Pergi ke kandungan

David Benjamin Keldani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

David Benjamin Keldani atau Dawud Benyamin (1867- sekitar 1940) adalah seorang pendeta/paderi Kristian Katolik yang kemudiannya memeluk agama Islam sebagai seorang pendakwah dengan menggunakan nama gelaran Abd ul-Aḥad Dāwūd (Arab: عبد الأحد داود).

Pada zaman awalnya, beliau telah dibaptiskan sebagai seorang yang beragama Kristian dengan nama David (Dawid, Dawud), nama tersebut kekal digunakan olehnya walaupun selepas beliau memeluk Islam (kerana nama tersebut masih selari dengan tuntutan Islam). Nama keluarganya ialah "Benjamin" atau "Benyamin" (bahasa Suryani) dimana nama tersebut bermula dari nama datuknya.

Beliau dikenali sebagai "Keldani" (Chaldean Christian oleh masyarakat Turki) selepas beliau memasuki Islam. Nama gelaran beliau Abdul-Ahad (yang bermaksud “hamba kepada Yang Esa”) , di mana nama tersebut merujuk kepada sifat beliau (David) yang anti-tritunggal monoteisme – kepercayaan beliau yang dipegang teguh olehnya selepas beliau memeluk Islam.

Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Sumber utama berkenaan perjalanan kehidupan Benjamin dapat dilihat dalam penanda Autobiografi dalam bukunya.

Sewaktu beragama Kristian

[sunting | sunting sumber]

Bertindak sebagai pendeta / paderi dalam tempoh kehidupannya

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1892, beliau diutus oleh Kardinal Vaughan ke Kota Vatican dan Rom. Disana beliau mempelajari ilmu falsafah dan teologi Kristian di Propaganda Fide College, dan pada tahun 1895, beliau dinobatkan sebagai pendeta dan paderi. Pada tahun 1892 ia menulis artikel di dalam majalah The Tablet tentang “Assyria, Rom, dan Canterbury”; dan juga pada Irish Record tentang “keotentikan Pentateuch”(Pentateuch Authentic). Pentateuch adalah lima kitab perjanjian lama yang terdiri atas Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan. Beliau juga mempunyai beberapa terjemahan Ave Maria dalam beberapa bahasa yang berbeza yang diterbitkan oleh Illustrated Catholic Missions.

Ketika berada di Istanbul, dalam perjalanannya ke Parsi (kini Iran) pada tahun 1895, beliau menulis artikel panjang tentang “Gereja-Gereja Timur” dalam bahasa Inggeris dan Perancis di dalam surat khabar harian yang diterbitkan disana dengan nama The Levant Herald. Pada tahun 1895, beliau bergabung dengan French Lazarist Mission di Urmia, dan terbit untuk pertama kali dalam sejarah misi itu sebuah majalah berkala dalam bahasa Suryani yang bernama Qala-la-Syara (Suara Kebenaran).

Pada tahun 1867, beliau telah diutus oleh dua uskup besar Uniate-Khaldean dari Urmia dan Salmas untuk mewakili Katolik Timur pada Kongres Ekaristi yang diselenggarakan di Paray-le-monial, Perancis, dibawah pimpinan Kardinal Perraud. Sudah tentu , ini adalah undangan yang besar dan rasmi. Maka, perkara yang dibacakan di kongres oleh Benjamin telah disiarkan dalan Tawarikh Kongres Ekaristik dan disebut disebut “Le Pellerin”. Dalam makalah ini, Khaldean Arch-Priest (gelaran rasminya) menyesalkan sistem pendidikan Katholik dikalangan Nestorian, dan meramalkan kemunculan yang sudah dekat dari pendeta Rusia di Urmia.

Pada tahun 1888, Benjamin telah kembali semula ke Parsi. Di kampung halamannya, Digala, sekitar sebatu jauh perjalanannya dari kota, beliau telah membuka sekolah missionary Kristian secara percuma.

Tahun yang berikutnya beliau telah dikirimkan oleh Otoriti Gereja Timur untuk memimpin Keuskupan Salmas, dimana konflik yang begitu besar dan berbau skandal antara Uskup Besar Uniate, Khudabash, dan para Bapa Lazarist yang sudah berlarutan sekian lama telah menyebabkan terjadinya perpecahan.

Oleh yang demikian, Prof. David Benjamin Keldani bukanlah seorang Katolik Rom melainkan Katolik Uniate Chaldean yang berasal dari gereja Nestorian, kaum Nastorian, [merupakan] keturunan dari skismatik Nestorian. (sebuah gerakan Kristian katolik yang tidak dalam persatuan bersama dengan gereja yang mana-mana satu pun dan memiliki liturgi mereka yang tersendiri serta sangat lama.

