Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Dewan Perwakilan Rakyat | |
---|---|
2019–2024 | |
Jenis | |
Jenis | |
Tempoh menjawat | Tiada |
Kepimpinan | |
Timbalan Pengerusi | |
Timbalan Pengerusi | |
Timbalan Pengerusi | |
Struktur | |
Ahli | 575 |
Kumpulan politik | Pemerintah (525)
Pembangkang (50)
|
Tempoh penggal | Lima tahun |
Dikuat kuasa | Meluluskan undang-undang dan belanjawan (bersama-sama dengan Presiden); pengawasan terhadap cawangan eksekutif |
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya terakhir | 14 Februari 2024 |
Pilihan raya seterusnya | 2029 |
Tempat persidangan | |
Bangunan Nusantara II, Kompleks Parlimen Jakarta, Indonesia | |
dpr.go.id | |
sunting |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Indonesia |
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ialah dewan negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang merupakan dewan perwakilan rakyat, sebagaimana yang ternyata daripada namanya. Dewan ini memegang kekuasaan untuk menggubal undang-undang, dan memainkan peranan perundangan, belanjawan, dan pengawasan.
DPR terdiri daripada anggota-anggota parti politik yang menang dalam pilihan raya umum. Anggota DPR berjumlah 575 orang dan berkhidmat selama lima tahun, dengan akhir tempoh mereka berbetulan dengan waktu anggota-anggota DPR yang baru mengangkat sumpah. Ketua DPR pada saat ini ialah Puan Maharani.[1][2]
Komposisi terkini anggota DPR
[sunting | sunting sumber]Kelompok Parlimen | Pengerusi | Setiausaha-Agung | Kerusi | Ketua Kelompok Parlimen DPR | Pakatan | Kepimpinan DPR |
---|---|---|---|---|---|---|
Kelompok Parlimen Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (F-PDIP) | Megawati Soekarnoputri | Hasto Kristiyanto (id) | 128 | Utut Adianto (id) | Pakatan Indonesia Maju | Puan Maharani (Pengerusi) |
Kelompok Parlimen Parti Amanat Nasional (F-PAN) | Zulkifli Hasan | Eddy Soeparno (id) | 44 | Mulfachri Harahap (id) | Pakatan Indonesia Maju | |
Kelompok Parlimen Parti Keadilan Sejahtera (F-PKS) | Ahmad Syaikhu | Aboe Bakar Al-Habsyi (id) | 50 | Jazuli Juwaini (id) | Pembangkang | |
Kelompok Parlimen Parti Demokrat (F-PD) | Agus Harimurti Yudhoyono | Teuku Riefky Harsa (id) | 54 | Edhie Baskoro Yudhoyono (id) | Pembangkang | |
Kelompok Parlimen Parti Kebangkitan Bangsa (F-PKB) | Muhaimin Iskandar (id) | Hasanuddin Wahid (id) | 58 | Cucun Ahmad Syamsurijal (id) | Pakatan Indonesia Maju | Muhaimin Iskandar (Timbalan 4) |
Kelompok Parlimen Parti Golongan Karya (F-PG) | Airlangga Hartarto (id) | Lodewijk Paulus (id) | 85 | Kahar Muzakir (id) | Pakatan Indonesia Maju | Lodewijk Paulus (Timbalan 1) |
Kelompok Parlimen Parti Persatuan Pembangunan (F-PPP) | Suharso Monoarfa (id) | Arwani Thomafi (id) | 19 | Arsul Sani (id) | Pakatan Indonesia Maju | |
Kelompok Parlimen Parti Gerakan Indonesia Raya (F-Gerindra) | Prabowo Subianto | Ahmad Muzani | 78 | Ahmad Muzani (id) | Pakatan Indonesia Maju | Sufmi Dasco Ahmad (Timbalan 2) |
Kelompok Parlimen Parti Nasional Demokrat (F-NasDem) | Surya Paloh (id) | Johnny Gerard Plate (id) | 59 | Ahmad HM Ali (id) | Pakatan Indonesia Maju | Rachmad Gobel (Timbalan 3) |
Tugas dan bidang kuasa
[sunting | sunting sumber]Tugas dan bidang kuasa DPR antara lain adalah seperti yang berikut:
- Membentuk undang-undang yang dibincangkan dengan Presiden untuk mendapat persetujuan bersama
- Membahaskan dan memberikan persetujuan terhadap Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-undang
