Pergi ke kandungan

Bahasa Sumeria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Sumeria
𒅴𒂠
Emeg̃ir
Asli kepadaSumer dan Akkad
KawasanMesopotamia (Iraq moden)
EraDibuktikan wujud sejak s. 2900 SM. Tidak dituturkan lagi sekitar 1700 SM; digunakan sebagai bahasa klasik sehingga sekitar 100 TM.
Dialek/loghat
Pepaku Sumer-Akkad
Kod bahasa
ISO 639-2sux
ISO 639-3sux
Glottologsume1241
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Sumeria atau Sumer (Sumeria: 𒅴𒂠, rumi: Emeg̃ir, lit.''bahasa ibunda''; Jawi: بهاس سوميريا/سومر) ialah bahasa Sumeria purba. Ia antara bahasa tertua yang disahkan usianya, digunakan seawal 2900 SM. Ia dipercayai adalah bahasa pencilan, satu-satunya bahasa yang dituturkan di kawasan Mesopotamia purba, di Iraq zaman moden.

Bahasa Akkadia, sebuah bahasa Semitik, secara beransur-ansur menggantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia s. 2000 SM (tarikh tepatnya diperdebat)[3] tetapi bahasa Sumeria terus digunakan sebagai bahasa suci, istiadat, sastera dan sains di negeri-negeri Mesopotamia yang berbahasa Akkadia seperti Assyria dan Babylonia sehingga abad ke-1 Masihi.[4][5] Selepas itu, ia telah dilupakan sehinggalah abad ke-19, apabila ahli Assyriologi mula mentafsirkan batu dan papan bersurat yang digali serta ditulis dalam tulisan pepaku oleh penuturnya dahulu.

Peringkat

[sunting | sunting sumber]
Papan tanah liat ini (s. 3100 – 2900 SM) menulis tentang pemberian tanah kepada seseorang (Muzium Seni Walters, Baltimore)
Papan bersurat pertama dengan tulisan dalam kedua-dua bahasa Sumeria dan Akkadia adalah dari zaman Raja Rimusy. Muzium Louvre AO 5477. Bahagian atas dalam bahasa Sumeria dan bahagian bawah diterjemahkan ke dalam bahasa Akkadia.[6]

Sejarah penulisan bahasa Sumeria boleh dibahagikan kepada beberapa zaman:[7]

  • Sumeria Purba atau Arkaik – s. 2900 SM hingga s. 2600 SM
  • Sumeria Kuno atau Klasik – s. 2600 SM hingga s. 2100 SM
  • Neo-Sumeria – s. 2100 SM hingga s. 1700 SM
  • Pasca-Sumeria – selepas s. 1700 SM.

Bahasa Sumeria Purba ialah peringkat terawal yang mengandungi bahan linguistik, bermula dengan zaman Dinasti Awal dari sekitar 2900 SM hingga 2600 SM. Ia menggantikan zaman penulisan purba, yang berlangsung dari kira-kira 3300 SM hingga 2900 SM.

Istilah "Pasca-Sumeria" ialah zaman apabila bahasa Sumeria sudah pupus dan hanya dipelihara oleh orang Mesopotamia sebagai bahasa sembahyang dan klasik untuk tujuan keagamaan, kesenian dan keilmuan. Bahasa Sumeria dipercayai pupus pada penghujung Dinasti Ketiga Ur, negeri yang majoritinya orang Sumeria yang terakhir di Mesopotamia, sekitar 2000 SM. Namun, ini hanyalah anggaran, kerana ramai pakar berpendapat bahawa Sumeria sudah pupus atau sedang pupus seawal s. 2100 SM, pada permulaan zaman Ur III,[3][8] dan yang lain percaya bahawa bahasa Sumeria masih hidup ketika itu sebagai bahasa pertuturan, di sebahagian kecil Mesopotamia Selatan (Nippur dan sekitarnya) sehingga selewat-lewatnya 1700 SM.[3] Walau apa pun status bahasa Sumeria penuturan, dari 2000 dan 1700 SM banyak teks sastera dan senarai perkataan Sumeria-Akkadia dwibahasa dibuat, terutamanya di sekolah jurutulis Nippur. Dokumen-dokumen sekolah Sumeria dari Dinasti Negeri Laut ditemui di Tell Khaiber, beberapa di antaranya menyebut seorang raja bernama Aya-dara-galama.[9]

  1. ^ a b c d e Prince, J. Dyneley (1919). "Phonetic Relations in Sumerian". Journal of the American Oriental Society. 39: 265–279. doi:10.2307/592740. JSTOR 592740. Dicapai pada 2023-05-09.
  2. ^ Prince, J. Dyneley (1904). "The Vocabulary of Sumerian" (PDF). Journal of the American Oriental Society. 25: 49–67. doi:10.2307/592549. JSTOR 592549.
  3. ^ a b c Woods, C. (2006). Bilingualism, Scribal Learning, and the Death of Sumerian. Dalam S. L. Sanders (peny.) Margins of Writing, Origins of Culture. m/s 91–120.
  4. ^ Joan Oates (1979). Babylon [Edisi Semakan]. Thames and Hudston, Ltd. 1986 m/s 30, 52–53.
  5. ^ Cotterell, A. (1980). The penguin encyclopedia of ancient civilizations. Penguin Group. m/s 92.
  6. ^ THUREAU-DANGIN, F. (1911). "Notes Assyriologiques". Revue d'Assyriologie et d'archéologie orientale. 8 (3): 138–141. ISSN 0373-6032. JSTOR 23284567.
  7. ^ Hallo, W. W. (1963). On the antiquity of Sumerian literature. Journal of the American Oriental Society, 83(2), 167-176.
  8. ^ Michalowski, P. (2006). The lives of the Sumerian language. Margins of writing, origins of cultures, 159-84.
  9. ^ Robson, E. (2019). Information flows in rural Babylonia, c. 1500 BC. School of Advanced Study. The Concept of the Book. The Production, Progression and Dissemination of Information. ISBN 978-0-9927257-4-7.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "woods" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "oates79" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "grayson80" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "michal04" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "michal06" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "michal08" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "michal08p17" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "etcsl2005" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama dengan nama "Piotr Michalowski 2004, Pages 19-59" yang ditentukan dalam kumpulan <references> "" tidak mempunyai kandungan.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Zólyomi, Gábor. 2017. An Introduction to the Grammar of Sumerian. Buku teks Open Access, Budapest.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Friedrich Delitzsch (1914). Sumerisches glossar. J. C. Hinrichs. m/s. 295. Dicapai pada 2011-07-05.
  • Ebeling, J., & Cunningham, G. (2007). Analysing literary Sumerian : corpus-based approaches. London: Equinox. ISBN 1-84553-229-5
  • [1] Diarkibkan 2023-03-11 di Wayback MachineGeng, Jinrui, "An Outline of the Synchronic and Diachronic Variations of Sumerian", 2nd International Conference on Education, Language and Art (ICELA 2022). Atlantis Press, 2023.
  • Halloran, J. A. (2007). Sumerian lexicon: a dictionary guide to the ancient Sumerian language. Los Angeles, Calif: Logogram. ISBN 0-9786429-1-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]