Pergi ke kandungan

Harry Potter dengan Batu Hikmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harry Potter and the Philosopher's Stone
Kulit hadapan buku versi bahasa Melayu Malaysia
Umum
PengarangJ. K. Rowling
NegaraUnited Kingdom
BahasaBahasa Inggeris
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitBloomsbury (UK)
Scholastic Publishing (AS)
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (MY)
Gramedia Pustaka Utama (ID)
Tarikh penerbitan
2003
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
26 Jun 1997 (UK)
1 September 1998 (US)
Halaman322
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 983-00-0176-8

Harry Potter dengan Batu Hikmat (bahasa Inggeris: Harry Potter and the Philosopher's Stone (UK), Harry Potter and the Sorcerer's Stone (AS)) ialah sebuah novel pengembaraan fantasi tahun 1997 karya J. K. Rowling. Ia adalah buku pertama dalam siri Harry Potter.

Buku ini telah memenangi kebanyakan anugerah penulisan di Britain yang diadili oleh kanak-kanak dan anugerah-anugerah lain di Amerika Syarikat. Buku ini telah mencapai kedudukan teratas dalam senarai fiksyen terlaris New York Times pada Ogos 1999 dan kekal di posisi tersebut pada 1999 dan 2000. Ia telah diterjemahkan kepada lebih 73 bahasa di seluruh dunia dan telah difilemkan menggunakan tajuk yang sama.

Buku ini berserta dengan buku-buku lain dalam sirinya telah dikecam oleh beberapa kumpulan keagamaan dan diharamkan di sesetengah negara kerana dituduh mempromosikan sihir dan ilmu hitam, tetapi beberapa pengulas keagamaan menyatakan bahawa buku ini memberi penekanan terhadap beberapa pandangan, termasuk pengorbanan dan cara bagaimana keputusan seseorang boleh mempengaruhi dan membentuk personaliti individu. Siri Harry Potter telah digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dalam bidang teknik pengajaran, analisis sosiologi dan pemasaran.

Bahagian yang memulakan semuanya. Bab ini memaparkan kehidupan Keluarga Dursley di nombor 4, Privet Drive. Keluarga Dursley diceritakan sebagai keluarga yang normal dan tidak percaya kepada perkara pelik. Walau bagaimanapun, mereka menyimpan satu rahsia iaitu ipar mereka, keluarga Potter. Kisah pelik mula berlaku hari demi hari kebelakangan setelah anaknya, Dudley mencecah umur setahun. Ramai berpakaian pelik, kucing yang menbaca peta, burung hantu yang berkeliaran dan ramai tidak kelihatan seperti manusia biasa yang dikenali Vernon Dursley. Hidupnya yang tidak begitu terganggu dengan perkara aneh tersebut mula resah apabila orang membualkan hal keluarga Potter dan anak pasangan Potter, Harry. Pada masa malam itu, Albus Dumbledore, seorang lelaki yang berjanggut putih dan panjang yang ganjil penampilannya muncul membawa suatu misi yang tiada difikir malah mungkin tidak diendah oleh sesiapapun ketika itu.

Kemudian, Harry bersama Keluarga Dursley melawat zoo sempena ulangtahun kelahiran Dudley yang kesebelas. Walau bagaimanapun, Vernon Dursley berasa agak risau kerana anak saudaranya yang amat pelik. Sebarang keanehan boleh berlaku pada bila-bila masa pada anak saudaranya itu. Walau bagaimanapun, malangnya, Harry terpaksa ikut sama memandangkan Puan Figg tidak sihat.