- Menerima dan membahaskan rang undang-undang yang diajukan oleh Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang berkaitan dengan bidang tertentu dan membuat keputusan terhadap pelulusannya
- Menetapkan belanjawan bersama Presiden, dengan memperhatikan pertimbangan DPD
- Mengawasi pelaksanaan undang-undang, belanjawan, serta dasar-dasar kerajaan
- Memilih anggota-anggota Badan Pemeriksa Kewangan dengan memperhatikan pertimbangan DPD
- Membahas dan mengambil tindakan lanjut terhadap hasil pemeriksaan kebertanggungjawaban kewangan negara yang disampaikan oleh Badan Pemeriksa Kewangan;
- Memberikan persetujuan kepada Presiden atas pelantiknya, dan pemberhentian anggota Suruhanjaya Kehakiman
- Memberikan persetujuan terhadap calon Hakim Agung yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Kehakiman supaya dapat ditetapkan oleh Presiden
- Memilih tiga orang calon anggota Hakim Perlembagaan dan mengajukannya kepada Presiden untuk ditetapkan;
- Memberikan cadangan kepada Presiden untuk melantik duta, menerima penempatan duta negara yang lain, dan memberikan pertimbangan dalam pemberian amnesti dan pemansuhan
- Memberikan persetujuan kepada Presiden untuk mengisytiharkan perang, membuat perdamaian, serta perjanjian dengan negara-negara yang lain
- Menyerap, menghimpun, menampung, dan mengambil tindakan lanjut terhadap aspirasi masyarakat
Hak ahli DPR
[sunting | sunting sumber]Ahli-ahli DPR memiliki hak tafsiran, mengundi, mengutarakan pendapat, cadangan dan pertanyaan, serta mengajukan rang undang-undang. Selain itu, mereka juga memiliki hak membela diri, hak kekebalan, dan hak protokol.
Berdasarkan Undang-undang Nombor 22 Tahun 2003 tentang Undang-undang Susunan dan Kedudukan (Susduk) dalam melaksanakan tugas dan bidang kuasanya, DPR berhak untuk meminta penjawat negara, penjawat pemerintah, badan undang-undang, atau warganegara untuk memberikan keterangan. Jika permintaan ini tidak dipatuhi, maka saman boleh dikenakan, sesuai dengan peraturan perundangan. Jika saman ini tidak dipenuhi tanpa alasan yang sah, orang yang berkenaan boleh ditahan sehingga 15 hari, sesuai dengan peraturan perundangan.
Alat-alat DPR
[sunting | sunting sumber]Alat-alat DPR antara lain terdiri daripada: Pimpinan, Suruhanjaya, Badan Musyawarah, Badan Perundangan, Badan Urusan Rumah Tangga, Badan Kerjasama Antara Parlimen, dan Jawatankuasa Anggaran.
Pimpinan DPR
[sunting | sunting sumber]Kedudukan Pimpinan dalam DPR biasa dikatakan merupakan jurucakap Parlimen. Peranan utamanya umumnya adalah untuk mewakili DPR secara simbolik dalam hubungannya dengan lembaga eksekutif, lembaga-lembaga tinggi negara yang lain, dan lembaga-lembaga antarabangsa, serta memimpin pentadbiran lembaga secara umum, termasuk memimpin sidang pleno dan hukuman atau pemulihan.
Pimpinan DPR bersifat kolektif, dan terdiri daripada seorang ketua dan sehingga empat orang timbalan ketua yang mencerminkan parti-parti terbesar. Pimpinan DPR dipilih daripada dan oleh para anggota.
Suruhanjaya
[sunting | sunting sumber]Suruhanjaya ialah unit kerja utama dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Hampir seluruh kegiatan yang berkaitan dengan peranan DPR dikerjakan dalam Suruhanjaya. Setiap anggota DPR (kecuali pimpinan) harus menjadi anggota kepada salah satu suruhanjaya. Pada umumnya, penyertaan Suruhanjaya amat berkait dengan latar belakang keilmuan atau penguasaan anggota terhadap masalah dan isi pokok yang ditangani oleh Suruhanjaya.
