April 2009
Penampilan
April 2009 ialah bulan keempat untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Rabu dan berakhir selepas 30 hari pada hari Khamis.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 26 April - Jenis baru selesema babi disahkan menjangkiti lebih 9,200 orang di seluruh dunia (gambar polis bertopeng) dan membunuh lebih 75 orang.
- 25 April - Kongres Kebangsaan Afrika kehilangan majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya umum Afrika Selatan 2009.
- 20 April - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- 20 April - Persidangan Kajian Semula Durban berlangsung di Geneva, Switzerland.
- 12 April - Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva (gambar) mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
- 7 April - Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- 7 April - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 6 April - Gempa bumi melanda L'Aquila, Itali, mengorbankan lebih 290 orang dan mencederakan 1,000 lagi.
- 5 April - Grand Prix Malaysia 2009 dihentikan separuh jalan akibat hujan lebat.
- 4 April - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 1 April - Albania dan Croatia menyertai NATO.
- April - Wartawan Majalah Al-Islam masuk ke dalam dua gereja di Malaysia untuk menyiasat gadis Melayu yang dikatakan murtad.