Di zoo, Harry mendapati beliau boleh berbicara dengan seekor ular. Malangnya, Dudley menolak Harry untuk mendekati ular tersebut dan tanpa disedari, Harry telah menghilangkan cermin penghadang kurungan ular tersebut. Harry mendapat malang ekoran peristiwa tersebut. Musim persekolahan hampir tiba. Dalam persiapan Harry dan Dudley untuk bersekolah, terjadi suatu perkara yang menggemparkan rumah itu. Harry mendapat sepucuk surat yang tidak dikenalinya. Harry yang tidak pernah menerima surat merasakan sesuatu yang penting untuk diketahuinya tetapi Petunia dan Vernon tahu akan hal yang tersirat disebalik surat itu. Vernon seboleh-bolehnya menghalang Harry untuk memperoleh apatah lagi membaca isi kandungan surat itu. Sehingga sampai satu masa, berduyun-duyun burung hantu menghantar surat dengan banyaknya ke pintu rumah Keluarga Dursley. Akhirnya, Vernon mengambil keputusan untuk melarikan diri ke hotel. Tetapi malangnya, surat yang sama ditujukan kepada Harry berada di mana saja mereka berhenti sehinggalah mereka melarikan diri ke sebuah pulau terpencil. Dan pada malam yang tidak tenang dengan ribut kencang, Harry menyambut ulangtahun kelahirannya yang kesebelas.

Seorang gergasi yang bernama Rubeus Hagrid muncul di muka pintu penginapan Keluarga Dursley di pulau terpencil itu. Dia mendakwa Harry merupakan seorang ahli sihir. Agak sukar untuk Harry mempercayainya. Hagrid menghulurkan sepucuk surat yang sama dengan surat yang cuba dielakkan oleh Keluarga Dursley untuk Harry memperolehinya. Surat tersebut merupakan surat tawaran Harry ke sebuah sekolah sihir iaitu Hogwarts.

Hagrid juga telah menceritakan sedikit tentang kisah silam tentang ibu bapa Harry dan kekejaman Voldemort dan sepintas lalu tentang kebolehan Harry dalam mengawal kuasa sihir.

Harry masih sukar untuk mempercayai yang beliau seorang ahli sihir. Pada siangnya, Harry telah mula mengenali sedikit akan dunia sihir yang bakal ditempuhinya. Dia mula mengenali akan sistem surat khabar sihir, Daily Prophet, wujudnya Kementerian Sihir dan kawasan mereka. Hagrid membawa Harry ke Diagon Alley, sebuah kawasan sempit yang terletak di ceruk kota London, untuk membeli keperluan dan perkakasan sebelum ke sekolah. Di sana, Harry mengenali Bank Gringgotts, kedai-kedai keperluan dan pakaian dan inilah kali pertama Harry bertemu dengan satu komuniti ahli sihir. Segala yang dilihatnya amat menakjubkan memandangkan inilah pengalaman pertama beliau mengenali dunia sihir. Beliau juga mengenali sedikit identitinya ketika membeli tongkat sakti di kedai Ollivander. Baginya, tidak cukup untuk berada di situ selama sehari.

Kini Harry bersedia untuk bersekolah di tempat yang pertama kali didengarnya. Tempat ibu dan bapanya pernah ke sana. Harry menuju ke stesen kereta api King's Cross bersama Keluarga Dursley dan ditinggalkan mereka di sana memandangkan itu kehendak mereka. Membiarkan Harry keseorangan untuk mencari platform yang tidak wujud, Platform 9 3/4. Ketika ini, Harry terserempak dengan Keluarga Weasley. Puan Weasley membantunya untuk pergi ke platform tersebut dan menaiki Ekspres Hogwarts. Di gerabak dalam perjalanan, Harry mengenali Ron Weasley, anak kepada Puan Weasley yang membantunya tadi dan juga Hermione Granger yang juga setahun dengannya. Setiba di destinasi, Hagrid membawa pelajar tahun satu melintasi tasik menuju ke kota istana Hogwarts.