Kini, DPR mempunyai 11 buah Suruhanjaya, dengan ruang lingkup tugas dan pasukan kerja masing-masing:
Suruhjaya | Bidang | Ketua Suruhanjaya | |
---|---|---|---|
Nama | Parti | ||
I | pertahanan, perisikan, luar negeri, dan komunikasi & maklumat | Meutya Hafid | Parti Golkar |
II | Pemerintahan dalam Negeri, Autonomi Daerah, Sistem Pentadbiran Negara. | Ahmad Doli Kurnia | Parti Golkar |
III | Undang-undang dan Perundangan, Hak Asasi Manusia, serta Keamanan | Herman Hery | Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan |
IV | Pertanian, Perkebunan, Kehutanan, Kelautan, Perikanan, dan Makanan | Tak diketahui | Tak diketahui |
V | Perhubungan, Telekomunikasi, Kerja Raya, Perumahan Rakyat, serta Pembangunan Luar Bandar dan Kawasan Tertinggal dan Meteorologi | Ir. Fary Djemy Francis, M.MA. | Parti Gerakan Indonesia Raya |
VI | Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Koperasi, Perusahaan Kecil dan Sederhana, serta Badan Usaha Milik Negara (BUMN) | Faisol Reza | Parti Kebangkitan Bangsa |
VII | Tenaga, Sumber Galian, Penyelidikan dan Teknologi, serta Lingkungan Hidup | H. Gus Irawan Pasaribu, SE.Ak, M.M., CA. | Parti Gerakan Indonesia Raya |
VIII | Agama, Sosial dan Pemberdayaan Perempuan | M. Ali Taher | Parti Amanat Nasional |
IX | Kependudukan, Kesihatan, serta Buruh dan Transmigrasi | Felly Estelita Runtuwene | Parti NasDem |
X | Pendidikan, Belia, Sukan, Pelancongan, serta Kesenian dan Kebudayaan | H. Teuku Riefky Harsya | Parti Demokrat |
XI | Kewangan, Perancangan Pembangunan Negara, Perbankan, dan Lembaga Kewangan bukan Bank | Melchias Markus Mekeng | Parti Golkar |
Senarai speaker
[sunting | sunting sumber]No. | Nama | Dari | Hingga |
---|---|---|---|
1. | Sartono | 22 Februari 1950 | 22 Julai 1959 |
2. | KH Zainul Arifin | 26 Jun 1960 | 13 Januari 1963 |
3. | Arudji Kartawinata | 13 Januari 1963 | Februari 1966 |
4. | Mursalin Mamangung | Februari 1963 | 17 Mei 1966 |
5. | KH Achmad Sjaichu | 17 Mei 1966 | 28 Oktober 1971 |
6. | KH Idham Chalid | 1 Oktober 1972 | 1 Oktober 1977 |
7. | Adam Malik (Letak jawatan kerana dilantik sebagai Naib Presiden Indonesia) |
1 Oktober 1977 | 23 Mac 1978 |
8. | Lt Gen (B) Daryatmo | 23 Mac 1978 | 1 Oktober 1982 |
9. | Lt Gen (B) Amirmachmud | 1 Oktober 1982 | 1 Oktober 1987 |
10. | Lt Gen (B) Kharis Suhud | 1 Oktober 1987 | 1 Oktober 1992 |
11. | Lt Gen (B) Wahono | 1 Oktober 1992 | 1 Oktober 1997 |
12. | Harmoko | 1 Oktober 1997 | 1 Oktober 1999 |
13. | Akbar Tanjung | 1 Oktober 1999 | 1 Oktober 2004 |
14. | Agung Laksono | 1 Oktober 2004 | 1 Oktober 2009 |
15. | Marzuki Alie | 1 Oktober 2009 | 1 Oktober 2014 |
16. | Setya Novanto | 2 Oktober 2014 | 16 Disember 2015 |
— | Fadli Zon (pemangku) | 16 Disember 2015 | 11 Januari 2016 |
17. | Ade Komaruddin | 11 Januari 2016 | 30 November 2016 |
(16) | Setya Novanto | 30 November 2016 | 11 Disember 2017 |
— | Fadli Zon (pemangku) | 11 Disember 2017 | 15 Januari 2018 |
18. | Bambang Soesatyo | 15 Januari 2018 | 30 September 2019 |
19 | Puan Maharani | 1 Oktober 2019 | Penyandang |
Badan Musyawarah
[sunting | sunting sumber]Badan Musyawarah (Bamus) merupakan versi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kecil. Sebahagian besar keputusan DPR yang penting dibincangkan terlebih dahulu oleh Bamus sebelum dibahaskan dalam Sidang Pleno yang merupakan forum DPR yang tertinggi yang boleh mengubah sebarang keputusan Bamus. Bamus antara lain ditugasi untuk menetapkan acara DPR, termasuk juga menetapkan tempoh penyelesaian sesuatu masalah atau rang undang-undang.
