Pergi ke kandungan

Samuel Adams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samuel Adams
Seorang lelaki berusia tua berpakaian merah berdiri di belakang sebuah meja. Di meja tersebut ada sebuah gulungan dokumen besar yang terhampar. Dia juga memegang sebuh skrol kecil pada tangan kanannya.
Potret bertarikh s. 1772 lukisan John Singleton Copley
Gabenor Massachusetts ke-4
Dalam jawatan
8 October 1794 – 2 Jun 1797
LeftenanMoses Gill
Didahului olehJohn Hancock
Digantikan olehIncrease Sumner
Leftenan Gabenor Massachusetts ke-3
Dalam jawatan
1789–1794
Gabenor pangkuan
8 October 1793 – 1794
GabenorJohn Hancock
Didahului olehBenjamin Lincoln
Digantikan olehMoses Gill
Presiden Senat Massachusetts
Dalam jawatan
1782–1785
1787–1788
Wakil Kongres Benua Massachusetts
Dalam jawatan
1774–1781
Kerani Dewan Perwakilan Massachusetts
Dalam jawatan
1766–1774
Maklumat peribadi
LahirSeptember 27 [G.L.: September 16] 1722
Boston, Massachusetts Bay
Mati2 Oktober 1803(1803-10-02) (umur 81)
Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat
Tempat semadiGranary Burying Ground, Boston
Parti politikParti Demokratik–Republikan (1790-an)
PasanganElizabeth Checkley (k. 1749; m. 1757)
Elizabeth Wells (k. 1764)
Tempat belajarHarvard College
TandatanganTandatangan Handwritten "Saml Adams", with the "l" a raised curlicue

Samuel Adams (27 September 1722 - 2 Oktober 1803) adalah seorang negarawan, ahli falsafah politik dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan antara tokoh agung dalam pembentukan negara tersebut melalui penglibatan memimpin berlakunya Revolusi Amerika pada tahap awalnya serta mempelopori asas fahaman republikanisme di bekas jajahan Britain tersebut sehingga membentuk budaya politik negara Amerika Syarikat yang sinambungan.

Beliau merupakan tokoh banyak kontroversi ketika dia masih hidup lagi.[1][2][3]

Beliau adalah pupu kedua kepada John Adams.

Awal hidup dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Samuel Adams Jr. lahir di Boston, jajahan Wilayah Teluk Massachusetts milik British pad 16 September 1722 (27 September mengikut tarikh baharu).[4] kepada Samuel Adams, Sr., - seorang saudagar dan deakon gereja.[5][6][7] - dan Mary (Fifield) Adams. Beliau salah seorang daripada 12 orang, dia termasuk tiga sahaja anak yang selamat mencecah usia tiga tahun.[7][8][9] Mereka menganut mazhab Puritan dan hidup di Purchase Street, Boston.[7][10].

Beliau menjalani pendidikannya di Boston Latin School sebelum beralih ke Harvard College pada tahun 1736. Ibu bapanya mahu Samuel bersedia menempuh pekerjaan sebagai seorang paderi, namun Samuel lama-kelamaan cenderung minatnya terhadap alam politik.[7][11] Setelah beliau berjaya dalam pengajiannya berbekalkan ijazah sarjana seni (Master of Arts) tahun 1743, beliau mula memikirkan pekerjaan yang sesuai untuknya.

Beliau terfikir mahu menjadi peguam pada asalnya, namun akhirnya memutuskan menceburi bidang perniagaan. Beliau mula bekerja sebagai seorang akauntan kepada seorang saudagar bernama Thomas Cushing, tetapi tumpuannya yang terlalu memikirkan hal politik menyebabkan Cushing terpaksa mneghentikan pekerjaannya beberapa bulan kemudian.[12][13] Ayah Samuel meminjamkan sejumlah £1,000 untuk memulakan pekerjaannya sendiri,[13][14] namun Adams tetap tidak berminat - separuh duit tersebut diberikan kepada seorang kawan sambil memboroskan sebahagian yang lain.[15] Beliau pula dibawa ayahnya bekerja dalam suatu perusahaan membuat malt untuk pembuatan bir di sebuah gudang berdekatan rumah mereka di Purchase Street.[16]

