Pergi ke kandungan

Zarynn Min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zarynn Min
Kelahiran
Noraszarinawati binti Tumin

(1980-12-07) 7 Disember 1980 (umur 43) [a]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2002–kini

Noraszarinawati binti Tumin atau lebih dikenali sebagai Zarynn Min (lahir 7 Disember 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2002/2003.[3]

Zarynn berkelulusan dalam bidang penyiaran dari Akademi TV3 dan Pengajian Perniagaan dari Kolej Stamford. Penampilan TV pertamanya ialah Rafflesia sebagai Hidayah untuk RTM (dianugerahkan siri TV terbaik, Anugerah Skrin 2006). Sejak itu, beliau berlakon dalam beberapa telefilem dan drama termasuk Salam Terakhir bersama, Dato’ Rosyam Nor. Beliau pertama berlakon dalam filem Anak Mami The Movie, diikuti oleh Dunia Baru The Movie, Jin dan Suamiku, Encik Perfect 10! lakonan Dato' Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Pada tahun 2010, Zarynn menjayakan watak sebagai Aalia dalam siri drama 68 episod Aalia di Astro Prima dan telefilem psikologi thriler Gila, di mana persembahannya dalam drama mendapat pujian yang ketara.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Anak Mami The Movie Kawan Sabrina Filem pertama, pelakon undangan
2008 Dunia Baru The Movie Jururawat
2014 Jin Sara
2015 Suamiku, Encik Perfect 10! Kayra
2019 Till Death: Azalea's Wrath Mas
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Spanar Jaya Wani NTV7
2002 Di Mana Janji Manismu Sayang TV3
2005 Rafflesia TV2
2007 Elly NTV7
2008 Tangisan Bulan Madu Idayu TV1
Kaber Hero Kaber Zero TV3
Murid Tok Ayah TV1
2008–2009 Dendam Liza TV3
2009 Dari Mata Arisa TV1
Selumbar Di Hati Mama TV2
2010 Hati Ini Milik Siapa Astro Prima
Durja Ningsun Nurlida TV3
Aalia Aalia Astro Ria
Chinta Mustika TV3
Hani Dr Najihah
2011 Ustaz Amirul Anita
Teratak Mahligai
2012-2013 Setia Hujung Nyawa Emaliza TV3
2013 Sedetik Cinta Tini
Fira Ayuni Dija
Cinta Qaseh Katy
Tangisan Bulan Madu 2 Idayu TV2
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Rabiatul Adawiyah Astro Oasis Episod: "Rabiatul Adawiyah"
Kifarah 2 Mahani TV3 Episod: "Kenan"
Setitis Kasih Darmia Haliza TV9
2014 Mama Rina TV3 Episod: "Kejam"
2015 Teman Lelaki Upahan Datin Izzati
Memori Cinta Suraya Zulaikha Astro Mustika HD
2016 Dingin Sahara TV2
7 Hari Mencintaiku Nurul Ain TV3
2017 Wasiat Rindu TV2
Sape Dari Itali
Syurga Yang Kedua Sofea Astro Prima
My Sweet Lavender Gayah TV3
2018 Cinta Tiada Ganti Julia Astro Prima
Vila Ghazara Roslinda TV3
Kan Kukejar Cinta Kamu Datin Seri Dhiya Astro Ria
2019 Detak Cinta Stetoskop TV Okey
Devoted isteri Bobby Viu Penampilan khas
Sembil9n Astro Citra
2019–2021 Black Clara Viu
2020 Memoir Karmila Nita TV1
Degup Cinta Ana Astro Ria
Sang Pewaris Puan Sri Kamariah TV3
Janda Kosmopolitan Hani Awesome TV
Misteri Mona Laila TV3
Titian Takdir Wati
2021 Cinta Untuk Raf Lily TV1
Hilangkah Janji Kita Nisa Hypp Sensasi
Kuali Mentua Lauk Menantu Mak Ngah Ana TV2
Saat Kau Takluk Cinta Ini Mak Ngah Damah TV3
2022 Dendam Seorang Isteri Kak Baby Astro Prima
Khilaf Asmara TV3
Aku Tanpa Cintamu Linda
Rampas Cintaku Mak Ngah Ila iQIYI
Fantasia Inn Anita TV Okey
2023 Masjid Nak Roboh TV2
Isteri Halal Kak Bedah Astro Ria
Stella On Stage Latifah Sooka
Kerasnya Takdir Kak Lela TV3
Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? Saleha Tonton
Chinta Wrong Direction Nurseha Astro Ria
Jangan Lupa Janji Sally
2024 Rampas Cintaku 2 Mak Ngah Ila IQIYI
Anggun Mikayla Lateefa Viu
Cinta Untuk Sekali Lagi Mak Ngah Ruza Astro Ria
Baby Papa Sheila tonton
Mentua Nadia TV3
Bara Jiwa Mak Uzair DEGUP
Sebelum Titik Noktah Unifi TV

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Selamat Hari Jadi Abah Zainun VCD
2009 Salam Terakhir TV3
2010 Gila
2011 Sambal Ikan Bilis Siti TV1
2013 7 Dulang Asam Pedas
Nur Hikmah Astro Oasis
2014 Menunggu Hujan Teduh TV1
2015 Kasyaf Anita
Beli Adik
2019 Nenek Aku Instafamous TV2
Kecundang Sebelum Menjanda Aida Astro Citra
2020 Di Pinggir Ilusi TV2
2021 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend Awin Astro Citra
2024 Seharum Firdausi TV3
Overnight Wali Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Televisyen Asia ke-16 Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2015 Anugerah Tribute P.Ramlee 2015 Pelakon Pembantun Wanita Terbaik Menang
2016 Anugerah Tribute P.Ramlee 2016 Pelakon Pembantun Wanita Terbaik Menang
2017 Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Telenovela Anugerah Khas Juri
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Radio Wanita Terbaik Tercalon
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Televisyen Asia ke-16 Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2015 Anugerah Tribute P. Ramlee 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2016 Anugerah Tribute P. Ramlee 2016 Menang
2017 Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Telenovela Anugerah Khas Juri
2022 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Pembantu Radio Wanita Terbaik Tercalon
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon dan pengarah Syafiq Yusof yang 12 tahun lebih muda daripadanya.
  1. ^ AZIZ, SITI AZIRA ABD. (14 April 2010). "Proses Bercerai Lebih Mahal Dari Proses Berkahwin - Zaryn Min - Berita Hiburan | mStar". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2018-05-02.
  2. ^ Zaidi Mohamad (26 Disember 2019). Zarynn sedar diri Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  3. ^ 23 selebriti kelahiran Dewi Remaja, siapa paling letop? Remaja (30 Oktober 2018). Dicapai pada 30 Disember 2018.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (19 Februari 2012). Saya sedar diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Ogos 2018

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]