Bamus dibentuk oleh DPR melalui Sidang Pleno pada masa pembentukan keanggotaan DPR. Anggota Bamus berjumlah sebanyak-banyaknya 10% daripada anggota DPR, berdasarkan pertimbangan jumlah anggota bagi setiap parti komponennya. Pimpinan Bamus diketuai oleh Ketua DPR.
Jawatankuasa Anggaran
[sunting | sunting sumber]Tugas utama Jawatankuasa Belanjawan DPR adalah untuk melakukan pembahasan Belanjawan Negara. Susunan keanggotaan jawatankuasa tersebut ditetapkan pada masa pembentukan keanggotaan DPR. Susunan keanggotaan Jawatankuasa Belanjawan terdiri daripada anggota-anggota Suruhanjaya dengan mempertimbangkan jumlah anggota setiap parti komponennya.
Ketua Jawatankuasa Belanjawan pada saat ini ialah Kahar Muzakir daripada Parti Golongan Karya.
Mahkamah Kehormatan DPR
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Kehormatan DPR (MKD) merupakan alat yang paling muda pada saat ini dalam DPR, serta juga salah satu alat yang bersifat sementara. Pembentukan BK dalam DPR merupakan gerak balas terhadap anggota-anggota dewan yang buruk, misalnya kehadiran yang kurang serta konflik kepentingan.
MKD meneliti dan memeriksa dugaan pelanggaran yang dilakukan oleh anggota-anggota DPR dan memberikan saranan kepada Pimpinan DPR sebagai bahan pertimbangan untuk menghukum atau memulihkan anggota-anggota yang terlibat. Sidang-sidang MK merupakan sidang tertutup, namun dalam keadaan tertentu boleh bersifat terbuka, dan tugasnya dianggap selesai selepas menyampaikan saranannya kepada Pimpinan DPR.
Badan Perundangan DPR
[sunting | sunting sumber]Badan Perundangan (Baleg) merupakan alat DPR yang wujud selepas Pindaan Pertama Perlembagaan 1945, dan dibentuk pada tahun 2000. Tugas utama Baleg, antara lain, termasuk merancang dan menyusun rancangan serta urutan keutamaan pembahasan rang undang-undang untuk tempoh keanggotaan DPR dan setiap tahun belanjawannya. Baleg juga menilai dan menyempurnakan tata tertib DPR serta kod etika anggota DPR.
Badan Perundangan dibentuk oleh DPR dalam Sidang Pleno. Susunan keanggotaannya ditetapkan pada masa pembentukan keanggotaan DPR, berdasarkan pertimbangan jumlah anggota setiap parti komponennya.
Keanggotaan Badan Perundangan tidak boleh dirangkap dengan keanggotaan Pimpinan Suruhanjaya, Badan Urusan Rumah Tangga (BURT), atau Badan Kerjasama Antara Parlimen (BKSAP).
Ketua Badan Perundangan DPR pada saat ini ialah Supratman Andi Agtas, S.H., M.H. daripada Parti Gerakan Indonesia Raya.
