Bendera dan jata Selangor
Penampilan
(Dilencongkan daripada Bendera Selangor)
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Selangor sahaja, dan Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya[perlu rujukan] di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1965 |
Rekaan | Latar warna dibahagikan menjadi 2, "Kuning Emas" dibahagian kanan atas dan kiri bawah, dan "Merah" dibahagian kiri atas dan kanan bawah, dengan Bulan dan Bintang warna putih, di kanton bendera (di dalam bahagian merah kiri atas). |
Bendera Negeri Selangor
[sunting | sunting sumber]- Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor
- warna putih malambangkan kesucian agama Islam.
Bendera Bandar dan Daerah
[sunting | sunting sumber]Bendera terdahulu
[sunting | sunting sumber]-
Bendera Selangor sebelum Tahun 1965.
-
Bendera Selangor sejak 1784 hingga Tahun 1859.
Jata Negeri Selangor
[sunting | sunting sumber]Jata Negeri Selangor | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Flag or coat of arms (en) |
Diterima pakai | 1965 |
Cogan kata | Dipelihara Allah. |
sunting · sunting di Wikidata |
- Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
- Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
- Tulisan Jawi yang berwarna Kuning bermaksud Selangor.
- Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
- Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.