Pergi ke kandungan

Bahasa Yunani Homerik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Yunani Homerik
Bentuk awal
Abjad Yunani
Kod bahasa
ISO 639-3
grc-hom

Bahasa Yunani Homerik ialah jenis bahasa Yunani yang digunakan dalam Iliad, Odyssey, dan Gita Puja Homeros. Ia dialek sastera Yunani Kuno kebanyakannya menggunakan dialek Ionia arkaik, dengan sejumlah Aeolia, sedikit Arcadocyprus, dan mempunyai tulisan yang dipengaruhi Yunani Attika.[1] Ia kemudiannya dinamakan bahasa Yunani Epik kerana ia digunakan sebagai bahasa puisi epik, biasanya dalam heksameter daktil, oleh penyair seperti Hesiod dan Theognis dari Megara. Puisi-puisi dalam Yunani Epik ada yang berasal dari selewat abad ke-5 TM, dan tidak lagi digunakan pada penghujung zaman baharian klasik.

Ciri-ciri utama

[sunting | sunting sumber]

Dalam huraian berikut, hanya bentuk-bentuk yang berbeza daripada bentuk bahasa Yunani yang terkemudian dibincangkan. Bentuk-bentuk yang tidak disebut biasanya boleh diagak dengan melihat pola dalam bahasa Yunani Ionia.

Bahasa Yunani Homerik adalah seperti Bahasa Yunani Ionia, dan berbeza dengan Bahasa Yunani Attika, dalam menukarkan hampir semua panjang kepada η.

Contoh fonologi Yunani Homerik
Homerik Attika Melayu
Τροίη Τροίᾱ Troy (tunggal nominatif)
ὥρη ὥρᾱ satu jam (tunggal nominatif)
πύλῃσι πύλαις/πύλαισι gerbang (jamak datif)

Pengecualian termasuk kata-kata nama seperti θεᾱ́ ("seorang dewi"), dan bentuk jamak genitif kata nama deklensi pertama dan tunggal genitif bagi kata nama deklensi pertama maskulin. Contohnya θεᾱ́ων ("berkenaan dengan dewi-dewi"), dan Ἀτρεΐδᾱο ("berkenaan dengan anak lelaki Atreus").

Kata nama

[sunting | sunting sumber]
Deklensi pertama[2]
Kata tunggal nominatif bagi kebanyakan kata nama feminin berakhir dengan , bukannya -ᾱ panjang, walaupun selepas ρ, ε, dan ι (ciri dialek Ionia): χώρη untuk χώρᾱ. Walau bagaimanapun, θεᾱ́ dan sesetengah nama berakhir dengan -ᾱ panjang.
Sesetengah kata nama maskulin mempunyai kata tunggal nominatif dengan -ᾰ pendek dan bukannya -ης (ναύτης, Ἀτρεΐδης): ἱππότᾰ untuk ἱππότης .
Tunggal genitif bagi kata nama maskulin berakhir dengan -ᾱο atau -εω (jarangnya—hanya selepas vokal—), bukannya -ου: Ἀτρεΐδᾱο untuk Ἀτρείδου Attika. [nota 1]
Kata jamak genitif biasanya berakhir dengan -ᾱων atau -εων: νυμφᾱ́ων untuk νυμφῶν Attika. [nota 2]
Kata jamak datif hampir selalu berakhir dengan -ῃσι(ν) atau -ῃς: πύλῃσιν untuk πύλαις Attika.
Deklensi kedua
Tunggal genitif: berakhir dengan -οιο, serta -ου. Contohnya, πεδίοιο, serta πεδίου.
Duaan genitif dan datif: berakhir dengan -οιϊν. Jadi, ἵπποιϊν ada, bukannya ἵπποιν.
Jamak datif: berakhir dengan -οισι(ν) dan -οις. Contohnya, φύλλοισι, serta φύλλοις.
Deklensi ketiga
Tunggal akusatif: berakhir dengan -ιν, serta -ιδα. Contohnya, γλαυκῶπιν, serta γλαυκώπιδα.
Jamak datif: berakhir dengan -εσσι dan -σι. Contohnya, πόδεσσι atau ἔπεσσι.
Bahasa Yunani Homerik tidak mempunyai metatesis kuantitatif yang terdapat dalam bahasa Yunani terkemudian (kecuali dalam bentuk jamak genitif dasar-α tertentu dan tunggal genitif dasar-α maskulin tertentu):
  • Homerik βασιλῆος bukannya βασιλέως, πόληος bukannya πόλεως
  • βασιλῆα bukannya βασιλέᾱ
  • βασιλῆας bukannya βασιλέᾱς
  • βασιλήων bukannya βασιλέων
Bahasa Yunani Homerik kadangkala menggunakan akhiran yang berbeza:
  • πόληος bergantian dengan πόλιος

