The Edge (Malaysia)
Penampilan
The Edge adalah sebuah akhbar mingguan di Malaysia yang tertumpu kepada isu-isu kewangan dan pelaburan. Akhbar ini diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd dan dilancarkan pada tahun 1994 untuk golongan eksekutif syarikat dan masyarakat awam yang berminat dengan pasaran kewangan Malaysia.
The Edge diedarkan di seluruh Malaysia. Akhbar ini datang bersama Haven, sebuah majalah dwi-bulanan berkenaan hiasan dalaman dan perkebunan.