Bahasa Yunani Ionia
Yunani Ionia | |
---|---|
Ἰωνικὴ διάλεκτος | |
Kawasan | Sekitar Laut Aegia, Magna Graecia |
Era | s. 1000–300 SM |
Indo-Eropah
| |
Bentuk awal | |
Abjad Yunani | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
grc-ion | |
Glottolog | ioni1244 |
Bahasa Yunani Ionia (Bahasa Yunani Kuno: Ἰωνική , Iōnikḗ ) ialah subdialek kepada kumpulan dialek Timur atau Attika–Ionia dalam bahasa Yunani Kuno. Kumpulan Ionia terdiri daripada tiga dialek yang dituturkan di Euboea (Ionia Barat), Kyklades utara (Ionia Tengah), dan dari s. 1000 SM dan seterusnya di Ionia Asia (Ionia Timur), tempat peneroka Ionia dari Athens mengasaskan bandar mereka.[2] Bahasa Yunani Ionia menjadi asas kepada beberapa bentuk bahasa sastera pada zaman Arkaik dan Klasik, baik dalam puisi dan prosa.[3] Karya Homer dan Hesiod adalah antara karya puisi paling popular yang ditulis dalam ragam susastera dialek Ionia, yang dikenali sebagai bahasa Yunani Epik atau Homer. Prosa Yunani yang tertua, antaranya oleh Heraclitus, Herodotus, Democritus, dan Hippokrates, juga ditulis dalam bahasa Ionia. Akhir abad ke-5 SM, bahasa Yunani Ionia telah digantikan oleh Yunani Attika, yang telah menjadi dialek dominan dunia Yunani.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dialek Ionia nampaknya asalnya tersebar dari tanah besar Yunani ke seberang Laut Aegia pada zaman pencerobohan Doria, sekitar abad ke-11 SM, pada awal Zaman Kegelapan Yunani. Menurut tradisi, nenek moyang suku kaum Ionia mula-mula belayar dari Athens, dalam beberapa peristiwa penghijrahan, untuk mengasaskan koloni-koloni di pesisiran Anatolia dan kepulauan Kyklades, lebih kurang pada permulaan zaman Protogeometrik (1075/1050 SM).[4] Antara abad ke-11 dan 9 SM, orang Ionia terus-menerus tersebar di sekitar kawasan tersebut. Kesamaan linguistik antara bahasa Attika dan Ionia terbukti dalam beberapa ciri unik, seperti kehilangan bunyi /w/ awal-awal, atau pemaduan /ā/ dan /ē/, seperti yang dilihat dalam kedua-dua dialek.[4]
Menjelang penghujung Yunani Arkaik dan Yunani Klasik awal pada abad ke-5 SM, pesisiran barat tengah Anatolia, bersama-sama dengan pulau Khios dan Samos, membentuk kawasan tengah Ionia.[perlu rujukan] Dialek Ionia juga dituturkan di pulau-pulau di seluruh Aegia tengah dan di pulau besar Euboea di utara Athens. Dialek itu tidak lama kemudian disebarkan dengan penjajahan Ionia ke kawasan-kawasan di utara Aegia, Laut Hitam, dan Mediterranean barat, termasuk Magna Graecia di Sicily dan Itali.[perlu rujukan]
Dialek Ionia biasanya dibahagikan kepada dua zaman, Ionia Lama dan Ionia Baru. Peralihan antara keduanya tidak jelas, tetapi 600 SM ialah anggaran yang baik.[perlu rujukan]
Karya-karya Homer (Iliad, Odysseia, dan Lagu-lagu Pujaan Homer) dan Hesiod ditulis dalam dialek sastera yang dipanggil Yunani Homer atau Yunani Epik, yang sebahagian besarnya terdiri daripada Ionia Lama, tetapi dengan beberapa campuran daripada dialek Aeolia yang berdekatan di utara,[5] serta beberapa unsur Mykenai hasil daripada tradisi epik panjang yang wujud sebelum Homer.[2] Bahasa Ionia Epik ini digunakan dalam semua puisi satmatra dan elegi yang datang kemudiannya, bukan sahaja oleh orang Ionia malah oleh orang asing seperti Hesiod dari Boeotia.[2] Bahasa Ionia lalu akan menjadi dialek lazim yang digunakan untuk genre-genre puisi dan sastera tertentu. Ιa digunakan oleh ramai pengarang, tanpa mengira asal usul mereka; seperti Tyrtaeus dari Doria, mengarang elegi dalam bentuk Ionia.[6] Keupayaan para penyair untuk bertukar antara dialek akan akhirnya mengurangkan perbezaan antara kawasan, sambil menyumbang kepada kesedaran tentang bahasa Yunani bahawa semua dialek mempunyai persamaan.[6] Penyair Archilochus menulis dalam bahasa Ionia Lama lewat.