Catatan mengenai kata nama:

  • Selepas vokal pendek, refleks Yunani Purba *ts boleh berganti-ganti antara -σ- dan -σσ- dalam bahasa Yunani Homerik. Ini berguna untuk matra. Contohnya, τόσος dan τόσσος adalah setara; μέσος dan μέσσος; ποσί dan ποσσί.
  • Peninggalan kasus instrumental Yunani Purba, akhiran -φι(ν) ( -οφι(ν)) boleh digunakan untuk bentuk tunggal dan jamak datif bagi kata nama dan kata sifat (kadang-kadang juga untuk tunggal dan jamak genitif). Contohnya, βίηφι (...dengan paksa), δακρυόφιν (...dengan air mata), dan ὄρεσφιν (...di pergunungan).

Kata ganti nama

[sunting | sunting sumber]
Kata ganti diri pertama (tunggal "saya", duaan "kami berdua", jamak "kami")
Tunggal Duaan Jamak
Nominatif ἐγώ, ἐγών νῶι, νώ ἡμεῖς, ἄμμες
Genitif ἐμεῖο, ἐμέο, ἐμεῦ, μεῦ, ἐμέθεν νῶιν ἡμείων, ἡμέων, ἀμμέων
Datif ἐμοί, μοι ἡμῖν, ἄμμι(ν)
Akusatif ἐμέ, με νῶι, νώ ἡμέας, ἧμας, ἄμμε
Kata ganti nama diri kedua (tunggal "awak", duaan "awak berdua", jamak "kamu, kalian")
Tunggal Duaan Jamak
Nominatif σύ, τύνη σφῶϊ, σφώ ὑμεῖς, ὔμμες
Genitif σεῖο, σέο, σεῦ, σευ, σέθεν, τεοῖο σφῶϊν, σφῷν ὑμέων, ὑμείων, ὔμμέων
Datif σοί, τοι, τεΐν ὑμῖν, ὔμμι(ν)
Akusatif σέ σφῶϊ, σφώ ὑμέας, ὔμμε
Kata ganti diri ketiga (tunggal "dia, ia", duaan "mereka berdua", jamak "mereka")
Tunggal Duaan Jamak
Nominatif σφωέ σφεῖς
Genitif οὗ, εἷο, ἕο, εὗ, ἕθεν σφωΐν σφείων, σφέων
Datif ἑοῖ, οἱ σφι(ν), σφίσι(ν)
Akusatif ἕ, ἑέ, μιν σφωέ σφε, σφέας, σφας
  • Kata ganti nama tunggal orang ketiga ("dia, ia") (dan sebagainya) atau kata sandang yang jarangnya tunggal ("yang, si, sang, itu"): ὁ, ἡ, τό
  • Kata ganti nama majmuk orang ketiga ("mereka") (dan sebagainya) atau kata sandang yang jarangnya jamak ("yang, si, sang, itu"): nominatif οἰ, αἰ, τοί, ταί, datif τοῖς, τοῖσι, τῇς, τῇσι, ταῖς.
Kata ganti nama interogatif, tunggal dan jamak ("siapa, apa, yang mana")
Nominatif τίς
Akusatif τίνα
Genitif τέο, τεῦ
Datif τέῳ
Genitif τέων

