Cover song
Cover song difahamkan sebagai suatu persembahan atau rakaman baharu sesebuah lagu digubah atau dinyanyikan seseorang artis sebelumnya. Persembahan-persembahan lagu sebegini adakalanya dilakukan untuk menarik semula minat pendengar generasi muda kepada sesuatu karya lagu yang menjadi kurang dikenali setelah sekian lama. Hal ini juga memberi peluang kepada para seniman mempersembahkan lagu ini mengikut gaya dan genre sendiri yang dikehendaki.
Ia dahulunya pernah lazim pada abad ke-20 di mana persembahan muzik selalu dilangsungkan terus di tempat tertentu seperti dewan-dewan khusus untuk lingkungan pendengar yang agak terhad dan setempat. Perkara ini turut berlanjutan semasa teknologi rakaman mula dikembangkan di mana proses rakaman dan pengedaran tidak berpusat kepada lokasi tertentu.