Setiba mereka di kota, Profesor McGonagall menyambut mereka untuk satu upacara rasmi bagi menyambut pelajar tahun satu. Upacara Menyisih dengan menggunakan Sorting Hat iaitu, pelajar akan diletakkan di rumah-rumah pasukah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw, dan Slytherin. Setelah upacara dan jamuan selesai, pelajar akan berehat untuk bersedia ke kelas pada keesokan harinya. Harry telah mengenali sedikit sebanyak keadaan dan warga sekolah Hogwarts

Kelas telah bermula. Harry mula mempelajari banyak subjek. Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu yang membuatkan Harry kurang gemar akan hidupnya di Hogwarts. Mata pelajaran Posyen telah diajar oleh Profesor Snape. Bukan subjek itu yang tidak digemarinya tetapi pengajarnya. Harry mula menyangka yang Profesor Snape hanya tidak menyukainya, tetapi dia silap. Profesor Snape membencinya. Pada hari pertamanya, Profesor Snape telah menolak markah dari Gryffindor. Pada hari yang sama juga, Harry mengetahui dari Daily Prophet bahawa sebuah bilik kebal di Gringgotts telah dipecah masuk dan bilik yang telah dipecah masuk itu merupakan tempat yang sama Harry dan Hagrid pergi untuk satu urusan yang Hagrid rahsiakan.

Harry mula belajar terbang menaiki penyapu terbang. Keangkuhan Draco Malfoy yang ditunjukkan ketika kelas penerbangan telah membawa tuah kepada Harry yang mana Harry telah dilantik menjadi seeker kumpulan Gryffindor dan menjadi pemain Quidditch termuda pada abad itu.

Malfoy masih tidak puas hati. Beliau mencabar Harry dan juga Ron untuk bertanding mantera dengannya pada waktu tengah malam. Pada malamnya, Harry dan Ron menyelinap keluar dari asrama tetapi cuba dihalang oleh Hermione. Malangnya, gambar Perempuan Gemuk itu telah hilang dan Hermione terpaksa mengikuti mereka. Di pertangahan jalan, mereka terserempak dengan Neville yang terperangkap di luar akibat terlupa kata laluan. Mereka menunggu Malfoy tetapi tidak kelihatan. Akhirnya, mereka ditemui oleh Puan Norris dan mereka melarikan diri supaya tidak ditangkap oleh Encik Filch. Malang sekali lagi apabila mereka termasuk ke koridor larangan di aras tiga. Mereka telah menemui seekor anjing berkepala tiga yang menghalang sesuatu. Mereka pulang dengan ketakutan dan pertanyaan.

Kali ini, Harry mendapat sesuatu yang tidak disangkanya. Sebatang penaypu terbang, Nimbus Dua Ribu yang baru sahaja popular di pasaran telah dihadiahkan kepadanya oleh Pengetua Hogwarts, Albus Dumbledore. Harry didedahkan dengan permainan dan peraturan Quidditch oleh kapten pasukannya sendiri, Oliver Wood. Pada keadaan yang lain, Hermione semakin membuatkan Harry dan Ron menyampah terutama sekali Ron. Kerana pada mereka, Hermione terlalu mendesak dan menyibuk serta menunjuk-nunjuk kepandaiannya di dalam kelas. Akibatnya, Ron mengutuk Hermione yang tanpa disedari telah didengarinya.

Jamuan Halloween menjadi huru hara apabila Profesor Quirrell mengumumkan seekor trol gergasi terlepas di dalam sekolah. Harry dan Ron bergegas mencari Hermione yang berkurung dalam bilik air kerana merajuk akan kata-kata Ron. Malangnya, trol tersebut turut ke sana. Dengan kerjasama mereka bertiga, mereka mampu menumbangkan trol itu dan mereka menjadi lebih rapat sejak itu.

Ketebalan buku Harry Potter dengan Batu Hikmat.

