Bani Asyar
Bani Asyar Bani Asy'ar بنو الأشعر | |
---|---|
Arab Qahtan | |
Etnik | Arab |
Nisbat | Al-Asyari الأشعري |
Lokasi | Yaman, Palestin |
Diturunkan daripada | Nabat bin Udad |
Agama | Puja berhala, kemudiannya Islam |
Bani Asyar atau Asyaari (AFA: /ɑʃ·ʕɑr ‖ ɑʃɑːʕari/; Arab: بنو الأشعر ; Arab Selatan Purba: , ʾs²ʿrn; Jawi: بني أشعر ), juga dikenali sebagai al-Asyairah (AFA: /ɑl·ɑ·ʃɑː·ʕi·rɑh/; Arab: الأشاعرة ), ialah suku kaum Qahtan yang tinggal di Yaman, Semenanjung Arab. Sahabat Nabi Muhammad, Abu Musa al-Asyari datang daripada suku kaum ini.
Sejarah dan asal usul
[sunting | sunting sumber]Nenek moyang Bani Asyar ialah Nabat bin Udad, dan nama panggilan beliau ialah Asyar. Keturunan suku tersebut adalah seperti berikut: Nabat bin Udad bin Zaid bin Yasyjub bin Arib bin Zaid bin Kahlan bin Saba bin Yasyjub bin Yaarub bin Qahtan.[1]
Nabat bin Udad (Asyar) mempunyai tujuh orang anak lelaki: Jamahir, Atgham, Argham, Adgham, Jeddah, Abdul Syams dan Abdul Thuraiyah.[2]
Bani Asyar berasal dari Zabid, Yaman. Selepas ditakluk oleh Kekhalifahan Rasyidin (631-661), ramai ahli Bani Asyar berpindah dan menetap di Bilad al-Syam. Menurut Yaaqubi, ahli geografi dan sejarawan Arab dari abad ke-9, menulis pada tahun 892 bahawa Bani Asyar merupakan kaum majoriti di Tabariyah.[3] Catatan menunjukkan mereka adalah antara suku Arab yang pernah menetap di al-Andalus. Majoritinya menetap di daerah Rayya di Malaga, manakala sesetengah boleh ditemui di bandar Seville.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ibnu Saad (2018-12-18). Kitab al-Tabaqat al-Kabir (dalam bahasa Arab). ISBN 978-977-5046-87-1.
- ^ Ibnu Hazm. "Jamharat Ansab al-'Arab" (PDF) (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 September 2018.
- ^ Gil, Moshe (1997-02-27). A History of Palestine, 634-1099 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-59984-9.
- ^ Various (2016-07-01). Routledge Library Editions: Muslim Spain (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. ISBN 978-1-134-98576-0.