Pengarang bahasa Ionia Baru yang paling terkenal ialah Ankcreon, Theognis, Herodotus, Hippokrates, dan, pada zaman Rom, Aretaeus, Arrian, dan Tentang Dewi Syria oleh Lucian—ataupun nampak seolah-olah ditulis oleh Lucian.[perlu rujukan]
Bahasa Yunani Ionia memperoleh prestij di kalangan penutur Yunani kerana digunakan oleh Homer dan Herodotus dan kerana hubungan linguistik yang rapat dengan dialek Attika seperti yang dituturkan di Athens.[perlu rujukan] Hal ini lebih benar lagi dengan pembaharuan penulisan yang dilaksanakan di Athens pada 403 SM, yang mana abjad Attika lama digantikan dengan abjad Ionia, seperti yang digunakan oleh bandar Miletus. Abjad ini akhirnya menjadi abjad Yunani standard, dan penggunaannya diseragamkan semasa era Koine. Ia juga abjad yang digunakan dalam Injil Kristian dan kitab Kisah Para Rasul.[perlu rujukan]
Subdialek-subdialek Ionia
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan inskripsi, terdapat tiga subdialek Ionia:[7]
1. Ionia Barat, dialek Euboea dan bahagian-bahagian Attika, seperti Oropos;
2. Ionia Tengah atau Kyklades, dialek Kepulauan Kyklades;
3. Ionia Timur, dialek Samos, Khios, dan pantai barat Anatolia.[6]
Bahasa Ionia Timur berbeza daripada lagi dua dialek kerana ia hilang bunyi /h/ awal sangat (psilosis) (jadi nama Herodotos sepatutnya disebut Erodotos). Bunyi /w/ (digamma) juga langsung tiada dalam Ionia Timur, tetapi kadangkala dikekalkan dalam Ionia Barat dan Kyklades. Juga kata ganti nama yang bermula dengan /hop-/ dalam Ionia Barat dan Kyklades (ὅπου mana, ὅπως bagaimana), bermula dengan ok- (lazim ditulis hok-) dalam Ionia Timur (ὅκου/ὄκου, ὅκως/ς).
Ionia Barat berbeza daripada Ionia Kyklades dan Timur dengan bunyi -tt- dan -rr- sedangkan dua dialek lagi tadi mempunyai -ss- dan -rs- (τέτταρες vs. τέσσαρες, empat; θάρρος vs. θάρσος). Ionia Barat juga berbeza kerana bentuk ξένος (xenos, orang asing, tetamu), sedangkan lagi dua menggunakan ξεῖνος (xeinos).[8]
Ionia Kyklades boleh dibahagikan lagi: Keos, Naxos, dan Amorgos mengekalkan perbezaan antara dua bunyi /æ/, iaitu /æ/ asli (ditulis sebagai Ε), dan /æ/ yang berkembang daripada /ā/ (ditulis sebagai Η); contohnya ΜΗΤΕΡ = μήτηρ < μάτηρ, ibu. Di Kepulauan Kyklades yang lain, perbezaan ini tidak dibuat, Η dan Ε digunakan di sana secara bergantian.[9]
Dalam Yunani Ionia Timur, Herodotus mengesahkan empat subkumpulan (Sejarah, I.142), tiga daripadanya nampaknya dipengaruhi oleh bahasa jiran:
a. Dialek Miletus, Myus, dan Priene, dan tanah jajahan mereka, dipengaruhi oleh Caria;
b. Ionia Efesos, Kolofon, Lebedos, Teos, Klazomenai, dan Fokaia, dan tanah jajahan mereka, dipengaruhi oleh Lydia;
c. Dialek Khios dan Erythrai serta jajahan mereka, dipengaruhi oleh Yunani Aeolia;
d. Dialek Samos dan jajahannya.