Khutbah Kristian terakhir

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900, Benjamin menyampaikan khutbahnya yang terakhir dan telah dikenang dihadapan banyak masyarakat Kristian, termasuklah orang Armenia yang non-Katholik dan yang lain-lain, didalam Katedral Khorovabad St. George, Salmas. Pokok bahasan pengkhutbah ini adalah “Abad Baru dan Manusia Baru”. Ia mengingatkan kepada fakta bahawa missionary Nestorian, sebelum munculnya Islam, telah mengabarkan ajaran-ajaran Jesus (Injil) ke seluruh Asia; Bahawa mereka memiliki banyak jabatan di India (khususnya pantai Malabar), di Tartar, Republik Rakyat China, dan Mongolia; dan bahawa mereka telah menerjemahkan kitab Injil kedalam bahasa Turki, Uyghur, dan bahasa-bahasa yang lain; Misi-misi Katolik, Amerika, dan Anglikan, meskipun mereka telah melakukan sedikit kebaikan untuk bangsa Assyro-Khaldean melalui pendidikan dasar, telah memecahkan sifat bermegah-megah oleh bangsa-bangsa sepertimana yang berlaku di Parsi, Kurdistan, dan Mesopotamia menjadi banyak sekali sekte yang bermusuhan; dan bahawa usaha-usaha mereka telah ditakdirkan untuk menyebabkan keruntuhan yang terakhir. Konsekuensinya, beliau menganjurkan kepada orang-orang pribumi untuk melakukan pengorbanan agar dapat berdiri diatas kaki sendiri sebagai manusia sejati, dan tidak tergantung pada misi-misi asing dan sebagainya.

Ucapan-ucapannya itu telah menyinggung para missionary. Khotbah ini segera mendatangkan Delegasi Apostolik, Mgr. Lesne dari Urmia ke Salmas. Walaubagaimanapun, mereka semua tetap menjadi teman yang terakhir bagi Benjamin. Mereka berdua kembali ke Urmia. Sebuah misi Rusia baru sudah diadakan di Urmia sejak tahun 1899. Kaum Nestorian dengan antusias memeluk agama Tsar untuk seluruh Rusia.

Lima misi yang besar dan angkuh (Amerika, Anglikan, Perancis, Jerman, dan Rusia) disertai universiti-universiti mereka, pers yang didukung oleh kalangan agamawan yang kaya, para konsul dan duta besar, berusaha keras mengajak sekitar 100,000 orang Assyro-Khaldean untuk berpindah dari Bid'ah Nestorian ke salah satu dari lima bid'ah itu. Tetapi misi Rusia segera mendahului misi-misi yang lain, dan misi inilah pada tahun 1915 mendorong bangsa Assyria dari Parsi dan juga suku-suku etnik yang menetap di pergunungan Kurdistan, yang kemudian berpindah ke Salmas dan Urmia, untuk angkat senjata melawan pemerintah mereka masing-masing. Hasilnya adalah separuh pengikutnya lenyap dan sisanya terusir dari kampung halaman mereka sendiri.

David Benjamin dan Islam

[sunting | sunting sumber]

Pertanyaan besar yang sudah lama menghantui benak pendeta dan paderi ini, walaupun ketika beliau masih menjalankan pelbagai dakyah dan missionary Kristiannya. Diantara persoalan yang timbul dari hati dan akalnya adalah: "Apakah agama Kristian, dengan banyak sekali bentuk dan warnanya, dan dengan naskah-naskah sucinya yang tidak otentik sama sekali, palsu, dan menyimpang (dari ajaran sebenar), adalah agama Tuhan yang sejati?"

Pada musim panas tahun 1900, beliau pensiun dan tinggal di villa mungilnya ditengah-tengah kebun anggur berdekatan dengan air pancur Challi Boulaghi yang terkenal di Digala, dan disana selama sebulan beliau telah menghabiskan waktunya untuk bersembahyang dan bermeditasi, membaca berulang-ulang naskah-naskah suci Kristian dalam teks-teks aslinya. Krisis pun berakhir dengan pengunduran dirinya secara rasmi yang telah dikirimkan kepada Uskup Agung Uniate, Urmia, dimana beliau secara terbuka menjelaskan kepada Mar (Mgr.) Touma Audu mengenai alasan-alasan beliau untuk melepaskan fungsi kependetaannya. Segala usaha telah dilakukan oleh otoriti kependetaan untuk membatalkan keputusannya sia-sia belaka. Tidak ada perselisihan atau permusuhan secara peribadi diantara Benjamin dan para atasannya.

