Perakuan hak
Perakuan hak (bahasa Inggeris: Bill of Rights) ialah senarai hak yang dianggap penting dan perlu bagi sekumpulan manusia. Tujuannya adalah untuk melindungi hak tersebut daripada pelanggaran oleh kerajaan dan orang lain. Istilah "perakuan hak" berasal dari Britain, dan merujuk kepada fakta bahawa Perakuan Hak Inggeris sebenarnya merupakan rang undang-undang, iaitu cadangan undang-undang, yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1689. Oleh itu, ia sebenarnya hanya merupakan rang undang-undang hak istimewa sementara. Supaya dapat berkesan, perisytiharan hak memerlukan penguatkuasaan dan sokongan yang wajar.
Perisytiharan hak yang telah berakar berumbi merupakan sebuah suratcara undang-undang yang wujud secara berasingan di luar bidang kuasa badan perundangan sesebuah negara. Bagi banyak kerajaan berperlembagaan, sebuah perisytiharan hak yang diiktiraf oleh kerajaan pada dasarnya memiliki lebih banyak kuasa, berbanding dengan kuasa badan perundangan. Sebaliknya, perisytiharan hak yang tidak berakar berumbi boleh dilemahkan oleh akta-akta kemudian yang diluluskan oleh badan perundangan. Di samping itu, ia juga tidak memerlukan kebenaran melalui undi suka ramai untuk mengubahnya. Oleh sebab itu, perisytiharan hak yang tidak berakar berumbi boleh diubah, ia merupakan pertahanan yang lemah terhadap sebuah badan perundangan yang korup atau zalim.
Perisytiharan hak statutori yang telah berakar berumbi wujud sebagai sebuah akta berasingan yang diluluskan oleh badan perundangan. Oleh sebab itu, ia boleh diubah atau dimansuhkan oleh badan yang menggubalnya. Justera itu, perisytiharan hak statutori tidak sebegitu kekal apabila dibandingkan dengan perisytiharan hak perlembagaan yang memerlukan undi suka ramai untuk mengubahnya.
Dalam bidang-bidang kuasa yang lain, takrif hak boleh bersifat statutori. Dengan kata yang lain, ia boleh dimansuhkan sebagaimana dengan undang-undang yang lain, dan tidak semestinya bersifat lebih penting daripada undang-undang yang lain. Bukan semua bidang kuasa menguatkuasakan perlindungan hak yang tersenarai dalam perisytiharan hak.
Australia ialah satu-satunya negara Barat yang tidak mempunyai sebarang perisytiharan hak, baik berperlembagaan mahupun perundangan, walaupun perdebatan tentang penggubalannya kini sedang berlangsung di banyak negerinya.[1]
Perakuan hak yang penting
[sunting | sunting sumber]- Perakuan Hak Amerika Syarikat kepada Perlembagaan Amerika Syarikat (Lengkap pada 1789, disahkan pada 1791)
- Kod Hammurabi, dokumen yang berusia 4,000 tahun yang tertera tentang undang-undang dan hukuman (secara tidak langsung kebebasan).
- Silnder Cyrus yang membenarkan kebebasan beragama dan pemansuhan perhambaan (559-530 SM; Empayar Parsi/Iran)
- Perlembagaan Athens Purba, menubuhkan demokrasi ala Athen, membenarkan pemilihan ketua dan mengasingkan cabang pemerintahan, ditulis oleh Cleisthenes (508BC; Greece)
- Magna Carta (1215; England)
- Perakuan Hak 1689 (England) dan Tuntutan Hak (Scotland)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Hak asasi
- Hak asasi manusia
- Hak awam
- Hak tak terpisah
- Jawatankuasa Pertahanan Perisytiharan Hak
- Kanun Undang-undang Hammurabi
- Perisytiharan Hak Amerika Syarikat
- Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (1948)
- Perisytiharan Hak British
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Amnesty International Australia Bill of Rights - Act now for Australia". Amnesty International Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-09. Dicapai pada 2007-11-07.