Perbezaan antara keempat-empat kumpulan ini tidak ketara melihatkan inskripsi, mungkin kerana inskripsi biasanya dipesan oleh golongan atasan yang bertutur dalam bahasa "Ionia bertamadun" yang sama di semua tempat. Namun, pertuturan tempatan oleh orang biasa tentu mempunyai perbezaan. Idea ini boleh dilihat dalam bahasa "si penyair pengemis" dari Efesus oleh Hipponax, yang sering menggunakan slanga tempatan (νικύρτας, σάβαυνις: kata cacian; χλούνης, pencuri; κασωρικός, seperti pelacur) dan kata pinjaman bahasa Lydia (πάλμυς, raja).[10]
Fonologi
[sunting | sunting sumber]Vokal
[sunting | sunting sumber]Yunani Purba ā > Ionia ē; dalam Doria, Aeolia, ā kekal; dalam Attika, ā selepas e, i, r, tetapi ē di tempat lain.[11]
- Attika νεᾱνίᾱς neāníās, Ionia νεηνίης neēníēs "lelaki muda"
- asal dan Doria ἁ (ᾱ) hā > Attika-Ionia ἡ hē "kopula" (tunggal nominatif feminin)
- asal dan Doria μᾱ́τηρ mātēr > Attika-Ionia μήτηρ mḗtēr "ibu"
Yunani Purba e, o > Ionia Timur/Tengah ei, ou:[nota 1] pemanjangan gantian selepas kehilangan w dalam jujukan enw-, erw-, onw-, orw-. Dalam Attik dan Ionia Barat, e, o tidak dipanjangkan.[12]
- Yunani Purba *kórwā[13] > Attika κόρη kórē, Ionia Timur κούρη koúrē "gadis"
- *órwos > ὄρος óros, οὖρος oúros "gunung"
- *ksénwos > ξένος xénos, ξεῖνος xeĩnos "tetamu, orang asing"
Ionia Timur secara amnya menghilangkan aspirasi awal (Yunani Purba hV- > Ionia V-).[14]
- Yunani Purba *hāwélios > Attika hēlios, Yunani Homer (Ionia Timur awal) ēélios "matahari"
Ionia kurang kerap memendekkan daripada Attika.[15]
- Ionia γένεα génea, Attika γένη génē "keluarga" (jamak nominatif neuter)
Konsonan
[sunting | sunting sumber]Yunani Purba *kʷ sebelum o > Attika, Ionia Barat Tengah p, sesetengah Ionia Timur k.
- Yunani Purba *hókʷōs > Ionia Timur ὅκως hókōs, Attika ὅπως hópōs "dalam apa jua cara, dengan cara yang mana"
Yunani Purba *ťť > Ionia Timur/Tengah ss, Ionia Barat, Attika tt.[16] Ciri Ionia Timur dan Tengah ini memasuki bahasa Yunani Koine.
