Pergi ke kandungan

Raja Tun Uda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Tun Hajji Uddar
-
Udder
-
Pemerintahan-
Pemasyhuran-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Keputeraan-
(1894-12-15)15 Disember 1894
Tembok, Jugra, Kuala Langat, Selangor
Kemangkatan17 Oktober 1976(1976-10-17) (umur 81)
Masjid Sultan Sulaiman
Pemakaman18 December 1976
Makam Diraja Sultan Sulaiman, Mukim Kuala Kellhang, Daerah Kellhang, Negeri Selangor
Pasangan4 Orang
Isteri
  • Raja Maslamah Raja Busu
    Tengku Badariah
    Tengku Puan Nor Saadah
Anakanda-
Nama penuh
-
Nama penuh
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
-
Kerabat-
Kerabat-
AyahandaRaja Muhammad bin Raja Usman bin Raja Ummar bin Raja Hassan bin Raja Muda Nallar ibni Sultan Sallehuddin Shah
BondaRaja Embut Long binti Raja Barkat
Agama-
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Raja Tun Hajji Uddar
Raja Tun Uda
Dalam jawatan
31 Ogos 1957 – 30 Ogos 1967
RajaTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tuanku Syed Putra
Didahului olehPejabat didirikan
Digantikan olehSyed Sheh Shahabudin
Dalam jawatan
01 Julai 1949 – 1953
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah 1945 - 1960
Didahului olehHamzah Abdullah
Digantikan olehOthman Mohamad
Dalam jawatan
September 1954 – August 1955
Raja-
Didahului olehOthman Mohamad
Digantikan olehAbdul Aziz Abdul Majid
Maklumat peribadi
Lahir
-

-
-
Mati-
-
Parti politikBebas
Pasangan-
PertalianRaja Petra Kamarudin (Cucu 9 orang)
Ibu bapa-
KediamanSeri Mutiara
Tempat belajarKolej Melayu Kuala Kangsar
Pekerjaan-
Bidang pengkhususanPentadbir awam

Raja Tun Dato' Seri Utama Haji Sir Uda bin Raja Muhammad (15 Disember 1894 – 17 Oktober 1976) ialah seorang tokoh politik Malaysia.

Beliau memegang beberapa jawatan yang penting seperti Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang|Gabenor Negeri Pulau Pinang yang pertama yang berkhidmat antara 31 Ogos 1957 sehingga 30 Ogos 1967.

Selain itu, beliau juga menjadi Menteri Besar Selangor kedua dan keempat dari 1 Julai 1949 hingga Mac 1953 serta 1954 ke 1955.

Raja Uda dilahirkan pada 15 Disember 1894 di Tembok, Kuala Langat kepada Raja Muhammad bin Raja Othman dan Raja Embut Long. Beliau berketurunan Daeng Chelak.

Uda adalah kerabat diraja Selangor, sepupu jauh Sultan Hisamuddin Alam Shah dan keturunan langsung Sultan Selangor yang pertama, Raja Lumu. Beliau berkahwin dengan salah satu adinda perempuan Sultan Hisamuddin iaitu Tengku Badariah binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (3 Sep 1896 - 11 Feb 1937).

Isteri keduanya ialah Raja Maslamah Binti Raja Busu manakala isteri ketiganya Tengku Puan Nor Saadah Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah (1922 - 2014), iaitu adinda perempuan sebapa Sultan Hisamuddin. [1]

Salah seorang cucunya adalah blogger politik Malaysia Raja Petra Kamaruddin. yang mengendalikan blog MalaysiaToday.

Raja Tun Uda belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sama seperti ramai kerabat diraja pada ketika itu.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau menyertai perkhidmatan awam pada umur 16 tahun. 4 Tahun kemudian beliau diterima masuk ke dalam Perkhimatan Agrikultural Melayu (M.A.S). Beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan dan dinaikkan pangkat sehingga ke Kelas V, Perkhidmatan Awam Malaya (M.C.S).

Pada tahun 1939, beliau menjadi orang Melayu yang pertama untuk memegang jawatan Setiausaha kepada Residen British Selangor dan kemudiannya Setiausaha Negeri Selangor yang pertama.

Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di United Kingdom. Beliau telah terlibat dalam rundingan dengan British untuk menubuhkan Sistem Ahli pada tahun 1950-an.[2]

Menteri Besar Selangor

[sunting | sunting sumber]

Raja Tun Uda ialah ahli Majlis Negeri Selangor dan Majlis Persekutuan sehingga serangan Jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1946, beliau menjadi pegawai Kelas 1B dalam Perkhidmatan Awam Malaya dan berkhidmat dalam berbagai-bagai lembaga dan jawatankuasa.

Beliau menjadi Menteri Besar Selangor sebanyak dua kali iaitu dari dari 1 Julai 1949 hingga 1953, dan sekali lagi dari 1954 hingga 1955. Beliau menggantikan Datuk Hamzah Abdullah dan Dato' Othman Mohamad.

Apabila parti Perikatan menang dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 ,Raja Uda sekaligus telah dilantik sebagai Speaker Majlis Perundangan Persekutuan.

Gabenor Pulau Pinang dan Kerjaya Pascapolitik

[sunting | sunting sumber]

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Raja Tun Uda dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama dan telah berkhidmat selama 10 tahun. Kemudian beliau diganti oleh Tun Tan Sri Syed Sheh .

Selepas persaraannya, Raja Tun Uda menyertai sektor perdagangan sebagai Pengarah Oversea- Chinese Banking Corp. Ltd (OCBC) dan kemudiannya Pengarah Great Eastern Life Assurance Co. Ltd. serta banyak syarikat yang lain.

Raja Tun Uda adalah seorang peminat tenis dan emas, selain daripada suka berkebun.

Mengenang jasa

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatannya dalam sejarah dua negeri telah menyebabkan banyak tempat dinamakan sempena beliau.

Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
  • Taman Raja Uda di Semenyih
  • Stesen komuter Raja Uda di Klang
  • Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam
  • Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16 Shah Alam.

Bacaan Lebih Lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Henssonow, Susan F; Tennoe, Mariam T.; Surhone, Lambert M (2010). Raja Uda Raja Muhammad. Betascript Publishing. ISBN 9786133097155.
  1. ^ "Salasilah Keluarga Raja Sir Tun Uda". THE RAJA SIR TUN UDA AL HAJ BIN RAJA MUHAMMAD FAMILY WEBSITE. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2004.
  2. ^ -, Wangsa Mahkota Selangor. "Raja Sir Tun Uda". Wangsa Mahkota.CS1 maint: numeric names: authors list (link)

Ankara Egzoz