouhani in Iran's presidential election". Reuters. 9 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2017. Dicapai pada 17 April 2017.
- ^ "Iran News Round Up", Critical Threats Project, 7 April 2017, diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2018, dicapai pada 24 April 2017
- ^ Raisi -- Which institution was the most accurate predictor of election results? tabnak.ir Retrieved 23 June 2021
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaalef
- ^ "نتایج نهائی انتخابات مجلس خبرگان رهبری در خراسان جنوبی" (dalam bahasa Parsi). Khavarestan. 27 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
- ^ "Final results of presidential election by province and county" (dalam bahasa Parsi). Ministry of Interior. 8 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2017. Dicapai pada 8 June 2017.
- ^ "نتایج آرای انتخابات ۱۴۰۰". Tasnim News Agency (dalam bahasa Parsi). 19 June 2021. Dicapai pada 20 June 2021.
- ^ "Conversation with Jamileh Alamolhoda, spouse of Ebrahim Raisi". 23 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2017. Dicapai pada 24 April 2017.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatabnak
- ^ "اعلام لیست اموال ابراهیم رئیسی /۲ دختر دارم که ازدواج کرده اند". www.khabaronline.ir (dalam bahasa Parsi). 30 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2021. Dicapai pada 19 June 2021.
- ^ Unveiling of the latest writings of Hojjatoleslam Raeisi in the book fair tasnimnews.com,Retrieved 21 June 2021
- ^ Background and biography of Hojjat al-Islam Raisi iribnews.irT retrieved 21 June 2021
- ^ https://shahrebours.com/%d9%85%d8%ac%d9%85%d8%b9-%d8%b3%d8%b1%d9%86%d9%88%d8%b4%d8%aa-%d8%b3%d8%a7%d8%b2-%d8%a8%d8%b1%d8%a7%db%8c-%d8%ae%d9%88%d8%af%d8%b1%d9%88-%d8%a7%db%8c%d8%b1%d8%a7%d9%86-%d8%ae%d9%88%d8%af%d8%b1%d9%88/
- ^ Gambrell, Jon (19 May 2024). "Helicopter carrying Iran's president suffers a 'hard landing,' state TV says without further details". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2024. Dicapai pada 19 May 2024.
- ^ "Qiz-Qalasi Dam symbol of cooperation between Tehran, Baku". Mehr News Agency. 19 May 2024.
- ^ a b Azzahra, Nabiila; Sekarwati, Suci (2024-05-20). "Lokasi Jatuhnya Helikopter Presiden Iran Ebrahim Raisi telah Teridentifikasi". TEMPO. Dicapai pada 2024-05-23.
- ^ a b "Ebrahim Raisi: What we know about deadly Iran helicopter crash". BBC News. BBC. 20 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 May 2024. Dicapai pada 22 May 2024.