- Yunani Purba *táťťō > Ionia τάσσω tássō, Attika τάττω táttō "saya susun"
Glosari
[sunting | sunting sumber]- ἄβδης ábdês cambuk (Hipponax .98)
- ἄεθλον áethlon (Attika ἆθλον athlon hadiah)
- ἀειναῦται aeinaûtai pemerintah di Miletus dan Khalkis (aeí selalu + naûtai pelaut)
- ἀλγείη algeíē penyakit (Bandingkan Attika ἀλγηδών algēdṓn sakit) Algofobia
- ἄμπωτις ámpōtis surut, disedut balik, iaitu berkenaan dengan laut (Attika anápōtis, kata kerja anapínō) (Koine, Yunani Moden ampotis)
- ἄνου anou (Attika ἄνω ánō, ke atas)
- Απατούρια Apatoúria pesta yang disambut oleh seluruh Ionia (lihat juga Panionium)
- ἀππαλλάζειν appallázein (Attika ἐκκλησιάζειν ekklesiázein berkumpul, membuat keputusan) (Doria apellazein)
- ἀχάντιον akhántion (Attika ἀκάνθιον akánthion duri kecil jeruju)
- βάθρακοι báthrakoi (Attika βάτραχοι bátrakhoi, katak) di Pontus babakoi
- βροῦκος broûkos spesies belalang (Attika akrís) (Orang Cyprus memanggil belalang hijau βρούκα broúka)
- βυσσός byssós (Attika βυθός bythós kedalaman, dasar, kekacauan)
- γάννος gánnos Efesus (Attika huaina (glanos Aristotle.HA594a31.) (Phrygia dan Tsakonia ganos)
- εἴδη eídē (Attikaὕλη hýle hutan) (Yunani Aeolia eide juga) (Yunani Eidos)
- ἐνθαῦτα enthaûta di sini (juga entoutha) (Attika ἐνταῦθα entaûtha) (Elis ἐνταῦτα entaûta)
- ἐργύλος ergýlos (Attika ἐργάτης ergátēs pekerja)
- ἑστιᾶχος hestiâkhos nama panggilan Ionia untuk Zeus, berkaitan dengan Hestia (oikourós, penjaga rumah, οἰκῶναξ oikônax)
- ἠγός ēgós (Attika εὐδαίμων eudaímon bahagia) (Hesychius s.v. εὐηγεσίη ) (τ 114)
- ἠέλιος êélios (Attika hḗlios matahari) (Crete abelios)
- Ἰαστί Iastí, "cara Ionia" (Ἰάονες , Iáones, orang Ionia; Ἰάς , Iás, nama lama Attika, Strabo IX, 1.5)
- ἴδη ídē gunung berhutan (Attika δρυμῶν ὄρος drymôn óros) (Herodotus 4,109,2) (Gunung Ida)
- ἰητρός iētrós, iētēr (Attika iatrós, iatēr doktor)
- ἴκκος íkkos (Attika ἵππος híppos, kuda) (Mykenai i-qo)
- κάρη kárē kepala (lazim kara) (Puitis kras)
- κιθών kithṓn (Attika χιτών khitṓn jubah khiton)
- κοεῖν koeîn (Attika νοεῖν noeîn berfikir)
- κοῖος koîos (Attika ποῖος poîos siapa?)
- κύθρη kýthrē (Attika χύτρα khýtra periuk masak)
- μύτταξ mýttax (Attika πώγων pṓgōn janggut)
- Ξουθίδαι Xouthidai orang Ionia dari Xuthus
- ὀδμή odmḗ (Attika ὀσμή osmḗ bau, aroma)
- πηλός pēlós wain pekat, keladak (Attika πηλός pelós lumpur, kelodak) (frasa peribahasa mê dein ton Oinea Pêlea poiein, jangan jadikan wain sebagai keladak, Ath.9.383c, bandingkan Demetr.Eloc.171)
- ῥηχίη rhêkhíê pasang besar, pinjaman ke Attika sebagai ῥαχία rhakhía (Yunani Homer, Koine, Moden πλημμυρίς plêmmurís -ída)
- σαβακός sabakís (Attika σαθρός sathrís reput) dari Khios
- σάρμοι sármoi lupinus (Attika θέρμοι thermoi) dari Karystos
- σκορπίζω skorpízô sebar, selerak (mungkin daripada skorpios kala jengking dan kata kerja skerpô, menembus)
- ταῦροι[17] taûroi (Attika tauroi lembu jantan) (perkataan dari Efesos, pemuda-pemuda yang bertindak sebagai pembawa cawan di pesta Poseidon tempatan)
- φοινικήια foinikḗia grámmata nama untuk "huruf" dalam bahasa Lyd dan Ionia
- χλοσσός khlossós (Attika ἰχθύς ikhthús ikan)
- ὦ οἰοῖ ô oioî seruan ketidakpuasan ἐπιφώνημα σχετλιαστικὸν παρ' Ἴωσι
Nota
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Roger D. Woodard (2008), "Greek dialects", dalam: The Ancient Languages of Europe, ed. R. D. Woodard, Cambridge: Cambridge University Press, m/s 51.
