Pergi ke kandungan

Abu Musa Al-Asya'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu-Musa Abd-Allah bin Qays al-Ash'ari, lebih dikenai sebagai Abu Musa Al-Asya'ari (Arab: أبو موسى الأشعري). merupakan seorang sahabat Nabi yang berasal dari Yaman. Sesuai dengan perwatakan orang Yaman, sifat Abu Musa lembut, berhemah dan halus budi pekertinya. Kerana itu dia digelar As-Sya'ariyyah atau Abu Musa Al-Asya'ari.

Kehidupannya

[sunting | sunting sumber]

Abu Musa sangat dihormati oleh umat Islam ketika itu. Kecerdasan akalnya dan pertimbangan ketika memutuskan hukuman dan keputusan memenuhi kehendak syarak. Orang ramai mengatakan:

"Hakim di kalangan ummah ini ada empat orang iaitu Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Thalib, Zaid ibn Thabit dan Abu Musa Al-Asya'ari."