Pergi ke kandungan

Charlie Weasley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Charlie Weasley
Charlie Weasley dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Charlie Weasley
Jantina Lelaki
Warna rambut Merah
Warna mata Biru
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh -
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire (kali pertama disebut dalam Harry Potter and the Philosopher's Stone, muncul dalam gambar Harry Potter and the Prisoner of Azkaban)


Charlie Weasley (lahir 12 Disember 1972) adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Charlie adalah anak kedua dalam keluarga Weasley. Dalam Harry Potter dalam Piala Api, Charlie digambarkan sebagai seorang dengan wajah yang lebar dan menyenangkan, sering terdedah kepada matahari yang mungkin menyebabkan banyak bintik-bintik. Charlie bertubuh gempal, seperti dua adik kembarnya Fred dan George, dan lebih pendek dari Percy dan Ron, yang terlalu kurus.

Templat:Spoiler Charlie bersekolah di Hogwarts sejak 1983 hingga 1991. Dia keluar dari Hogwarts setahun sebelum Harry Potter mula bersekolah di sana. Di Hogwarts, dia adalah seorang pengawas dan kapten pasukan Quidditch dan menjadi Seeker legenda dalam pasukan Quidditch Gryffindor. Pada tahun pertamanya sebagai Seeker, Harry sering dibanding-bandingkan dengan Charlie. Walaupun Oliver Wood mengatakan bahwa Charlie Weasley sebenarnya boleh bermain untuk pasukan England, tetapi dia telah memilih untuk ke Romania untuk bekerja dengan naga.

Menurut Hagrid, Charlie sangat baik dalam menguruskan binatang dan menurut adiknya, Percy, Charlie memang bukan "orang yang duduk diam", yang mungkin mempengaruhi pemilihan kerjayanya. Charlie mengambil bayi naga Hagrid iaitu Norbert (yang ditetaskan secara haram) untuk dipeliharanya pada tahun pertama Harry. Dalam Piala Api, Charlie bersama empat pasukan dari Kementerian Sihir membawa empat jenis naga ke Hogwarts untuk Tugasan Pertama Kejohanan Ahli Sihir Trio.

Charlie juga diceritakan terpaksa mengambil ujian Muncul Tiba-tiba sebanyak dua kali kerana pada kali pertama beliau tidak lulus akibat muncul setengah kilometer dari tujuannya, malah muncul di atas seorang Muggle, nenek tua yang sedang membeli-belah. Menurut Ron, Fred dan George tidak berani mengejek tentang hal ini kerana badannya yang besar.

Setelah kemunculan kembali Lord Voldemort, Charlie menyertai Kumpulan Phoenix dan bertugas untuk mendapatkan sokongan ahli sihir luar negara. Beliau tidak kembali ke England sejak Piala Api, namun kemungkinan Charlie akan muncul kembali dalam buku ketujuh untuk menghadiri perkahwinan abangnya, Bill dan Fleur Delacour.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]