David Ben-Gurion
David Ben-Gurion דָּוִד בֶּן-גּוּרִיּוֹן | |
---|---|
Perdana Menteri Israel | |
Dalam jawatan 17 Mei 1948 – 26 Januari 1954 | |
Presiden | Chaim Weizmann Yitzhak Ben-Zvi |
Didahului oleh | Yang pertama |
Digantikan oleh | Moshe Sharett |
Dalam jawatan 3 November 1955 – 26 Jun 1963 | |
Presiden | Yitzhak Ben-Zvi Zalman Shazar |
Didahului oleh | Moshe Sharett |
Digantikan oleh | Levi Eshkol |
Maklumat peribadi | |
Lahir | David Grün 16 Oktober 1886 Płońsk, Poland |
Mati | 1 Disember 1973 Tel HaShomer, Israel | (umur 87)
Parti politik | Mapai, Rafi |
Pasangan | Paula Ben-Gurion |
Anak | 3 |
David Ben-Gurion (/bɛn ˈɡʊəriən/ ben-_-GOOR-ee-ən; Ibrani: דָּוִד בֶּן-גּוּרִיּוֹן [daˈvid ben ɡuʁˈjon] ( dengar); lahir David Grün; 16 Oktober 1886 - 1 Disember 1973) ialah pengasas Israel dan Perdana Menteri Israel yang pertama. Ben-Gurion ialah pemimpin terkemuka masyarakat Yahudi di Palestin Bermandat dari 1935 hingga penubuhan Negara Israel pada 1948 yang dipimpinnya hingga 1963 dengan sedikit pengecualian pada tahun 1954–55.
Kesungguhan Ben-Gurion dalam Zionisme yang bermula sejak awal kehidupannya mendorongnya untuk menjadi pemimpin utama Zionis dan ketua eksekutif Pertubuhan Zionis Dunia pada 1946.[1] Sebagai ketua Agensi Yahudi dari 1935, dan kemudian presiden Eksekutif Agensi Yahudi, Ben-Gurion ialah pemimpin de facto komuniti Yahudi di Palestin, dan mempengaruhinya untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang bebas di Palestin Bermandat. Pada 14 Mei 1948, Ben-Gurion secara rasmi mengumumkan penubuhan Negara Israel, dan merupakan yang pertama menandatangani Pengisytiharan Kemerdekaan Israel dengan tulisan pengisytiharan turut dibantu olehnya. Ben-Gurion memimpin Israel semasa Perang Arab-Israel 1948, dan menyatukan pelbagai kumpulan ketenteraan Yahudi ke dalam Angkatan Pertahanan Israel (IDF). Selepas itu, Ben-Gurion dikenali sebagai "bapa pengasas Israel".[2]
Selepas perang, Ben-Gurion bertugas sebagai Perdana Menteri pertama serta menteri pertahanan Israel. Sebagai Perdana Menteri, Ben-Gurion membantu membangun institusi dan memimpin projek-projek nasional demi pembangunan Israel. Ben-Gurion juga mengawasi penyerapan sejumlah besar orang Yahudi dari seluruh dunia. Hal pusat pada dasar luarnya ialah memperbaiki hubungan dengan Jerman Barat. Ben-Gurion bekerja dengan pemerintah Konrad Adenauer di Bonn, dan Jerman Barat memberikan dana besar (dalam Perjanjian Pembaikian antara Israel dengan Jerman Barat) sebagai pampasan atas penyitaan harta benda Yahudi Jerman semasa Holokus.[3]
Pada tahun 1954, Ben-Gurion meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan menteri pertahanan tetapi tetap menjadi anggota Knesset (parlimen Israel), dan kembali sebagai menteri pertahanan pada 1955 setelah skandal Lavon dan peletakan jawatan Pinhas Lavon. Kemudian, pada tahun itu, Ben-Gurion menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas pilihan raya tahun 1955. Di bawah kepemimpinannya, Israel bertindak agresif terhadap serangan gerila Arab, dan pada 1956, menyerang Mesir bersama-sama pasukan Inggeris dan Perancis setelah Mesir menasionalisasi Terusan Suez selama apa yang dikenali sebagai Krisis Suez.