Selama beberapa bulan Mr. Dawud – begitulah panggilannya sekarang – telah bekerja di Tibriz sebagai inspektor di Pejabat Pos dan Pejabat Kutipan Cukai Parsi dibawah para ahli Belgium. Kemudian beliau ditugaskan sebagai guru dan penterjemah bahasa Inggeris kepada Putera Mahkota Muhammad Ali Mirza.

Pada tahun 1903, beliau sekali lagi telah mengunjungi Britain dan disana beliau telah bergabung dengan komuniti Unitarian. Pada tahun 1904 beliau telah dikirim oleh British and Foreign Unitarian Association untuk menangani masalah pendidikan dan penerangan ditengah masyarakat desanya. Dalam perjalanan menuju ke Parsi beliau telah mengunjungi Istanbul; dan setelah mengadakan beberapa wawancara dengan Syeikh Islam yang bernama Sheikh Jamaluddin Effendi dan beberapa Ulama yang lain, akhirnya beliau dengan lafaz La Ila Ha Illallah, Muhammadar Rasulullah beliau akhirnya bersetuju memeluk agama Islam.

Selanjutnya, tidak banyak diketahui mengenai kehidupan David Benjamin sepanjang beliau memeluk Islam dan sebagai seorang Muslim, yang hanya diketahui beliau telah menerbitkan suatu buku Islam. Buku tersebut diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1928 dengan tajuk Muhammad in the Bible. Suatu siri artikel jurnal Mengikut Perspektif Islam. Beliau juga menulis untuk surat khabar Turki “The Aqsham” pada tahun 1922 atau 1923 Prophet Muhammad Is the Son-of-Man.[1]

Buku sulungnya itu telah diterjemahkan dalam bahasa German oleh Asan Günter Nyadayisenga, buku itu sarat dengan nama-nama Rasul-rasul Injil (biblical prophecies) –yang difahami oleh umat Kristian yang akhirnya merujuk kepada salasilah keturunan Nabi Isa a.s.(Jesus Christ)– serta fakta kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dalam buku tersebut ada menerangkan bahawa Kingdom of God (Kerajaan Allah)yang diberitahu oleh Jesus dari wahyu Allah bahawa pemerintah khalifah diatas muka bumi ini adalah melalui Islam. Istilah Paraclete yang juga diberitahu oleh Jesus – David juga turut mengakuinya - adalah Periqlytos, yang bermaksud Ahmad (yakni merujuk kepada kedatangan Nabi dan Rasul Agung Nabi Muhammad SAW).[2]

Dalam bukunya juga, beliau memberitahu sebab mengapakah beliau bertindak untuk menukar agamanya kepada Islam seperti yang tercatat dalam teks Inggeris dibawah:

My conversion to Islam cannot be attributed to any cause other than the gracious direction of the Almighty Allah. Without this Divine guidance all learning, search and other efforts to find the Truth may even lead one astray. The moment I believed in the Absolute Unity of God, His holy Apostle Muhammad became the pattern of my conduct and behavior. [3]

Kata-kata David Benjamin dalam bahasa Inggeris:

I must remind the Christians that unless they believe in the absolute unity of God, and renounce the belief in the three persons, they are certainly unbelievers in the true God ... The Old Testament and the Qur'an condemn the doctrine of three persons in God; the New Testament does not expressly hold or defend it, but even if it contains hints and traces concerning the Trinity, it is no authority at all, because it was neither seen nor written by Christ himself, nor in the language he spoke, nor did it exist in its present form and contents for - at least - the first two centuries after him.[4]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • David Benjamin: Muhammad in der Bibel. München 1992. ISBN 3-926575-00-X, - 2., neubearb. Aufl, SKD Bavaria, München 2002, ISBN 3-926575-90-5
  • Jean Maurice Fiey: Pour un Oriens Christianus Novus. Répertoire des diocèses syriaques orientaux et occidentaux. Steiner, Stuttgart 1993. ISBN 3-515-05718-8
  • "Menguak Misteri Muhammad SAW", Benjamin Keldani, Sahara Publisher, Edisi Khusus Cetakan kesebelas Mei 2006.
  • English biography
  1. ^ "The Son of Man, Who is He?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-23. Dicapai pada 2009-09-24.
  2. ^ "Periqlytos Means Ahmad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-14. Dicapai pada 2009-09-24.
  3. ^ A Roman Catholic priest converts to Islam
  4. ^ Rev. David Benjamin Keldani, B.D.