Kerjaya politik awal

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 1748, Adams serta beberapa rakan seperjuangan lain terdorong melancarkan akhbar mingguan The Independent Advertiser berikutan tindakan kerajaan British memngerah rakyat secara paksa menjadi kelasi dan askar (impressment); akhbar ini menjadi wahana utama beliau menerbitkan sejumlah banyak karangan politik yang ditulisnya[17][12][18] terutamanya didasarkan teori-teori politik John Locke.[19][20]

Akta Setem

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1765, Parlimen United Kingdom meluluskan Akta Setem 1765 yang mewajibkan para penduduk jajahan membayar cukai terhadap semua barangan dicetak..[21][22] Khabar berita pelulusan akta ini diterima buruknya di Amerika sepertimana yang dialami semasa adanya Akta Gula.[23][24] Adams menghujah bahawa kewujudan akta ini tidak sahaja melanggar perlembagaan malah akan menjejaskan ekonomi British; beliau menuntut agar suatu pemboikotan barangan British dilakukan bagi menekan Parlimen menarik balik cukai ini.[25][26]

Akta Townshend

[sunting | sunting sumber]

Akta Teh dan penentangan yang menyusul

[sunting | sunting sumber]

Beliau antara penentang utama Akta Teh - akta tersebut diluluskan tahun 1773 oleh Parlimen United Kingdom untuk meringankan beban Syarikat Hindia Timur Inggeris, namun dibenci warga jajahan Amerika British kerana pelaksanaan ia tidak mengira atau mempertimbangkan ketiadaan perwakilan mereka dalam parlimen British itu sendiri. Apabila kedengaran khabar bahawa sebuah kapal kargo pembawa teh bernama Dartmouth tiba di Pelabuhan Boston dari London pada bulan November 1773, Adams sendiri menulis surat pekeliling yang menyeru agar suatu perjumpaan hebat segera diadakan di Faneuil Hall pada November 29; perjumpaan tersebut kemudiannya dipindahkan ke Old South Meeting House kerana bilangan hadirin tidak mampu menampung tempat asal.[27][28] Perjumpaan ini meluluskan suatu resolusi usulan Adams yang menggesa kapten kapal Dartmouth berlayar keluar tanpa membayar cukai import berdasarkan peraturan yang dikenakan terhadap pencukaian kapal-kapal yang tiba di pelabuhan tersebut.[28][29] Pada 16 Disember iaitu tarikh akhir syarat yang dikenakan untuk kapal Dartmouth, sebanyak kira-kira 5,000[30] hingga 7,000[31] orang - hampir separuh bilangan penduduk Boston seramai 16,000[30] orang - berkumpul di Old South Meeting House. Setelah para hadirin mendapat tahu bahawa Gabenor Hutchinson enggan membenarkan kapal-kapal kargo teh yang berlabuh keluar tanpa membayar sebarang cukai; para hadirin sudah hilang kesabaran mereka dan Adams cuba menenangkan keadaan memandangkan perjumpaan besar ini belum boleh bersurai dalam beberapa minit (menurut catatan saksi[32]); namun orang ramai mula merusuh dengan hingar-bingarnya. Seramai 30 hingga 130 orang[33] segera berpusu-pusu keluar dari balai pertemuan itu ke pelabuhan menaiki kapal Dartmouth dan dua kapal lain lalu membuang kesemua 342 buah kotak kargo teh dibawa kapal-kapal itu ke laut.[34]

Kejadian yang dijolokkan sebagai "Jamuan Teh Boston" (Boston Tea Party) ini meskipun tidak dirancang dan di luar jangkaan Adams sendiri, namun beliau tetap mempertahankan tindakan yang dilakukan warga kota tersebut kerana ia berpunca daripada perasaan benci membuak terhadap pemerimtahan British yang tidak adil.

