Pergi ke kandungan

Dogue Brazil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Dogo Brazil)
Dogue Brazil
Dogue Brazil
Nama lainDogo Brazil
Negara asalBrazil
Trait
Berat Jantan 29–43 kg (64–95 lb)
Betina 23–39 kg (51–86 lb)
Tinggi Jantan 54–60 cm (21–24 in)
Betina 50–58 cm (20–23 in)
Bulu Lapis bulu pendek atau sederhana, padat, keras, dan bersinar
Warna Sebarang warna atau gabungan; sama ada padu, piebald, atau triwarna
Jangka hayat 13 tahun
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dogue Brazil atau dogo Brazil[a] ialah satu baka anjing pekerja jenis mastif yang berasal dari Brazil. Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mahupun oleh American Kennel Club (AKC). Walau bagaimanapun, ia mempunyai pengiktirafan rasmi Brazil oleh Confederação Brasileira de Cinofilia (CBKC) dengan kedudukan dalam Kumpulan 11 – Baka tidak diiktiraf oleh FCI.[1]

Dua ekor bulterier yang digunakan pada permulaan proses pembiakbakaan

Pengembang asli baka ini ialah seorang pembiak baka bulterier bernama Pedro Pessoa Ribeiro Dantas[1] dari Caxias do Sul, Rio Grande do Sul. Pada tahun 1978, jiran beliau meminta beliau untuk mengawankan salah seekor daripada bulterier jantan beliau dengan bokser betina jiran itu.[2][sumber tidak boleh dipercayai?] Pedro mengambil salah seekor anak anjing betina daripada pengawanan ini dan menamainya Tigresa sempena tanda-tanda brindle pada lapis bulunya. Apabila Tigresa membesar, ia ternyata menjadi individu sangat menyenangkan dan menjanjikan: ia amat penyayang, patuh, cepat belajar, seimbang dari segi fizikal, kuat, dan bertenaga. Lebih-lebih lagi, ia tidak mempunyai ciri-ciri ekstrem yang tipikal pada bulterier moden yang lebih berfungsi dan tangkas. Ia juga secara fizikal lebih kuat daripada bulterier biasa dan bokser biasa. Pada masa sama, ia merupakan pengawal cemerlang dan sangat toleran terhadap bulterier milik Pedro: apabila bulterier tersebut mencuba untuk memprovokasinya, ia lebih suka mengelak serangan dengan ketangkasan dan keseimbangan fizikal lebih baik berbanding dengan menggunakan agresi.

Selepas melihat kualiti hebat Tigresa, Pedro mula mengumpulkan maklumat daripada orang lain yang telah membeli anak anjing daripada perinduk sama. Tindak balasnya ialah anjing-anjing itu telah menjadi pengawal yang cergas secara fizikal dan cemerlang, pada masa yang sama lemah lembut dan penyayang terhadap keluarga. Oleh itu, satu lagi pengawanan antara seekor bulterier berbeza dengan seekor bokser. Oleh sebab hasilnya ternyata positif seperti yang dalam perinduk pertama, susur galur pembiakbakaan baharu diputuskan untuk diasaskan dan pada asalnya dinamai bull boxer (yang tidak patut dikelirukan dengan "baka pereka" Inggeris dengan nama sama berdasarkan silangan bulterier Staffordshire x bokser).

Selepas generasi pertama silangan bulterier x bokser yang terdiri daripada 80 individu, Pedro meneruskan kerja dengan pengawanan sekali-sekala antara silangan ini. Kualiti dan kesihatan anak anjing baharu menyusul semasa pertumbuhan. Sebahagian besar anjing ini diperhatikan memiliki ciri-ciri berikut:[2][sumber tidak boleh dipercayai?]

