Pasar malam
Pasar malam (Jawi: ڤاسر مالم ) merupakan perniagaan konsep pasar atau bazar yang perniagaannya dimulakan pada waktu lewat petang sehingga pada lewat malam.
Ia merupakan pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di pasar malam kebanyakan penjual menjual pelbagai jenis makanan tempatan, hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ayam, daging, hasil laut seperti ikan, sotong, terdapat juga mainan, pakaian, aksesori, haiwan peliharaan dan sebagainya.
Ia menarik banyak pengunjung kerana harga barangan yang berpatutan. Kebiasaannya pasar malam hanya diadakan sekali seminggu di sesuatu kawasan, ini membolehkan peniaga berniaga di tempat yang berlainan pada setiap hari. Kebanyakan tapak pasar malam adalah di jalan raya di mana jalan akan ditutup semasa perniagaan berlangsung. Justeru itu, peniaga hanya menggunakan payung untuk meletakkan barang jualan dan akan dikemas setiap kali selepas habis berniaga. Tawar-menawar merupakan amalan biasa di gerai yang menjual pakaian dan aksesori.
Mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, kebanyakan pasar malam bermula dari pukul 5.00 petang dan ditutup kebiasaannya pada pukul 10 malam sehingga 12 tengah malam bergantung kepada syarat dan undang-undang negeri atau kawasan masing-masing.[1][2][3]
Peniaga perlu mendapatkan lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan tersebut. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan.
Penjual dan pekerja makanan wajib mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu/tifoid jenis Typhim VI.[4][5]
Tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan.[6][7]
Pasar malam berbeza-beza mengikut etnik. Pasar malam Melayu biasanya menjual buku-buku keagamaan, kopiah, kain sarung, dan barangan Melayu lain.
Pasar malam Cina pula lazimnya menjual set Mah Jong, setanggi, colok, kertas dan pelbagai barangan keagamaan Cina.
Selain itu, pasar malam India pula menjual barangan keagamaan Hindu.
Belanda
[sunting | sunting sumber]Di Belanda, perayaan tahunan rakyat Indonesia diadakan di The Hague dengan nama Perayaan Tong Tong, sebelum ini Pasar Malam Besar. Disebabkan ramainya bilangan Serani Indonesia dan kejayaan majlis ini sejak 1959, berdozen pasar malam diadakan setiap tahun di Belanda. Kini kedutaan Indonesian telah memulakan membiayai pasar malam Indonesia tahunan, terutamanya untuk mempromosi perniagaan Indonesian dan meningkatkan hubungan Belanda-Indonesia.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Lokasi Pasar Malam Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru".
- ^ "Lokasi Pasar Malam Dalam Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur".
- ^ "Lokasi Pasar Malam Dalam Kawasan Dewan Negeri Selangor".
- ^ "SYARAT-SYARAT PENIAGA SEMENTARA DI PUTRAJAYA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-02-03.
- ^ "SYARAT-SYARAT PENIAGA SEMENTARA DI PUTRAJAYA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-02-03.
- ^ "Pelan Lokasi Pasar Malamdi Majlis Perbandaran Selayang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2013-02-03.
- ^ "Pelan Lokasi Pasar Malam Kajang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-02. Dicapai pada 2013-02-03.
- ^ Belanda memiliki bilangan pasar malam terbesar di luar Asia.