Bandar Baru Klang
Penampilan
Bandar Baru Klang merupakan sebuah perbandaran moden terletak hanya 2 km jauh dari Klang, salah satu pusat bandar di negeri Selangor, Malaysia. Bandar Baru Klang berhubungan melalui Lebuh Raya Persekutuan dan Utara Lebuh Raya Lembah Klang.
Bandar Baru Klang dibangunkan oleh Acmar Group. Perbandaran itu termasuk dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Bandar Baru Klang diwakili dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Encik Khalid Abd Samad. Dalam Dewan Negeri Selangor, bandar itu diwakili oleh Encik Yaakob Sapari, anggota Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Klang Municipal Council (MPK) Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine
- Profile of Bandar Baru Klang Diarkibkan 2008-02-22 di Wayback Machine
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Klang.