Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat
Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat | |
---|---|
Tajuk asal | A Declaration by the Representatives of the United States in America, in General Congress assembled. |
Jenis | Perisytiharan kemerdekaan |
Bahasa asal | Bahasa Inggeris |
Dibuat | 4 Julai 1776 |
Diterbitkan | 4 Julai 1776 di Tiga Belas Jajahan |
Lokasi | Dewan Kemerdekaan |
Negara | Amerika Syarikat |
Pengarang | Thomas Jefferson, Timothy Matlack |
Penandatangan | Benjamin Franklin, Edward Rutledge, Benjamin Harrison V, George Read, Thomas McKean, Caesar Rodney, George Clymer, Robert Morris, Benjamin Rush, James Smith, George Taylor, John Morton, George Ross, James Wilson, John Hancock, Elbridge Gerry, Samuel Adams, Robert Treat Paine, Josiah Bartlett, Matthew Thornton, William Whipple, Stephen Hopkins, William Ellery, Lewis Morris, Francis Lewis, Philip Livingston, William Floyd, Button Gwinnett, George Walton, Lyman Hall, George Wythe, Richard Henry Lee, Carter Braxton, Thomas Jefferson, Thomas Nelson, Francis Lightfoot Lee, William Hooper, Joseph Hewes, John Penn, Arthur Middleton, Thomas Heyward, Jr., Thomas Lynch Junior, Richard Stockton, John Witherspoon, Abraham Clark, Francis Hopkinson, John Hart, Roger Sherman, Oliver Wolcott, Samuel Huntington, William Williams, Charles Carroll of Carrollton, Thomas Stone, Samuel Chase, William Paca |
Laman sesawang | |
Teks penuh | |
sunting · sunting di Wikidata |
Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat adalah dokumen penting dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia ditulis pada 1776 dan memberitahu bahawa Amerika Syarikat bukan lagi jajahan Great Britain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum Perisytiharan
[sunting | sunting sumber]Sebelum 1776, Amerika Syarikat tidak wujud sebagai sebuah negara. Pada masa itu hanya terdapat negeri-negeri individu yang diperintah oleh Great Britain.
Pada masa itu, ramai penduduk Amerika marah kepada Great Britain kerana kebanyakan mereka tidak suka membayar cukai kepada Great Britain apabila mereka tidak mempunyai wakil di Parlimen. Mereka tidak mahu tanah mereka menjadi koloni dan mahukan sebuah negara yang merdeka agar mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu dan bukannya mengikut perintah Great Britain.
Mengambil tindakan
[sunting | sunting sumber]Tindakan Great Britain melalui akta-akta yang menyekat membuatkan koloni-koloni menubuhkan sebuah kongres yang membuat keputusan untuk semua koloni. Mereka berjumpa di bandar Philadelphia dan semasa perjumpaan pada 11 Jun 1776, sebuah jawatan kuasa dibentuk untuk mendraf satu dokumen yang kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Kemerdekaan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh John Adams dari Massachusetts, Benjamin Franklin (Pennsylvania), Thomas Jefferson (Virginia), Robert R. Livingston (New York) dan Roger Sherman (Connecticut).
Perisytiharan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan penulisan dibuat oleh Jefferson yang menulis hak-hak rakyat dan tugas kerajaan. Jefferson juga menyenaraikan perkara-perkara yang tidak mereka sukai yang dilakukan oleh Great Britain seperti memenjarakan orang tanpa sebab, cukai yang tinggi dan tidak menghormati penduduk koloni.
Perisytiharan mengisytiharkan koloni sebagai negeri bebas dan merdeka. Kongres meluluskan dokumen yang ditulis oleh Jefferson dengan sedikit pindaan. Mereka menggunakan dokumen untuk mengisytiharkan kemerdekaan yang sebenarnya diumumkan pada 2 Julai 1776. Kelulusan dari kesemua ahli kongres hanya pada 4 Julai di Pennsylvania. Versi ini ditandatangani oleh Presiden Kongres John Hancock dan Setiausaha Charles Thomson. Mengikut lagenda, John Hancock menandatangani namanya dengan saiz yang sangat besar supaya King George dapat melihat tanpa perlu menggunakan cermin mata.
Kesan Perisytiharan
[sunting | sunting sumber]Apabila Raja Great Britain dan Parlimen Britain mendengar mengenai Perisytiharan mereka menjadi sangat marah. Pada masa itu, Great Britain dan penduduk Amerika sudah pun terlibat dalam perang yang dipanggil Perang Revolusi Amerika. Amerika menang dalam perang tersebut dan pada 1783, Great Britain terpaksa mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dalam Perjanjian Paris.
Sehingga hari ini, Perisytiharan Kemerdekaan disambut setiap 4 Julai dengan parti oleh rakyat Amerika Syarikat. Mereka mengingati hari Thomas Jefferson menulis Perisytiharan dan hari Amerika Syarikat menjadi sebuah negara bebas.
Perisytiharan ini juga penting kerana ia menyatakan idea yang mudah bahawa rakyat mempunyai hak-hak untuk hidup, kebebasan dan untuk bergembira serta kerajaan harus mendengar pendapat rakyat. Perkara-perkara inilah yang menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara kebebasan.
Dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan yang ditulis oleh Jefferson, bersama Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi, masih disimpan di Muzium Arkib Negara di Washington D.C.
Mereka yang menandatangani
[sunting | sunting sumber]Mereka yang menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan adalah:
- New Hampshire: Josiah Bartlett, William Whipple, Matthew Thornton
- Massachusetts: Samuel Adams, John Adams, John Hancock, Robert Treat Paine, Elbridge Gerry
- Rhode Island: Stephen Hopkins, William Ellery
- Connecticut: Roger Sherman, Samuel Huntington, William Williams, Oliver Wolcott
- New York: William Floyd, Philip Livingston, Francis Lewis, Lewis Morris
- New Jersey: Richard Stockton, John Witherspoon, Francis Hopkinson, John Hart, Abraham Clark
- Pennsylvania: Robert Morris, Benjamin Rush, Benjamin Franklin, John Morton, George Clymer, James Smith, George Taylor, James Wilson, George Ross
- Delaware: George Read, Caesar Rodney, Thomas McKean
- Maryland: Samuel Chase, William Paca, Thomas Stone, Charles Carroll of Carrollton
- Virginia: George Wythe, Richard Henry Lee, Thomas Jefferson, Benjamin Harrison, Thomas Nelson, Jr., Francis Lightfoot Lee, Carter Braxton
- North Carolina: William Hooper, Joseph Hewes, John Penn
- South Carolina: Edward Rutledge, Thomas Heyward, Jr., Thomas Lynch, Jr., Arthur Middleton
- Georgia: Button Gwinnett, Lyman Hall, George Walton