Kemudian, Harry menyertai perlawanan Quidditch di antara rumah Gryffindor dan Slytherin. Walaupun pasukan Slytherin banyak bermain kotor di dalam perlawanan ini, Harry berjaya mendapatkan bola snitch dan berjaya menamatkan perlawanan tersebut dengan kemenangan beroleh kepada pasukan Gryffindor walaupun Harry hampir menemui maut apabila penyapu terbangnya dikenakan sumpahan. Kemudian, Harry membincangkan keanehan sikap Profesor Snape kepada Hermione dan Ron dan mereka hampir tahu hubungan misteri akan batu hikmat dengan Nicolas Flamel.

Suasana Krismas sudah tiba. Ramai pelajar telah meninggalkan istana sekolah untuk pulang menyambut Krismas di rumah masing-masing. Akan tetapi, Harry dan Ron antara pelajar yang tinggal di istana sekolah. Hermione meninggalkan tugasan kepada mereka untuk mencari identiti Nicolas Flamel. Malam Krismas, Harry mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka, yang tidak diketahui pengirimnya. Hadiah yang sangat membantu iaitu Jubah Halimunan. Dia menggunakan kesempatan untuk menggunakannya ketika mencari maklumat tentang Nicolas Flamel di kawasan larangan dalam perpustakaan di waktu malam. Ketika dalam perjalanan pulang setelah melarikan diri dari ditangkap, dia memasuki sebuah bilik yang suram dan menemui sebuah cermin besar dan aneh. Keanehannya kerana ia bukan menunjukkan imej pantulan tetapip imej hasrat hati orang yang melihat cermin itu. Harry melihat keluarganya di balik cermin itu. Harry ketagih dan ingin sentiasa melihat cermin itu seboleh yang mungkin. Akhirnya Profesor Dumbledore menasihati Harry agar jangan mencarinya lagi kerana beliau ingin membawanya ke tempat lain.

Selepas cuti penggal sempena Krismas, Harry terfikir akan kad katak coklat yang pernah dibacanya lalu mendapat klu akan Nicolas Flamel dan Hermione mendapatkan maklumat tentangnya.

Kemudian, perlawanan Quidditch berlangsung di antara pasukan Gryffindor dan pasukan Hufflepuff yang kali ini diadili oleh Profesor Snape sendiri. Setelah Gryffindor menamatkan perlawanan dengan kemenangan, Harry mengikuti Profesor Snape ke hutan dan mengetahui yang sesuatu konflik sedang berlaku di antara Profesor Snape dan Profesor Quirrell

Mereka ke pondok Hagrid untuk berbincang tentang rahsia di sebalik batu hikmat pada lewat malam tetapi mereka mendapati Hagrid sedang mengeram sebiji telur. Telur seekor naga. Kebetulan telur itu menetas ketika mereka tiba dan Hagrid menamakan naga tersebut, Norbert. Hal itu telah diketahui oleh Malfoy. Ron pula telah cedera akibat digigit haiwan itu dan dimasukkan ke hospital. Oleh kerana perbuatan Hagrid salah kerana membela seekor naga, Norbert akan dihantar ke Romania dan diuruskan oleh Charlie Weasley, abang kepada Ron, agar kata-kata Malfoy dapat dipalsukan. Malfoy telah dituduh bersalah kerana keluar dari asrama pada lewat malam, Profesor McGonagall telah mengenakan tahanan kepadanya. Norbert pula selamat dihantar ke Romania tetapi adakah kegiatan mereka turut diketahui? Filch terserempak dengan mereka iaitu Harry dan Hermione.

Mereka turut dikenakan hukuman akibat berada di Menara Astronomi pada satu pagi. Yang mengejutkan, Neville turut tertangkap hanya kerana dia ingin memberi amaran kepada mereka akan tindak-tanduk Malfoy yang ingin memecahkan rahsia mereka bersama dengan naga. Bahana yang mereka dapat lebih teruk dari apa yang Malfoy dapat. Mata yang mereka hilang terlalu banyak dan telah memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Harry, Hermione, Neville dan Draco bersama-sama dengan Hagrid menghadapi tahanan di Rimba Larangan. Di dalam hutan yang sunyi, Harry, Hermione dan Hagrid menemui sekumpulan sentora yang mengatakan tentang seekor unikorn telah terbunuh. Kemudian, Harry bersama Draco dan Fang telah menemui lembaga yang bergerak dan meminum darah unikorn mati tersebut. Seekor sentora telah menyelamatkannya dari lembaga itu. Harry dapat mengagak yang lembaga tersebut ialah Voldemort.

