Pergi ke kandungan

Bantahan Thailand 2020-2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bantahan Thailand 2020-2021
Dari atas, arah jam:
Tarikh
  • Tahap 1: Februari 2020
  • Tahap 2: Sejak 18 Julai 2020 (2020-07-18)
    (4 tahun, 3 bulan, dan 24 hari)
Lokasi
Thailand serta beberapa tunjuk perasaan di luar negara
Punca
Matlamat
  • Pembubaran Dewan Perwakilan Thailand dan pilihan raya umum baharu.
  • Mengakhiri pengancaman rakyat.
  • Perancangan perlembagaan baharu.
  • Penghapusan senat yang dipilih pihak tentera.
  • Pindaan hak prerogatif dan hukum lèse majesté.
  • Peningkatan hak sivil, ekonomi, dan politik.
KaedahTunjuk perasaan, flash mob, mogok duduk, aktivisme Internet, petisyen
StatusSedang berlangsung
  • Dihentikan selama lima bulan karena ketiadaan sesi akademik akibat pandemik COVID-19.
PenyerahanUsul pemindaan perlembagaan diperdebatkan di Parlimen; forum dialog parlimen.
Pihak terlibat

Para pembantah:
(tidak ada kepemimpinan terpusat)

  • Khana Ratsadon 2563
  • Free People (from Free Youth)
  • Democracy Restoration Group
  • Student Union of Thailand
  • Free Thoey
  • Campaigning Group for Constitution of the People
  • National Labour Assembly
  • Assembly of the Poor
  • Labour Network for People's Rights
  • Vocational College Protection of Democracy of Thailand
  • 'Bad Students' Group
  • Para mahasiswa

Media bersimpati

Lihat senarai lengkapnya
Lihat senarai lengkapnya
    • Thai Citizens who Love and Revere the Monarchy Group
    • Vocational Help the Nation
    • Rubbish Collection Organization
    • Coordination Center of Vocational Students for the Protection of National Institutions (CVPI)
    • Thai Pakdee

Media bersimpati

Lihat senarai lengkapnya
Tokoh dan pemimpin utama
Bilangan
  • 18 Julai:
  • 2,500
  • 16 Ogos:
  • 20,000–25,000
  • 19 September:
  • 50,000–100,000
Korban
Maut0
Tercedera0
Ditangkap16
Didakwa63+

Bantahan Thailand 2020-2021 merujuk kepada siri protes yang ditujukan kepada pemerintahan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha serta protes untuk menuntuk reformasi terhadap sistem monarki Thailand. Secara amnya, tunjuk perasaan ini terdiri daripada para mahasiswa tanpa sebarang ketua.[6] Pada awalnya, tunjuk perasaan ini terbit daripada pembubaran Parti Masa Depan Baharu pada 2019 yang dijalankan di universiti-universiti Thailand. Meskipun begitu, tunjuk perasaan ini terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 di Thailand.

Tunjuk perasaan dilancarkan semula pada 18 Julai dengan demonstrasi besar yang diadakan di bawah payung Pemuda Bebas di Monumen Demokrasi, Bangkok. Tiga tuntutan diajukan kepada pihak kerajaan Thailand: pembubaran parlimen, mengakhiri pengancaman rakyat dan penggubalan perlembagaan baharu. Protes pada bulan Julai dipicu oleh kesan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan perintah darurat dan tersebar ke seluruh negara.

Pada 3 Ogos, dua kumpulan pelajar secara terbuka membangkitkan permintaan demi reformasi sistem beraja, mencanggahi pantang larang dalam mengkritik sistem beraja. Seminggu kemudian, 10 permintaan reformasi telah dikemukakan. Pada 19 September, sebuah protes melibatkan 20 ke 100 ribu orang penunjuk perasaan muncul dan disifatkan sebagai cabaran terbuka kepada Raja Vajiralongkorn. Setelah berlaku protes besar-besaran pada 14 Oktober, sebuah perintah darurat "kritikal" telah diisytiharkan di Bangkok dengan alasan penghalangan perarakan diraja oleh pihak penunjuk perasaan. Namun begitu, tunjuk-tunjuk perasaan masih dijalankan. Perintah darurat tersebut ditamatkan pada 22 Oktober, diikuti dengan protes untuk memohon peletakan jawatan Prayut pada 24 Oktober. Sebuah sesi Parlimen tergempar akan dijalankan pada 26 ke 27 Oktober.

  1. ^ "แฟลชม็อบนักเรียน-นักศึกษา ประกายไฟในกระทะ หรือ เพลิงลามทุ่ง". BBC Thai (dalam bahasa Thai). 28 Februari 2020. Dicapai pada 25 Julai 2020.
  2. ^ "Banned Thai opposition party says junta helped 1MDB cover-up". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  3. ^ a b "คุม 'ทนายอานนท์ - ไมค์' ส่งศาลแล้วทั้งคู่ ทามกลางมวลชนนับร้อย". Bangkok Biznews/ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Ogos 2020.
  4. ^ "ผู้สนับสนุนเรียกร้อง ตร. ปล่อยตัว "เพนกวิน" พริษฐ์ ชิวารักษ์". BBC News ไทย (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 31 Ogos 2020.
  5. ^ "The student daring to challenge Thailand's monarchy". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-17. Dicapai pada 2020-09-17.
  6. ^ "Explainer: What's behind Thailand's protests?". Reuters. 15 Oktober 2020. Dicapai pada 21 Oktober 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]