Burger
Burger (Jawi: برڬر ) ialah sejenis hidangan yang terdiri daripada daging kisar diperisakan sedikit rempah sebelum dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan diapit roti khusus dibelah dua dengan pelbagai inti atau "topping". Selalunya daging burger diperbuat daripada daging lembu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya[1].
Kata Inggeris asal hamburger juga merujuk kepada daging khusus untuk pemasakan burger yang dimasak.[2]. Perkataan hamburger diterbitkan dari nama bandar Hamburg dan langsung tidak merujuk kepada daging peha babi (ham dalam bahasa Inggeris).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perkataan "hamburger" berasal daripada Hamburg, Jerman. Dibawa ke England pada kurun ke-10 dari Jerman.[3] Di Jerman, makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya, seperti Frankfurter (lebih dikenali di Jerman sebagai hot dog, berbeza dengan Austria), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg, menjadi kebiasaan dihidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil Rundstück warm walaupun ia bercanggah dengan penyediaan burger moden yang menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Walau bagaimanapun, terdapat teori lain yang menyatakan bahawa di Hamburg, daging sisa dihidangkan pada Brötchen, sejenis roti berbentuk bulat. [4] Dikatakan bahawa pendatang Jerman membawa bersama resipi hamburger ke Amerika Syarikat[4] melalui sebuah restoran bernama Delmonico pada tahun 1826, tetapi rakyat Amerika tidak mengetahui apa menu burger ini sebenarnya pada masa itu.[3]
Burger hari ini
[sunting | sunting sumber]Hamburger dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek, oleh itu ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King, serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam.
Ramuan dan aspek pemakanan
[sunting | sunting sumber]Walaupun terdapat implikasi daging khinzir (ham) pada nama "hamburger", namun hamburger komersial kebiasannya tidak mengandungi daging khinzir atau sebarang produk khinzir melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Secara etimologi, nama bandar Hamburg dalam bahasa Jerman tiada kena-mengena langsung dengan "ham" dan hanya kebetulan sahaja membawa kaitan demikian dalam bahasa Inggeris.
Bahan utamanya ialah daging lembu kisar, walaupun kadang-kadang sedikit rempah turut ditambah dalam pembuatan daging burger, oleh itu ia juga dikenali sebagai "burger lembu". Ada yang menyediakan daging burger tersebut dengan telur, habuk roti, bawang ataupun campuran sup bawang, sos Worcestershire (juga dikenali sebagai kicap burger), parsli dan ramuan lain. Hamburger dengan sos Thousand Island juga menjadi semakin terkenal, contohnya burger Big Mac McDonald's yang juga mempunyai versi sos Thousand Island.
Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pertambahan populariti burger "jenis baru" sebagai alternatif kepada burger daging. Antaranya termasuklah burger ayam, burger ayam belanda, burger arnab, burger rusa, burger kerbau dan burger burung unta.
Burger Sayuran
[sunting | sunting sumber]Burger sayuran menggunakan bahan pengganti daging seperti tauhu, protein sayur-sayuran bertekstur, gluten gandum atau beberapa jenis sayur-sayuran yang dikisar bersama dan dibentuk menjadi daging burger. Beberapa tahun yang lalu, restoran Chili's serta beberapa pengejar makanan sejuk beku mencipta burger kacang hitam yang mempunyai rasa seperti daging salai. Tidak lama kemudian, burger sayuran mula terkenal di restoran makanan segera terutamanya di kalangan vegetarian.
Burger Keju
[sunting | sunting sumber]Burger keju ialah sejenis burger yang ditambah dengan keju sebagai tambahan kepada daging burger. Pada tahun 1924, Lionel Sternberger membuat burger keju pertama di dunia di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Semasa Sternberger meninggal dunia pada tahun 1924, majalah Time memaklumkan dalam keluaran 7 Februari bahawa:-
...pada umur 16, Lionel Sternberger mengkaji dan menguji dengan meletakkan sekeping keju Amerika pada hamburger ketika membantu ayahnya di kedai sandwic di Pasadena, kemudiannya mencipta burger...
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hamburger" Oxford English Dictionary Online 2nd ed 1989
- ^ "hamburger." Webster's Third New International Dictionary, Unabridged. Merriam-Webster, 2002. http://unabridged.merriam-webster.com
- ^ a b Infiniti (ed. 66). Tahukah Anda. 2014. m/s. 9. ISBN 9771985943064 Check
|isbn=
value: invalid prefix (bantuan). Unknown parameter|month=
ignored (bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b Cooper, Jeanne (4 Jun 2006). "Did you know?". San Francisc Chronicle. San Francisco. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "The hamburger with scrapmeat" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Barber, Katherine, editor (2004). The Canadian Oxford Dictionary, second edition. Toronto, Oxford University Press. ISBN 0-19-541816-6.
- Edge, John T. (2005). Hamburgers & Fries : an American Story. G.P. Putnam's Sons. ISBN 0-399-15274-1. - History and origins of the hamburger
- Trage, (1997). The Food Chronology: A Food Lover's Compendium of Events and Anecdotes, From Prehistory to the Present. Owl Books. ISBN 0-8050-5247-X.
- Allen, Beth (2004). Great American classics Cookbook. Hearst Books. ISBN 1-58816-280-X.
- Elliott, Richard Smith (1883). Notes Taken In Sixty Years. R. P. Studley & Co..
- Riccio, Anthony V. (2006). The Italian Experience In New Haven : Images And Oral Histories. SUNY Press. ISBN 0-7914-6773-2.
- Romaine, Lawrence B. (1990). A Guide To American Trade Catalogs 1744-1900. Courier Dover Publications. ISBN 0-486-26475-0.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Burger |
- The Hamburger: How it came about
- Nutritional facts: Big Mac Diarkibkan 2007-02-23 di Wayback Machine
- Nutritional facts: Whopper
- White Castle
- Krystal