Pergi ke kandungan

Antara Dua Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Antara Dua Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Faliq Sharif terbitan Lumatic Films Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Nabil Aqil, Zalif Ghazzi dan Tracie Sinidol. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 dari 3 Januari hingga 25 Januari 2025 menggantikan Skuad X.

Antara Dua Syurga
Genre
Ditulis olehHeidi Haflin
PengarahFaliq Sharif
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kenangan" - Amir Jahari
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifNik Amir Mustapha
PenerbitHafiz Chin
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Lumatic Films Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Januari 2025 – 25 Januari 2025
Kronologi
MengikutiSkuad X
Diikuti olehCikgu Diva

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Jannah (Tracie Sinidol) seorang mualaf yang tersepit di antara cinta dua lelaki. Antara kasih suaminya dan cinta sahabat baiknya. Persoalan tentang takdir dan keputusan. Adakah jalan yang dipilih ini benar dan adakah segala cabaran ini suatu takdir ataupun balasan dari pilihan yang salah.

Drama ini bermula dengan ikatan persahabatan erat antara Firdaus (Nabil Aqil) dan Naim (Zarif Ghazzi), dua sahabat karib yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan terkenal. Dikenali dengan bakat luar biasa dan kreativiti tinggi, mereka sering menjadi pilihan utama untuk menarik klien besar. Namun, cabaran mula timbul apabila mereka diberi tugasan penting untuk mendapatkan kerjasama daripada Azami Food Industries, syarikat gergasi yang diketuai oleh ketua pemasaran yang tegas, May Wong.

Dalam usaha menarik perhatian May, kedua-dua jejaka ini menyedari bahawa minat May terhadap Islam boleh menjadi peluang untuk mendekatinya. Firdaus dan Naim kemudian meluangkan masa untuk mengenali May secara lebih mendalam, namun tanpa disedari, hubungan profesional mereka berubah menjadi sesuatu yang lebih peribadi. Perasaan cinta mula wujud, dan ini mencetuskan konflik yang tidak dapat dielakkan.

Perjalanan spiritual May untuk mendalami Islam menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Setelah memeluk Islam, dia memilih nama Jannah, yang bermaksud ‘syurga’. Transformasi ini bukan sahaja mendekatkan Jannah kepada Firdaus dan Naim, tetapi juga mewujudkan konflik emosi yang lebih mendalam.

Firdaus dan Naim turut menghadapi tekanan daripada pesaing mereka, Zain Rizman, ketua agensi iklan yang licik dan tidak gentar menggunakan pelbagai taktik untuk menggagalkan mereka. Situasi menjadi semakin tegang apabila pertemuan rahsia antara May dengan kedua-dua jejaka ini secara berasingan terbongkar. Persahabatan mereka, yang dahulunya begitu kukuh, kini berada di ambang perpecahan.

Dalam kemelut ini, Firdaus dan Naim akhirnya membuat keputusan untuk membiarkan Jannah memilih siapa yang terbaik untuknya. Namun, usaha mereka untuk memikat hati Jannah secara terang-terangan menjadikan situasi lebih rumit. Adakah cinta akan menjadi punca persahabatan mereka hancur? Atau adakah mereka mampu mencapai penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Aida Rain sebagai Shida
  • Ash Dee sebagai Farah
  • Akmal Asyraf sebagai Azman
  • Fateh Zhafri sebagai Dato' Kamal
  • Ahmad Juahir sebagai Haji Rozani
  • Azhar sebagai Encik Fadhil
  • Zarin sebagai Chef Mamat
  • Zaini Mustafa sebagai Pat Mat
  • Jesse Lim sebagai Mr. Tung/Tabib

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Lestary, Jumaat—Sabtu, 9:00 malam
Sebelumnya Antara Dua Syurga Berikutnya
Skuad X Cikgu Diva