Harry, Hermione dan Ron baru habis menduduki peperiksaan. Harry menjenguk Hagrid dan berbual. Hagrid telah menceritakan tentang Fluffy, anjing berkepala tiga yang pernah dijumpai di koridor larangan, kepada orang lain yang tidak dikenali dan menarik minat Harry kerana dia mengesyaki akan minat orang itu tentang Fluffy ada makna lain kerana dia sanggup menawarkan sebiji telur naga yang diidamkan oleh Hagrid. Mereka menanyakan di mana Profesor Dumbledore kepada Minerva McGonagall. Malangnya, Profesor Dumbledore tidak berada di sekolah. Mereka bertekad untuk menembusi pintu jebakan yang dihalang oleh Fluffy dan hasrat mereka hampir diketahui oleh Profesor Snape.

Pada waktu malam, mereka bertiga keluar dari asrama dan menuju ke koridor larangan tersebut. Mereka hampir maut apabila Fluffy yang sedar tidur, terjaga apabila mereka membuka pintu jebakan. Mereka masuk ke dalam dan mengharungi bermacam-macam halangan yang ingin menghalang seseorang melaluinya. Mereka ketahui yang terdapat seseorang telah melaluinya sebelum mereka. Setelah berjaya melepasi semua halangan, hanya Harry seorang telah meneruskan perjalanan ke sebuah destinasi yang harus dituju. Harry telah menemui dalang di sebalik banyak misteri yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Harry telah menemui batu hikmat dan berhadapan dengan Lord Voldemort. Nasib baik menyebelahi Harry apabila beliau terselamat dan menghalang Voldemort dari memperolehi batu hikmat. Usaha mereka telah diberi ganjaran oleh Profesor Dumbledore dan mereka dapat menaikkan mata rumah Gryffindor untuk memenangi piala rumah.

