Bandar Tasik Selatan
Bandar Tasik Selatan (Jawi: بندر تاسيق سلاتن) merupakan sebuah perbandaran utama di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Bandar ini ditubuhkan pada 1991. Perbandaran ini berdekatan dengan Bandar Tun Razak dan Sungai Besi.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Bandar Tasik Selatan ialah sebuah pertukaran yang dihubungi oleh pelbagai rangkaian rel yang melalui pertukaran tersebut seperti KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Sri Petaling, kesemuanya disepadukan di bawah satu bumbung di Terminal Bersepadu Selatan yang juga menyediakan perkhidmatan pertukaran laluan bas ekspres ke negeri-negeri selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Bandar Tasik Selatan adalah inspirasi di sebalik penulisan Cinta Bandar Tasik Selatan (1991), sebuah lagu hit dendangan Olan, sebuah kumpulan rock yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lagu itu juga dirakam semula pada tahun 2000 dengan sedikit perubahan pada lirik oleh Asahan, sebuah kumpulan rock dari Sumatera Utara, Indonesia di bawah judul Cinta Tasikmalaya.