Pergi ke kandungan

Cikgu Diva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cikgu Diva ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Kyoll Hamzah dan Eyzan Hassan terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Eyka Farhana, Fitri Farok, Syad Mutalib, Kana Fly, Duerra Mitilda, Syed Irfan dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 pada 31 Januari hingga 22 Februari 2025 menggantikan Antara Dua Syurga.

Cikgu Diva
GenreKomedi
Ditulis oleh
  • Shaza Talib
  • Suzanna Zaily Zin
Pengarah
  • Kyoll Hamzah
  • Eyzan Hassan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pelangi" - Amir Hasan
Lagu penutup"Pelangi" - Amir Hasan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit
  • Hariff Ahamat
  • Rosnita Abdul Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Januari 2025 – 22 Februari 2025
Kronologi
MengikutiAntara Dua Syurga
Diikuti olehKeluarga Itu

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Mengisahkan Cikgu Ros (Eyka Farhana), seorang guru Bahasa Melayu yang memikat dengan kecantikan dan personalitinya. Suatu hari, pengetua mengadakan mesyuarat tergempar dan melantik Cikgu Ros sebagai guru penasihat rumah sukan biru serta guru kelas Tingkatan Dua Baiduri, membuka lembaran baharu dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Namun, tugas barunya bukan sesuatu yang mudah. Cikgu Ros yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti sukan kini perlu membimbing rumah sukan biru, pasukan yang sering menduduki tempat tercorot di Hari Sukan Sekolah. Dia cuba mendapatkan bantuan kakaknya serta tiga pelajar Amir, Haikal dan Hani, tetapi Haikal, yang berbakat dalam sukan, enggan membantu kerana masalah keluarga yang dihadapinya.

Selain tanggungjawab sebagai guru kelas dan penasihat rumah sukan, Cikgu Ros turut sering bertelagah dengan Cikgu Adam (Fitri Farok), penasihat rumah sukan kuning yang saban tahun menjuarai Hari Sukan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila timbul konflik cinta antara Cikgu Ros, Cikgu Adam, Cikgu Sofea (Syad Mutalib), dan Cikgu Kana (Kana Fly). Rasa cemburu terhadap hubungan Cikgu Ros dan Cikgu Adam mendorong Cikgu Sofea merancang sesuatu untuk menjatuhkan Cikgu Ros.

Mampukah Cikgu Ros menangkis muslihat Cikgu Sofea? Berjayakah dia membawa rumah sukan biru ke puncak kemenangan?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Eyka Farhana sebagai Cikgu Rosalinda
  • Fitri Farok sebagai Cikgu Adam
  • Syad Mutalib sebagai Cikgu Sofia
  • Kana Fly sebagai Cikgu Kana
  • Nizam Kama sebagai Cikgu Azlan

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Syed Irfan sebagai Haikal
  • Duerra Mitilda sebagai Hanie
  • Danish Hazriq sebagai Amir

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Muhammad Zarrin Nuqman sebagai Imran
  • Muhammad Iskandar Zulkarnain sebagai Badri
  • Ferguschrislou Ortega sebagai Azmi
  • Nazz Wan sebagai Pengadil Hari Sukan
  • Farah Faezah sebagai Extra Cikgu
  • Azlie Zakaria sebagai Extra Cikgu
  • Al Hafiz Azman sebagai Extra Cikgu
  • Shahrunizam Bin Kamarudin sebagai Extra Cikgu
  • Aliff Zulkarnain sebagai Extra Cikgu
  • Saiful Arzuan Bin Zulkifli sebagai Extra Cikgu
  • Muhammad Zakwan Danish sebagai Kawan Badri
  • Iman Habibullah sebagai Kawan Badri
  • Muhammad Syarival Azwa sebagai Pelajar Sekolah
  • Nur Afrina Ellisya Binti Zulkipli sebagai Pelajar Sekolah
  • Iqbal Riezky sebagai Pelajar Sekolah
  • Shafiyah Binti Azril sebagai Pelajar Sekolah
  • Qaidah Basyirah Binti Muhammad Arif sebagai Pelajar Sekolah
  • Nur Arysha Zulaikha sebagai Pelajar Sekolah
  • Puteri Shahirah Sabrina Binti Zainudin sebagai Pelajar Sekolah
  • Nur Qaleesya Binti Nor Hisham sebagai Pelajar Sekolah
  • Siti Zulaikha sebagai Pelajar Sekolah
  • Muhammad Luqman Muqri Zulli sebagai Pelajar Sekolah
  • Muhammad Akhil Syaaban sebagai Pelajar Sekolah
  • Fareisha Dyana Binti Faizol sebagai Pelajar Sekolah
  • Abd Muiz Bin Abd Ghani sebagai Pelajar Sekolah
  • Muhammad Aimansyah Bin Azizi sebagai Pelajar Sekolah
  • Amnan Luthfi Bin Mohd Risam sebagai Pelajar Sekolah
  • Ranveer Raihan Bachan Bin Mohd Bachan sebagai Pelajar Sekolah
  • Mohammad Amirul Aqimie sebagai Pelajar Sekolah
  • Nurfarhana Asyikin sebagai Pelajar Sekolah
  • Muhammad Shamarul Ikram sebagai Pelajar Sekolah
  • Danish Bin Mohammad Faizol sebagai Pelajar Sekolah
  • Ahmad Mustaqim Bin Ahmad Sukree sebagai Pelajar Sekolah
  • Syamsul Anwar Bin Zaini sebagai Security Guard
  • Nur Saidatul Husna Binti Norissam sebagai Pelajar Sekolah
  • Muhammad Nazrul Akmal sebagai Pelajar Sekolah
  • Najwa Arfah Bin Anuar sebagai Pelajar Sekolah
  • Nur Aisyah Adelia Binti Abdullah sebagai Pelajar Sekolah
  • Asnawi Ramzi Bin Shuaib sebagai Pelajar Sekolah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Lestary, Jumaat—Sabtu, 9:00 malam
Sebelumnya Cikgu Diva Berikutnya
Antara Dua Syurga Keluarga Itu