Barisan watak utama

[sunting | sunting sumber]
  • Harry James Potter - seorang anak berusia 11 tahun. yang yatim piatu setelah ibu bapanya dibunuh Voldemort lalu meninggalkan bekas sihir di dahinya.[1] . Harry has a natural talent for Quidditch and became the first person in decades to get on their team in their first year.
  • Ronald Weasley - rakan kelas dan sahabat sebaya Harry.[2] Dia digambarkan berambut merah dan tinggi lampai, serta anak keena, dari tujuh adik beradik daripada keturunan
  • Hermione Granger - anak perempuan dalam keluarga nirmagis (Muggle) yang berlagak handal, taat peraturan[3] serta ulat buku. Dia dgambarkan berambut perang dan bergigi jongang.
  • Neville Longbottom -seorang anak lelaki tembam dan pelupa. Neville's magical abilities are weak and appeared just in time to save his life when he was eight. Adakalanya dia lemah semangat namun sanggup memberanikan diri saat merasakan ada benda yang penting dan benar.
  • Rubeus Hagrid - seorang lelaki kacukan gergasi dan manusia dengan ketinggian 12 kaki (3.7 m) serta berambut lebat dan kusut masai. Dia dibuang daripada sekolah Hogwarts namun Profesor Albus Dumbledore membenarkannya sebagai seorang penjaga makhluk-makhluk sakti sekolah tersebut. Dia sayang sangat akan pekerjaannya namun kadangkalanga cuai.Dia menjadi sahabat baik Harry, Ron dan Hermione.
  • Profesor Albus Dumbledore, a tall, thin man who wears half-moon spectacles and has silver hair and a beard that tucks into his belt, is the headmaster of Hogwarts, and thought to be the only wizard Voldemort fears. Dumbledore, while renowned for his achievements in magic, shrugs off praise, though he is aware of his own brilliance. Rowling described him as the "epitome of goodness".[4]
  • Profesor Minerva McGonagall - a tall, severe-looking woman with black hair tied in a tight bun, teaches Transfiguration, and is able to transform herself into a cat. She is Deputy Headmistress, and Head of Gryffindor House and, according to the author, "under that gruff exterior" is "a bit of an old softy".[5]
  • Petunia Dursley, ibu saudara Harry (kakak Lily) yang nirmagis dan enggan mengaku saudara
  • Vernon Dursley suami Petunia yang berbadan besar
  • Dudley Dursley anak Vernon dan Petunia Dursley, sepupu nirmagis Harry yang gemuk dan membuli.
  • Draco Malfoy - seorang anak lelaki dari keluarga magis yang bongkak dan sombong terutamanya yang bukan dalam kalangan dari berketurunan magis., pale boy Ibu bapanya pernah menyokong Voldemort namun cepat berpaling tadah setelah dia menghilang atas dakwaan mereka disihir.
  • Oliver Wood is Harry's Quidditch captain and keeper for the Gryffindor Quidditch team.
  • Professor Quirrell is a twitching, stammering and nervous man who teaches Defence Against the Dark Arts. Reputedly he was a brilliant scholar, but his nerve was shattered by an encounter with vampires. Quirrell wears a turban to conceal the fact that he is voluntarily possessed by Voldemort, whose face appears on the back of Quirrell's head.
  • Profesor Severus Snape, - guru utama dalam rumah Slytherin. Dia digambarkan berhidung herot dan berambut minyak.
  • Argus Filch the school caretaker who knows the school's secret passages better than anyone else except, possibly, the Weasley twins. His cat, Mrs. Norris, aids his constant hunt for misbehaving pupils.

Latar belakang penulisan

[sunting | sunting sumber]

Versi terjemahan

[sunting | sunting sumber]

Buku ini mempunyai beberapa versi terjemahan:

Sebuah filem adaptasi karya ini dihasilkan oleh Warner Bros. dengan sutradara oleh Chris Columbus. Ia ditayangkan pada 16 November 2001.

  1. ^ Rowling, J.K. (20 Oktober 1999). "Interview with J.K. Rowling". The Diane Rehm Show (Temu ramah). Ditemuramah oleh Diane Rehm. Washington: Accio Quote. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2007. Dicapai pada 2 Mac 2009 – melalui WAMU. I saw Harry very very very clearly ... And I knew he didn't know he was a wizard ... And so then I kind of worked backwards from that position to find out how that could be, that he wouldn't know what he was... When he was one year old, the most evil wizard for hundreds and hundreds of years attempted to kill him. He killed Harry's parents, and then he tried to kill Harry ... but for some mysterious reason, the curse didn't work on Harry. So he's left with this lightning bolt-shaped scar on his forehead and the curse rebounded upon the evil wizard, Voldemort, who has been in hiding ever since. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |subjectlink= ignored (bantuan)
  2. ^ "Harry Potter and Me". Accio Quote. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2007. Dicapai pada 1 Ogos 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Fraser, Lindsey (15 Ogos 2004). "J.K. Rowling at the Edinburgh Book Festival". Accio Quote. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2007. Dicapai pada 12 Januari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Solomon, Evan (13 Julai 2000). "J.K. Rowling Interview". CBCNewsWorld Hot Type. Accio Quote. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2011. Dicapai pada 12 Januari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "About the Books: transcript of J.K. Rowling's live interview on Scholastic.com". Scholastic.com. Accio Quote. 16 Oktober 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2011. Dicapai pada 12 Januari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku