Pergi ke kandungan

Agus Harimurti Yudhoyono

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agus Harimurti Yudhoyono
Ketua Umum Parti Demokrat ke-5
Menyandang jawatan
15 Maret 2020
Didahului olehSusilo Bambang Yudhoyono
Maklumat peribadi
Lahir (1978-08-10) 10 Ogos 1978 (umur 46)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
PasanganAnnisa Pohan
PertalianSusilo Bambang Yudhoyono (Bapa)
Kristiani Herawati (Ibu)
AnakAlmira Tunggadewi Yudhoyono
Tempat belajarAkademi Militer (Indonesia)
S. Rajaratnam School of International Studies (M.Sc.)
Universiti Harvard (Sarjana Pentadbiran Awam)
Institut Kerjasama Keselamatan Hemisfera Barat
United States Army Command and General Staff College
Universiti Webster (M.A.)
Anugerah awamAdhi Makayasa - Tri Sakti Wiratama 2000
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Indonesia
Cabang/khidmat Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat
Tahun khidmat2000–2016
Pangkat Mejar
UnitInfantri (Kostrad)

Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 10 Ogos 1978 di Bandung, Barat Jawa) merupakan anak sulung kepada Susilo Bambang Yudhoyono dan Kristiani Herawati.[1]

Beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Taruna Nusantara pada tahun 1997 dan Akademi Militer pada tahun 2000. Beliau merupakan pemegang Pingat Adhi Makayasa (pelajar terbaik di Akademi Militer), sama seperti bapanya. Pada Julai 2006, Agus menamatkan pelajarnya dari Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik di Singapura, sebelum ke Universiti Harvard.[2] Pada September 2009, Susilo Bambang Yudhoyono telah memberi ucapan di Harvard Kennedy School dan berjenaka bahawa Agus menjadi "seorang lagi pelajar Harvard yang bekerja untuknya" selepas beberapa menteri dan jeneral tentera yang bekerja dengannya merupakan graduan Harvard.[3]

Agus mengahwini Annisa Pohan pada 8 Julai 2005.[4][5] Mereka dikurniakan anak pertama, Almira Tunggadewi Yudhoyono, pada 17 Ogos 2008.[6]

Selepas 16 tahun berkhidmat di dalam tentera, Agus meletakkan jawatan pada tahun 2016 dengan pangkat Mejar untuk menjadi calon Gabenor Jakarta bagi Demokrat dalam Pilihan Raya Gebenor Jakarta 2017,[7] dengan Sylviana Murni sebagai rakan gandingannya.[8] Beliau telah disokong oleh Partai Demokrasi, Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), dan Partai Amanat Nasional (PAN).[9] Beliau menduduki tempat ketiga dengan undian 17.06% di belakang Basuki Tjahaja Purnama dan Anies Baswedan.[10]

  1. ^ "Hj. Ani Yudhoyono/profil". 22 August 2015.
  2. ^ "'Tumpengan' marks Yudhoyono's 9-9-9 birthday". The Jakarta Post. 10 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2011. Dicapai pada 3 September 2010.
  3. ^ Susilo Bambang Yudhoyono (2010). "Towards Harmony Among Civilizations". Harvard Asia Pacific Review. Cambridge: 6. Dicapai pada 10 January 2011.
  4. ^ "Super Sempurna, Foto Pernikahan Agus - Annisa Pohan 10 Tahun Lalu". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). 10 August 2015. Dicapai pada 13 January 2017.
  5. ^ Annisa Pohan-Agus Yudhoyono Menikah
  6. ^ "Cucu Pertama SBY Saat Lahir Enam Tahun Lalu Dibanding Wajah Terkini". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 19 August 2014. Dicapai pada 13 January 2017.
  7. ^ "Mundur dari TNI, Agus Yudhoyono Tak Dapat Uang Pensiun". Poskota News. 23 September 2016. Dicapai pada 13 January 2017.
  8. ^ Carina, Jessi (25 October 2016). Rastika, Icha (penyunting). "Agus-Sylvi Nomor 1, Ahok-Djarot Nomor 2, dan Anies-Sandiaga Nomor 3". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 21 December 2016.
  9. ^ Tashandra, Nabilla (28 September 2016). Krisiandi (penyunting). "Parpol Pengusung Agus-Sylviana Finalisasi Susunan Timses Jumat Pekan Ini". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 March 2017.
  10. ^ "Berita Agus Harimurti Yudhoyono Ahy Terkini dan Terbaru Hari Ini - SINDOnews". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-25.