Pergi ke kandungan

Billion Dollar Whale

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Billion Dollar Whale
Umum
PengarangTom Wright, Bradley Hope
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreBukan cereka
Penerbitan
PenerbitHachette Books
Tarikh penerbitan
18 September 2018
Jenis media
Cetakan (Kulit keras dan kulit lembut)
Halaman400
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-0-316-43650-2

Billion Dollar Whale (tajuk asal: Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World) ialah sebuah buku bukan cereka oleh koresponden The Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope. Diterbitkan pada 18 September 2018, oleh Hachette Books, buku itu memfokuskan kepada bagaimana pembiaya Malaysia Jho Low didakwa mendalangi penipuan AS$4.5 bilion dalam apa yang disebut sebagai skandal 1Malaysia Development Berhad.

Buku itu menerima ulasan positif walaupun terdapat percubaan untuk menyekatnya daripada pengedaran di beberapa negara dalam kempen oleh firma guaman yang berpangkalan di London, Schillings.[1]

Tom Wright berkata buku ini tidak akan menghukum bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraannya. Najib berdepan 32 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa membabitkan 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Bookshops threatened with legal action over book about Malaysian 'playboy banker'". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-14. Dicapai pada 2022-10-23.
  2. ^ "Billion Dollar Whale tidak akan prejudis perbicaraan Najib, kata penulis". www.themalaysianinsight.com. 2018-09-25.