Ben-Gurion turun daripada jawatannya pada 1963, dan bersara daripada kerjaya politik pada 1970. Ben-Gurion kemudian pindah ke Sde Boker, sebuah kibbutz di padang pasir Negev, dan tinggal di situ hingga saat kematiannya. Selepas kematian, Ben-Gurion dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 Orang Paling Penting pada Abad Ke-20 oleh majalah Time.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]David Ben-Gurion dilahirkan dalam tahun 1886 di Poland sebagai David Grün. Dalam tahun 1906, dia berhijrah ke Palestin. Palestin pada masa itu dikuasai oleh Turki. Semasa di Palestin, David Ben-Gurion memulakan usaha untuk penubuhan sebuah negara kaum Yahudi di tanah suci seperti yang termaktub di dalam kitab-kitab Yahudi. David Ben-Gurion menjadi activist pergerakan Zionis, dan menjadi masyhur kerana wawasan, tenaga dan kemahirannya berpidato.
Apabila Perang Dunia I meletus, Ben-Gurion diusir keluar dari Palestin oleh pihak Turki. Ben-Gurion tinggal di Amerika Syarikat sehingga tamat perang, selepas mana beliau pulang ke Palestin. Apabila Britain membuat Pengisytiharan Balfour, David Ben-Gurion mengasaskan dan menyertai Legion Yahudi yang membantu pihak British dalam Perang Dunia I .
Penubuhan Israel
[sunting | sunting sumber]Selepas Britain mula menunjukkan simpati kepada kaum Arab Palestin, dan mula menyekat penghijrahan orang Yahudi ke Palestin, David Ben-Gurion menyeru orang-orang Yahudi bangun menentang Britain. Dia juga memulakan satu pergerakan yang menyeludup masuk orang-orang Yahudi ke Palestin. Semasa Perang Dunia II, David Ben-Gurion memberikan sokongan kepada Pihak Berikat sementara meneruskan penyeludupan orang Yahudi ke Palestin. Dia juga membenarkan perlaksanaan kerja-kerja sabotaj ke atas kepentingan Arab.
Impian David Ben-Gurion adalah untuk melihat padang pasir di Israel menyemarak dengan tumbuhan dan kehidupan kaum Yahudi. David Ben-Gurion membuat rumah di sebuah kibbutz pertanian bernama Sde-Boker di Negev.
Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion selaku Pengarah Agensi Yahudi mengumumkan kemerdekaan negara Israel dan beliau dilantik menjadi Perdana Menterinya yang pertama merangkap Menteri Pertahanan. Dia bersara dalam tahun 1953, tetapi kembali menjadi Perdana Menteri dalam tahun 1955 sehingga melepaskan jawatan itu dalam tahun 1963. dia bergerak aktif dalam politik Israel sehingga tahun 1970 apabila dia bersara sepenuhnya dari lapangan politik.
Unit 101
[sunting | sunting sumber]David Ben-Gurion bertanggungjawab mengarahkan Ariel Sharon menubuhkan Unit 101 untuk menjalankan serangan balas ke atas pejuang Palestin yang menyusup masuk ke Israel dan membunuh orang-orang Yahudi. Unit 101 terlibat dalam Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya tahun 1953. Pada 19 Oktober, 1953, David Ben-Gurion membuat dakwaan bahawa serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh orang-orang awam rakyat Israel.
“ …… tidak ada pihak yang lebih menyesali daripada kerajaan Israel mengenai serangan ini ... darah mereka yang tidak bersalah tertumpah … Kerajaan Israel menolak sekerasnya dakwaan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh 600 orang askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) …. Kami telah menjalankan penyiasatan dan mendapati tanapa ada keraguan bahawa tiada unit tentera Israel yang tidak berada di markas mereka pada malam kejadian serangan ke atas Qibya. (Kenyataan Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion, ISA FM 2435/5)
Penulisan
[sunting | sunting sumber]- Rebirth and Destiny of Israel (1954).
- Israel: Years of Challenge (1965),
- Israel's Security (1960),
- The Jews in their Land (1966),
- Memoirs (1970),
- Israel: A Personal History (1971),
- My Talks with the Arabs (1973).
Mutiara Kata
[sunting | sunting sumber]- Di Israel, untuk menjadi seorang realis, kamu perlu mempercayai mukjizat (In Israel, in order to be a realist you must believe in miracles.)" — David Ben-Gurion
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Brenner, Michael; Frisch, Shelley (April 2003). Zionism: A Brief History. Markus Wiener Publishers. m/s. 184.
- ^ "1973: Israel's founding father dies". 1 Disember 1973. Dicapai pada 31 Ogos 2018 – melalui news.bbc.co.uk.
- ^ George Lavy, Germany and Israel: moral debt and national interest (1996) m/s. 45
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan David Ben-Gurion |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: David Ben-Gurion |
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: David Ben-Gurion |
- Templat:MKlink
- Special Report David Ben-Gurion BBC News
- "David Ben-Gurion (1886–1973)" Jewish Agency for Israel
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.