Dominic Vendargon
The Most Reverend Dominic Vendargon P.S.M. | |
---|---|
Uskup Agung Kuala Lumpur | |
Gereja | Gereja Roman Katolik |
Takhta | Keuskupan Agung Kuala Lumpur |
Bertakhta | 18 Disember 1972 |
Perintah berakhir | 2 Julai 1983 |
Pengganti | Anthony Soter Fernandez |
Butiran peribadi | |
Kelahiran | Naranthanai, Ceylon | 29 Ogos 1909
Meninggal dunia | 3 Ogos 2005 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 95)
Disemadikan | Katedral St. John, Kuala Lumpur |
The Most Reverend Tan Sri Dominic Aloysius Vendargon (29 Ogos 1909 – 3 Ogos 2005) ialah seorang paderi Ceylon Tamil dan Uskup Agung Roman Katolik Kuala Lumpur.
Kehidupan awal dan keluarga
[sunting | sunting sumber]Vendargon dilahirkan pada 29 Ogos 1909 di Naranthanai di utara Ceylon.[1][2] Pada tahun 1910, Vendargon dan ibunya berhijrah ke Tanah Melayu, di mana bapanya bekerja sebagai juruukur.[1] Berikutan Perang Dunia I meletus, Vendargon, adik-beradiknya dan ibunya kembali ke Ceylon.[1] Selepas perang, keluarga itu bersatu semula dengan bapa Vendargon di Seremban pada tahun 1919.[1] Keluarga itu berpindah ke Melaka pada tahun 1923.[1]
Vendargon dididik di Kolej St Patrick, Jaffna, Institusi St. Paul, Seremban dan Institusi St. Francis, Melaka.[1] Biarpun bapanya mahu Vendargon menjadi seorang doktor, Vendargon menyertai Seminari St. Francis Xavier di Singapura pada tahun 1925 sebelum berpindah ke Seminari Tinggi Katolik di Pulau Pinang pada tahun 1927.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Vendargon ditahbiskan sebagai paderi pada 8 Disember 1934.[1][2] Sebagai pendeta untuk kaum India di Negeri Sembilan, beliau bertanggungjawab terhadap penjagaan pastoral kaum Katolik Roman yang bekerja di ladang getah.[1][3] Beliau dipindahkan ke Sungai Petani di Kedah pada tahun 1941.[1][3] Selepas pencerobohan Jepun di Tanah Melayu, semua buku dan rekod Vendargon telah dimusnahkan oleh tentera Jepun.[1] Beliau menghabiskan tahun penjajahan Jepun dengan berkhidmat untuk keluarga di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.[1][3]
Selepas perang, Vendargon mula mengajar di Seminari Tinggi Katolik pada tahun 1948 sebelum menjadi pendeta untuk orang India di Johor Bahru dan Pangkalan Angkatan Laut Singapura pada tahun 1949.[1][3] Beliau telah dipindahkan ke Teluk Anson pada tahun 1950 sebelum menjadi pendeta Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur pada tahun 1951, satu jawatan yang dipegangnya sehingga tahun 1955.[1][3]
Vendargon dilantik sebagai Uskup Kuala Lumpur pada 25 Februari 1955.[1][2] Beliau telah ditahbiskan sebagai uskup pada 21 Ogos 1955.[2] Beliau menjadi Uskup Agung pertama Kuala Lumpur pada 18 Disember 1972.[1][2] Beliau bersara pada 2 Julai 1983.[2][3]
Vendargon ialah seorang ahli Persatuan untuk Promosi Pendidikan Tinggi Malaysia, Persatuan Sekolah Bantuan Katolik Malaysia dan Persatuan Agama-Agama di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan presiden pertama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.[1][3] Beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota pada bulan Jun 1968.[3][4]
Vendargon meninggal dunia pada 3 Ogos 2005 di rumah orang tua di Cheras, Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Little Sisters of the Poor.[3][4] Beliau telah dikebumikan di Katedral St. John, Kuala Lumpur.[3] Yayasan Tan Sri Dominic Vendargon dinamakan sempena dengan namanya.[5]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Penghargaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia : Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (P.S.M.) (1968)[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Archbishop emeritus of Kuala Lumpur 60 years a priest. 39 a bishop". UCA News. Bangkok, Thailand. 21 Disember 1994. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ a b c d e f "Archbishop Dominic Aloysius Vendargon". Catholic Hierarchy. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ a b c d e f g h i j "The First Bishop of Kuala Lumpur: Dominic Aloysius Vendargon 1955 - 1983". The Herald. Kuala Lumpur, Malaysia. 6 Oktober 2014. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ a b "Former archbishop of KL Vendargon dies". The Sun. Petaling Jaya, Malaysia. 4 Ogos 2005. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ "Vendargon foundation to educate the poor". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. 16 November 2003. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-10-07.
[