Kata kerja

[sunting | sunting sumber]
Akhiran diri
ada dan bukannya -σαν. Contohnya, ἔσταν untuk ἔστησαν dalam kata majmuk orang ketiga aktif.
Kata jamak ketiga tengah/pasif selalunya berakhir dengan -αται atau -ατο; contohnya, ἥατο sama dengan ἧντο.
Kala
Depan: Secara amnya kekal tidak disingkatkan. Contohnya, ἐρέω ada bukannya ἐρῶ atau τελέω bukannya τελῶ .
Kini atau tidak sempurna: Kala-kala yang ini kadangkala mengambil bentuk iteratif dengan akhiran -σκ- sebelum akhiran. Contohnya, φύγεσκον: 'mereka berlari-larian'
Aorist atau tidak sempurna: Kedua-dua kala kadangkala boleh digugurkan penambahannya. Contohnya, βάλον mungkin digunakan daripada ἔβαλον, dan ἔμβαλε mungkin digunakan daripada ἐνέβαλε.
Yunani Homerik tidak mempunyai kala kini bersejarah, sebaliknya menggunakan injunktif. Injunktif digantikan dengan kini bersejarah dalam karangan-karangan selepas zaman Homeros Thoukydides dan Herodotos.[3]
Subjungtif
Subjungtif muncul dengan vokal pendek. Oleh itu, bentuk ἴομεν, bukannya ἴωμεν.
Akhiran subjungtif tengah tunggal kedua muncul sebagai -ηαι ataupun -εαι.
Subjungtif aktif tunggal ketiga berakhir dengan -σι (ν). Oleh itu, adanya bentuk φορεῇσι, bukannya φορῇ.
Kadang-kadang, subjungtif digunakan sebagai pengganti kala depan dan dalam komen umum.
Infinitif
Infinitif muncul dengan akhiran -μεν, -μεναι, dan -ναι, menggantikan -ειν dan -ναι. Contohnya, δόμεναι untuk δοῦναι; ἴμεν bukannya ἰέναι; ἔμεν, ἔμμεν, atau ἔμμεναι untuk εἶναι; dan ἀκουέμεν(αι) di tempat ἀκούειν.
Kata kerja tersingkat
Dalam kata kerja tersingkat, Attika menggunakan -ω- tetapi Yunani Homerik menggunakan -οω- atau -ωω- sebagai ganti -αο-. Contohnya, ὁρῶντες dalam Attika menjadi ὁρόωντες.
Selain itu, di mana -αε- disingkatkan kepada -α- atau -αει- kepada -ᾳ-, bahasa Yunani Homerik akan ada αα atau αᾳ.
Imbuhan adverba
-δε menyampaikan sensa 'ke mana'; πόλεμόνδε 'kapal perang'
-δον menyampaikan sensa 'bagaimana'; κλαγγηδόν 'dengan tangisan'
-θεν menyampaikan sensa 'dari mana'; ὑψόθεν 'dari atas'
-θι menyampaikan sensa 'mana'; ὑψόθι 'tinggi-tinggi'
ἄρα, ἄρ, ῥα 'jadi' atau 'seterusnya' (peralihan)
τε 'dan' (kata umum atau penghubung)
Penegas
δή 'memang'
'pasti'
περ 'hanya' atau 'bahkan'
τοι 'saya kata ...' (penegasan)

Ciri-ciri lain

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Yunani Homerik kebanyakannya tidak mempunyai artikel pasti yang sebenar. , , τό dan bentuk-bentuk infleksinya memang ada, tetapi ia asalnya dan biasanya digunakan sebagai kata ganti nama penunjuk, seperti "itu".[4]

Perbendaharaan kata

[sunting | sunting sumber]

Homeros (dalam Iliad dan Odysseia) menggunakan kira-kira 9,000 perkataan, 1,382 daripadanya nama khas. Daripada 7,618 perkataan yang tinggal 2,307 adalah hapaks legomena, iaitu perkataan yang muncul sekali sahaja.[5][6] Menurut sarjana klasik Clyde Pharr, "Iliad mempunyai 1097 hapaks legomena, manakala Odysseia mempunyai 868".[7] Walau bagaimanapun, pakar lain telah mentakrifkan istilah tersebut dengan erti yang berbeza dan hanya mengira 303 dalam Iliad dan 191 dalam Odysseia.[8]

Iliad, baris 1–7

Μῆνιν ἄειδε, θεά, Πηληϊάδεω Ἀχιλῆος
οὐλομένην, ἣ μυρί’ Ἀχαιοῖς ἄλγε’ ἔθηκε,
πολλὰς δ’ ἰφθίμους ψυχὰς Ἄϊδι προΐαψεν
ἡρώων, αὐτοὺς δὲ ἑλώρια τεῦχε κύνεσσιν
οἰωνοῖσί τε δαῖτα· Διὸς δ’ ἐτελείετο βουλή·
ἐξ οὗ δὴ τὰ πρῶτα διαστήτην ἐρίσαντε
Ἀτρεΐδης τε ἄναξ ἀνδρῶν καὶ δῖος Ἀχιλλεύς.