- ^ a b c d "Ionic dialect | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-29. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Barrio, María Luisa del (2013-09-24), Ionic (dalam bahasa Inggeris), Brill, dicapai pada 2023-11-29.
- ^ a b Miller 2013, m/s. 139.
- ^ Horrocks 2009.
- ^ a b c Derks & Roymans 2009.
- ^ Thumb, Albert; Scherer, A. (1959). Handbuch der griechischen Dialekte (ed. 2). Heidelberg: Carl Winter. m/s. II, 247.
- ^ Thumb & Scherer (1959), pp. 247, 264-265.
- ^ Thumb & Scherer (1959), pp. 251-252.
- ^ Hoffmann, O.; Scherer, A. (1969). Geschichte der griechischen Sprache. Berlin: Walter de Gruyter & Co. m/s. I, 55.
- ^ Smyth, per. 30 dan nota, 31: a panjang dalam Attika dan dialek-dialek lain
- ^ Smyth, nota per. 37: Pemanjangan gantian Yunani Ionia selepas kehilangan w
- ^ κόρη. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
- ^ Smyth, nota per. 9: kehilangan pernafasan kasar adalah awal dalam bahasa Ionia di Anatolia
- ^ Smyth, nota per. 59: pemendekan dalam dialek
- ^ Smyth, per. 112, 78: ky, khy > tt; = ss dalam dialek-dialek selain Attika
- ^ Athenaeus Deipnosophists 10 425c
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Christides, Anastasios-Phoivos (2007). A History of Ancient Greek: From the Beginnings to Late Antiquity. UK: Cambridge University Press. ISBN 978-0521833073.
- Giannakis, Georgios K. (2014). Encyclopedia of Ancient Greek Language and Linguistics. Brill. ISBN 9789004225978.
- Miller, D. Gary (2013). Ancient Greek Dialects and Early Authors, Introduction to the Dialect Mixture in Homer, with Notes on Lyric and Herodotus. De Gruyter. ISBN 9781614512950.
- Fisk, Benjamin Franklin (1830). "Ionic". A Grammar of the Greek Language. Hilliard, Gray, Little, and Wilkins.
- Horrocks, Geoffrey (2009). Greek: A History of the Language and its Speakers. John Wiley & Sons. ISBN 978-1444318920.
- Palmer, Leonard Robert (1996). The Greek Language. University of Oklahoma Press. ISBN 0806128445.
- Derks, Ton; Roymans, Nico (2009). Ethnic Constructs in Antiquity, The Role of Power and Tradition. Amsterdam University Press. ISBN 9789089640789.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bakker, Egbert J., ed. 2010. A companion to the Ancient Greek language. Oxford: Wiley-Blackwell.
- Colvin, Stephen C. 2007. A historical Greek reader: Mycenaean to the koiné. Oxford: Oxford University Press.
- Horrocks, Geoffrey C. 1987. "The Ionian epic tradition: Was there an Aeolic phase in its development?" Minos 20–22: 269–94.
- Palmer, Leonard R. 1980. The Greek language. London: Faber & Faber.
- West, Martin L. 1974. Studies in Greek elegy and iambus. Berlin: de Gruyter.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Dialek bahasa dengan kod ISO 639-3
- Dialects with Linguist List code
- Bahasa tanpa kod ISO 639-3 tapi dengan kod Glottolog code
- Rencana dengan kod Glottolog tanpa nama
- Rencana bahasa dengan tarikh kepupusan yang tidak dirujuk
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari September 2024
- Penubuhan abad ke-11 SM
- Bahasa di Itali purba
- Pembubaran abad ke-3 SM
- Bahasa yang pupus dalam abad ke-3 SM
- Bahasa yang dibuktikan wujud sejak abad ke-11 SM
- Bahasa-bahasa Anatolia purba
- Bahasa-bahasa Thrace purba
- Bahasa-bahasa Macedonia pubra
- Ionia
- Bahasa Yunani Ionia
- Rencana bahasa dengan kod Linglist
- Rencana mengandungi teks bahasa Yunani Kuno (sehingga 1453)