Pergi ke kandungan

Bazar Ramadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bazar Ramadan merujuk kepada aktiviti perniagaan oleh penjaja dan restoran di hotel menjual pelbagai juadah moden dan tradisional untuk berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadan.

Bazar ramadan ini berlangsung di setiap daerah di Malaysia di sepanjang bulan Ramadan. Penjual mula berniaga bermula jam 4 petang sehingga azan Maghrib iaitu waktu berbuka puasa. Antara lokasi menarik ialah Bazar Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Pelbagai jenis makanan dijual daripada kuih-muih ke hidangan berat, minuman serta buah-buahan.

Antara makanan yang dikaitkan dengan bulan puasa adalah bubur lambuk, tepung pelita, buah melaka atau onde-onde, agar-agar, murtabak, roti john, air tebu, sate, ikan bakar, ayam percik dan pelbagai lagi.

Kerajaan Malaysia turut melancarkan perasmian bazar ramadan di seluruh negara melalui Kementerian Pelancongan pada tahun 2005[1]. Bazar ramadan menjadi tarikan kepada pelancong dan rakyat Malaysia bagi menikmati juadah tempatan.

Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berharap kewujudan bazar Ramadan di Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia terutama dari Timur Tengah. Ia merupakan produk pelancongan untuk dikongsikan dengan seluruh dunia. Pelancong mengenali budaya dan cara hidup masyarakat melalui makanan yang dijual. Seramai 50,000 pelancong dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran melancong ke Malaysia antara Januari – Mac 2010. Mereka berbelanja RM7,169 selama 10 hari di Malaysia.

Pada bulan Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengundang imam dari Arab Saudi untuk memimpin solat Tarawih.[2]

Peristiwa penting

[sunting | sunting sumber]
  • Pada 13 Ogos 2010, satu kejadian ribut melanda sebuah bazar Ramadan di Jasin, Melaka, mengorbankan 3 orang serta mencederakan 17 pengunjung lain.[3]
  1. ^ "BAZAAR RAMADAN 2005". www.tourism.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-06.
  2. ^ Bazar Ramadan Diharap Dapat Tarik Lebih Ramai Pelancong - Ng
  3. ^ Norfaisal Jahuri (14 Ogos 2010). "Tragedi pasar Ramadan: 2 peniaga, seorang pengunjung maut dihempap khemah". Harian Metro. m/s. 3A.