Berdasarkan terjemahan Inggeris Theodore Alois Buckley (1860):

Nyanyikanlah, wahai dewi, amarah yang membinasakan Achilles, anak Peleus, yang membawa kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya ke atas orang Yunani, dan menghumbankan ramai jiwa pahlawan yang gagah perkasa ke Hades, dan menjadikan mereka mangsa kepada anjing-anjing dan segala burung, menunaikan kehendak Jove, bermula dari masa Atrides, raja manusia, dan Achilles yang mulia, mula-mula bertengkar, lalu berpisah.

Pengarang

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ada yang mencadangkan -ᾱο mungkin pada asalnya -ηο, dan -ηο kemudian ditranskripsikan sebagai -ᾱο dengan pengaruh dialek-dialek (sastera) lain, manakala yang lain mencadangkan -ᾱο mungkin daripada Aeolia. (Lihat λᾱός dan Ποσειδᾱ́ων untuk ληός dan Ποσειδήων yang dijangkakan.)
  2. ^ -ᾱων untuk -ηων yang dijangka terhasil atas sebab-sebab yang diberikan dalam Nota 1.
  1. ^ Stanford 1959, dialek Homerik
  2. ^ Stanford 1959, deklensi pertama
  3. ^ Carroll D. Osburn (1983). "The Historical Present in Mark as a Text-Critical Criterion". Biblica. 64 (4): 486–500. JSTOR 42707093.
  4. ^ Goodwin, William W. (1879). A Greek Grammar (hlm. 204). St Martin's Press.
  5. ^ The Iliad: A Commentary: Jilid 5, Buku 17-20, Geoffrey Stephen Kirk, Mark W. Edwards, Cambridge University Press, 1991, ISBN 978-0-521-31208-0. hlm. 53, nota kaki 72.
  6. ^ Google pratonton
  7. ^ Pharr, Clyde (1920). Homeric Greek, a book for beginners. D. C. Heath & Co., Publishers. m/s. xxii.
  8. ^ Reece, Steve. "Hapax Legomena," dalam Margalit Finkelberg (ed.), Homeric Encyclopedia (Oxford: Blackwell, 2011) 330-331. Hapax Legomena in Homer

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Bakker, Egbert J., ed. 2010. A companion to the Ancient Greek language. Oxford: Wiley-Blackwell.
  • Christidis, Anastasios-Phoivos, ed. 2007. A history of Ancient Greek: From the beginnings to Late Antiquity. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  • Colvin, Stephen C. 2007. A historical Greek reader: Mycenaean to the koiné. Oxford: Oxford University Press.
  • Edwards, G. Patrick. 1971. The language of Hesiod in its traditional context. Oxford: Blackwell.
  • Hackstein, Olav. 2010. "The Greek of epic." In A companion to the Ancient Greek language. Edited by Egbert J. Bakker, 401–23. Oxford: Wiley-Blackwell.
  • Horrocks, Geoffrey C. 1987. "The Ionian epic tradition: Was there an Aeolic phase in its development?" Minos 20–22: 269–94.
  • ––––. 2010. Greek: A history of the language and its speakers. 2nd ed. Oxford: Wiley-Blackwell.
  • Janko, Richard. 1982. Homer, Hesiod, and the Hymns: Diachronic development in epic diction. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  • ––––. 1992. "The origins and evolution of the Epic diction." In The Iliad: A commentary. Vol. 4, Books 13–16. Edited by Richard Janko, 8–19. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  • Lord, Albert B. 1960. The singer of tales. Cambridge, MA: Harvard University Press.
  • Nagy, Gregory. 1995. "An evolutionary model for the making of Homeric poetry: Comparative perspectives." In The ages of Homer. Edited by Jane Burr Carter and Sarah Morris, 163–79. Austin: University of Texas Press.
  • Palmer, Leonard R. 1980. The Greek language. London: Faber & Faber.
  • Parry, Milman. 1971. The making of Homeric verse: The collected papers of Milman Parry. Edited by Adam Parry. Oxford: Clarendon.
  • Reece, Steve. 2009. Homer's Winged Words: the Evolution of Early Greek Epic Diction in the Light of Oral Theory. Amsterdam: Brill.
  • West, Martin L. 1988. "The rise of the Greek epic." Journal of Hellenic Studies 108: 151–72.