Keterlibatan dalam Revolusi Amerika

[sunting | sunting sumber]

Beliau bersidang dalam banyak jawatankuasa penting semasa tempoh ini, terutamanya berkaitan hal ketenteraan menentang pihak British;[35] beliau sendiri melantik George Washington sebagai panglima tertinggi Tentera Benua.[36]

Pasca-kemerdekaan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1789, Adams dilantik memegang jawatan Leftenan Gabenor (Lieutenant Governor) negeri Massachusetts baru yang merdeka. Beliau berkhidmat dalam jawatan tersebut sehingga kematian John Hancock tahun 1793 di mana beliau mengambil alih jawatan John sebagai Gabenor negeri itu. Beliau bersara setelah tempoh jawatannya sebagai gabenor tamat tahun 1797.[37] Pada ketika ini, jasmaninya semakin lemah dipercayai akibat menghidap tremor esensial yang menyebabkan beliau tidak mampu menulis lagi pada senja usianya.[38]

Beliau meninggal dunia ketika berusia 81 tahun pada tanggal 2 Oktober 1803. Mayatnya disemadikan di Granary Burying Ground, Boston.[39][40]

  1. ^ Maier 1980, m/s. 7.
  2. ^ Maier 1980, m/s. 8.
  3. ^ O'Toole 1976, m/s. 82.
  4. ^ Hosmer 1885, m/s. 14.
  5. ^ Miller 1936, m/s. 3.
  6. ^ Miller 1936, m/s. 4.
  7. ^ a b c d Alexander 2002, m/s. 1.
  8. ^ Fowler & Fowler 1997, m/s. 4.
  9. ^ Puls 2006, m/s. 22.
  10. ^ Puls 2006, m/s. 21.
  11. ^ Puls 2006, m/s. 25.
  12. ^ a b Miller 1936, m/s. 17.
  13. ^ a b Alexander 2002, m/s. 3.
  14. ^ Alexander 2002, m/s. 4.
  15. ^ Maier, American National Biography.
  16. ^ Baron 1962, m/s. 74.
  17. ^ Alexander 2002, m/s. 7.
  18. ^ Miller 1936, m/s. 18.
  19. ^ Miller 1936, m/s. 21.
  20. ^ Alexander 2002, m/s. 8.
  21. ^ Alexander 2002, m/s. 17.
  22. ^ Alexander 2002, m/s. 18.
  23. ^ Miller 1936, m/s. 50.
  24. ^ Miller 1936, m/s. 51.
  25. ^ Alexander 2002, m/s. 24.
  26. ^ Alexander 2002, m/s. 25.
  27. ^ This was not an official town meeting, but a gathering of "the body of the people" of greater Boston
  28. ^ a b Alexander 2002, m/s. 123.
  29. ^ Puls 2006, m/s. 143.
  30. ^ a b Raphael, Ray (2001), A people's history of the American Revolution: How common people shaped the fight for independence, The New Press, m/s. 18, ISBN 1-56584-653-2, On December 16, the day before customs officials were entitled to seize the cargo and land it themselves, an estimated 5,000 people traveled through a cold, steady rain to gather at the Old South Meeting House. (The entire population of Boston at the time was only about 16,000, children included.)
  31. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 125.
  32. ^ Maier, Old Revolutionaries, 27–28n32; Raphael, Founding Myths, 53. For firsthand accounts that contradict the story that Adams gave the signal for the tea party, see L. F. S. Upton, ed., "Proceeding of Ye Body Respecting the Tea," William and Mary Quarterly, Third Series, 22 (1965), 297–98; Francis S. Drake, Tea Leaves: Being a Collection of Letters and Documents, (Boston, 1884), LXX; Boston Evening-Post, December 20, 1773; Boston Gazette, December 20, 1773; Massachusetts Gazette and Boston Weekly News-Letter, December 23, 1773.
  33. ^ "Mohawk was Emerging as a Symbol of Liberty in the New Land". Boston Tea Party Historical Society. 2008.
  34. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 125–26; Labaree, Tea Party, 141–44.
  35. ^ Alexander 2002, m/s. 150.
  36. ^ Chernow 2010, m/s. 186.
  37. ^ Alexander 2002, m/s. 218.
  38. ^ Elan D. Louis. "Samuel Adams' tremor". Neurology (2001) 56:1201–05 (online abstract). Dicapai pada February 19, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  39. ^ Hosmer 1885, m/s. 416.
  40. ^ Hosmer 1885, m/s. 417.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]