Badan Urusan Rumah Tangga
[sunting | sunting sumber]Badan Urusan Rumah Tangga (BURT) DPR ditugasi untuk menentukan dasar-dasar kerumahtanggaan DPR. Salah satu tugasnya berkaitan dengan kewangan dan pentadbiran anggota dewan adalah untuk membantu pimpinan DPR dalam menentukan dasar-dasar kerumahtanggaan DPR, termasuk kesejahteraan anggota dan pegawai Sekretariat DPR, berdasarkan keputusan sidang Badan Musyawarah.
Ketua BURT pada saat ini ialah Roem Kono daripada Parti Golkar.
Badan Kerjasama Antara Parlimen
[sunting | sunting sumber]Badan Kerjasama Antara Parlimen menjalin hubungan dan kerjasama dengan parlimen-parlimen negara yang lain. Ketua Badan Kerjasama Antara Parlimen pada saat ini ialah Dr. Nurhayati Ali Assegaf, M.Si., M.P. daripada Parti Demokrat.
Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Kerja
[sunting | sunting sumber]Jika dianggap perlu, DPR (atau alat DPR) boleh membentuk jawatankuasa yang bersifat sementara.
Jawatankuasa Khas
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Khas (Indonesia: Panitia Khusus ; Pansus) ialah jawatankuasa yang dibentuk oleh DPR, dengan komposisi keanggotaannya ditetapkan oleh Sidang Pleno berdasarkan pertimbangan jumlah anggota setiap parti komponennya. Pansus melaksanakan tugas tertentu yang ditetapkan oleh Sidang Pleno dan dibubarkan selepas tempoh penugasannya tamat atau apabila tugasnya selesai. Ia bertanggungjawab kepada kerjanya yang selanjutnya dibahaskan dalam Sidang Pleno.
Jawatankuasa Kerja
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Kerja ialah unit kerja sementara yang boleh dibentuk oleh alat DPR untuk mencekapkan prestasi kerjanya.
Sekretariat DPR
[sunting | sunting sumber]Sekretariat DPR dibentuk melalui Keputusan Presiden untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPR, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dilantik dan diberhentikan menurut Keputusan Presiden atas cadangan Pimpinan DPR.
Untuk meningkatkan prestasi kerja lembaga dan membantu pelaksanaan peranan dan tugas DPR secara profesional, sejumlah pakar dan ahli dilantik, sesuai dengan keperluan, di bawah Setiausaha Agung DPR.
Kekebalan dan larangan
[sunting | sunting sumber]Kekebalan
[sunting | sunting sumber]Anggota-anggota DPR tidak boleh didakwa di mahkamah atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPR, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan kod etika lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.
Larangan
[sunting | sunting sumber]Ahli-ahli DPR tidak boleh merangkap sebarang jawatan negara yang lain, termasuk juga jawatan dalam badan kehakiman, perkhidmatan awam, Tentera Nasional Indonesia atau Polis Republik Indonesia, dan Badan Usaha Milik Negara/Daerah (BUMN/BUMD), serta juga badan-badan yang lain yang berkait dengan Belanjawan Negara/Daerah (APBN/APBD).
Anggota-anggota DPR juga tidak boleh bertugas sebagai pengarah lembaga pendidikan swasta, akauntan awam, perunding, peguam bela atau peguam cara, notari, dan pengamal perubatan, serta juga pekerjaan-pekerjaan yang lain yang berkaitan dengan tugas, bidang kuasa, dan hak mereka sebagai anggota DPR.
Penyiasatan
[sunting | sunting sumber]Jika anggota DPR diduga melakukan jenayah, pemanggilan, permintaan keterangan, atau penyiasatannya harus mendapat persetujuan tertulis daripada Presiden. Ketentuan ini tidak melibatkan keadaan apabila anggota DPR tertangkap tangan menerima rasuah atau melakukan terorisme.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Daftar Ketua Dewan Perwakilan Rakyat
- Majlis Musyawarah Rakyat (MPR)
- Presiden Indonesia
- Volksraad
- Kesatuan Antara Parlimen
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Laman web rasmi
- (Inggeris) Laman web rasmi dalam Bahasa Inggeris