  • Penjaga amat cekap
  • Perangai seimbang dan sangat terikat dengan keluarganya
  • Secara fizikal seimbang dan berkuasa, dengan toleransi kesakitan esktrem pada bulterier
  • Kelanjutan usia, jangka hayat hampir-hampir 13 tahun

Walaupun keputusannya menjanjikan, Pedro masih belum pasti sama ada keputusan sama juga dapat dicapai dengan menggunakan jenis baka serupa lain. Oleh itu, beliau menyilangkan beberapa ekor bull boxer dengan terier Staffordshire Amerika dan menyedari bahawa sekurang-kurangnya dalam generasi pertama, ciri-cirinya kekal sama. Walau bagaimanapun, tiada lagi silangan terier Staffordshire Amerika yang dibuat dalam generasi berikut dan tidak lama kemudian buku pembaka ditutup untuk meneruskan pembiakbakaan semata-mata dengan menggunakan bull boxer sedia ada.

Kelab Bull Boxer Brazil diasaskan pada tahun 1986 dan presidennya ialah Pedro Ribeiro Dantas sendiri. Baka ini diterima secara rasmi oleh CBKC pada tahun 1999[2][sumber tidak boleh dipercayai?] dan versi kini bagi piawaian baka diterbitkan pada tahun 2007.[1] Kini, terdapat 2000 ekor anjing baka tulen dalam daftar rasmi Kelab Boxer Bull – walau bagaimanapun, bilangan juga menyertakan banyak anjing yang telah mati. Terdapat pembiak baka di banyak negeri berlainan di Brazil dan baka ini semakin popular sejak tahun 1990-an. Walaupun dogue Brazil tidak diiktiraf oleh FCI, ini tidak mengganggu pembiak baka dan peminat baka di Brazil: sebenarnya, presiden Kelab Bull Boxer telah menyatakan bahawa prinsip semasa FCI tidak memenuhi falsafah pembiakbakaan dogue Brazil.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Dogue Brazil ialah anjing bersaiz sederhana, kuat, tangkas, dan berotot dengan kebesaran tanpa menimbulkan kesan berat atau gempal. Jantan adalah setinggi 54–60 cm (21–24 in) (seunggulnya 58 cm (23 in)) dan seberat 29–43 kg (64–95 lb) (seunggulnya 39 kg (86 lb)); betina pula setinggi 50–58 cm (20–23 in) (seunggulnya 56 cm (22 in)) dan seberat 23–39 kg (51–86 lb) (seunggulnya 33 kg (73 lb)). Oleh itu, baka ini adalah lebih ringan dan atletik yang sama tinggi tetapi jelas lebih berat. Terdapat dua varian lapis bulu: pendek (yang kurang daripada 2.5 cm (0.98 in)) dan sederhana panjang (yang sepanjang 2.5–4.7 cm (0.98–1.85 in)). Tekstur lapis bulu bersinarnya adalah keras dan padat. Semua warna dan gabungan diterima.[1]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Dogue Brazil ialah anjing yang aktif dan seimbang, namun berwaspada, tidak takut, dan berjaga-jaga dengan naluri penjagaan kuat. Terhadap keluarganya, ia patuh, lembut, dan penyayang. Walau bagaimanapun, ia serius terhadap orang asing dan bersedia untuk menyerang jika diprovokasi. Ia tidak patut menunjukkan tingkah laku agresif tanpa sebab jelas – seperti provokasi bertujuan – walaupun dengan anjing lain. Daripada ujian kerja yang lebih lazim, ujian watak spesifik dituntut untuk baka ini mencapai kejuaraan dalam pertunjukan anjing Brazil.[1]

Dogue Brazil digunakan terutamanya sebagai anjing pengawal dan anjing sukan perlindungan. Dogue Brazil, yang dikenali sebagai Penjaga di Bandar, ialah anjing kuat dan padat yang disesuaikan dengan persekitaran bandar moden. Baka ini diwujudkan untuk menjadi anjing pengawal hebat.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: دوݢي برازيل; دوݢو برازيل; Portugis: dogue brasileiro; bahasa Inggeris: Brazilian dogo
  1. ^ a b c d e f Lopes de Castro, S. M; Cruz Setta, D. J. (10 Jun 2007). "Padrão Oficial da Raça: Dogue Brasileiro" [Piawaian Baka Rasmi: Dogue Brazil] (PDF) (dalam bahasa Portugis). Confederação Brasileira de Cinofilia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 November 2006. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  2. ^ a b c Frawley, Ed. "História da Raça" [Sejarah baka]. doguebrasileiro.com.br (self-published-source?) (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2014. Dicapai pada 24 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]