Anugerah Planet Muzik 2018
Anugerah Planet Muzik 2018 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah ![]() | |||
Tarikh | 28 September 2018 | |||
Lokasi | MES Theatre MediaCorp![]() | |||
Negara | Malaysia ![]() | |||
Disampaikan oleh | ![]() ![]() ![]() | |||
Sorotan | ||||
Anugerah terbanyak | Judika (4) | |||
Pencalonan terbanyak | Alif Abdullah (6) | |||
Lagu Terbaik | "Jikalau Kau Cinta" – Judika | |||
Artis Paling Popular | Khai Bahar | |||
Artis Lelaki Terbaik | Judika - "Jikalau Kau Cinta" | |||
Artis Terbaik Wanita | Isyana Sarasvati - "Lembaran Buku" | |||
Anugerah Khas Planet Muzik | Rossa | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | ![]() ![]() ![]() | |||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Planet Muzik 2018 merupakan edisi ke-17 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 28 September 2018 di MES Theatre MediaCorp, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Suria, Radio Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.[1] Tema bagi APM tahun ini ialah tropic like it's hot dengan mewujudkan tanda pagar "#GilerTakGerek?!".[2] APM disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia dan TVRI di Indonesia.[3]
Anugerah Planet Muzik 2018 menampilkan 18 kategori berbeza. Para peminat juga diberi kesempatan untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat. Proses pemilihan berlangsung mulai 3 Ogos sehingga 25 September 2018.[4]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Pencalonan bagi Anugerah Planet Muzik 2018 diumumkan pada 3 Ogos 2018 di Studio Taman Buaya TVRI Senayan, Jakarta Pusat.[5] Sementara itu, malam kemuncak penganugerahan diadakan pada 28 September 2018 di MES Theatre MediaCorp, Singapura.[6]
Senarai pencalonan ialah penyanyi rap dan penulis lagu Singapura Alif Abdullah, bekas ahli kumpulan Sleeq dengan 6 pencalonan, kemudian diikuti dengan 5 pencalonan masing-masing untuk penyanyi pop wanita Indonesia, Isyana Sarasvati, penyanyi Singapura, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid serta bintang pop Malaysia As'ad Motawh. Sementara kumpulan Sheila on 7 menerima 4 pencalonan.[7]
Pada malam anugerah, penyanyi solo Indonesia Judika mendapat 4 anugerah sekaligus untuk pelbagai kategori, diantaranya untuk kategori Artis Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Indonesia), Lagu Terbaik (APM), dan Kolaborasi Terbaik (Artis).[8][9] Sementara itu, penyanyi wanita Indonesia Rossa menerima Anugerah Khas Planet Muzik, yang diserahkan terus oleh CEO MediaCorp, Tham Loke Kheng.[10]
Pemenang ditulis pertama dan ditulis dengan teks tebal.[11]
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
|
Artis Baru Terbaik (Wanita)
|
Duo/Kumpulan Terbaik
|
Band Terbaik
|
Kolaborasi Terbaik (Artis)
|
Kolaborasi Terbaik (Lagu)
|
Artis Terbaik (Lelaki)
|
Artis Terbaik (Wanita)
|
Lagu Terbaik (Indonesia)
|
Lagu Terbaik (Malaysia)
|
Lagu Terbaik (Singapura)
|
Artis Paling Popular Singapura
|
Lagu Paling Popular Singapura
|
Ikon Media Sosial
| |
Artis Paling Popular APM
|
Lagu Paling Popular APM
|
Anugerah Khas Planet Muzik |
---|
Penyampai anugerah
[sunting | sunting sumber]Nama | Peranan |
---|---|
Ayda Jebat dan Judika | Penyampai kategori Artis Baru Terbaik dan Kolaborasi Terbaik |
Isyana Sarasvati dan Khairudin Saharom | Penyampai kategori Duo/Kumpulan dan Band Terbaik |
Nity Baizura dan Ismail | Penyampai kategori Lagu Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular APM |
Mohd Anwar Tahar dan Zaza Majid | Penyampai kategori Ikon Media Sosial |
DJ KC dan Bernard Lee | Penyampai kategori Artis Paling Popular Singapura |
Hannah Delisha dan Daaim Jailani | Penyampai kategori Lagu Terbaik Singapura |
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Taufik Batisah | Penyampai kategori Lagu Terbaik Indonesia, Malaysia dan Lagu Terbaik APM |
Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah | Penyampai kategori Artis Terbaik |
Fiza O | Penyampai Anugerah Khas Planet Muzik |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Penuh Calon Anugerah Planet Muzik 2018". Budiey.com. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ Kumampung, Dian Reinis (30 September 2018). Ati Kamil (penyunting). "Indonesia Terbaik di 8 dari 17 Kategori Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ Arbar, Thea Fathanah (5 Ogos 2018). "Anugerah Planet Muzik 2018 Kembali Digelar". Urban Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ "TVRI Umumkan Nominasi Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. 3 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ Kumampung, Dian Reinis (30 September 2018). Ati Kamil (penyunting). "Indonesia Terbaik di 8 dari 17 Kategori Anugerah Planet Muzik 2018". Kompas.com. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Isyana Sarasvati dan Sheila On 7 Mendominasi Anugerah Planet Muzik 2018". Kabar Hiburan. 3 Ogos 2018. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ Putri, Ayu Wulansari Kushandoyo (30 September 2018). "Judika Sabet 4 Penghargaan Sekaligus dari Anugerah Planet Muzik 2018, Selamat!". Grid.id. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Abdul Hadi, Eddino (1 Oktober 2018). "Indonesian artists dominate Anugerah Planet Muzik". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Oktober 2018.
- ^ "Rossa Raih Penghargaan Spesial Anugerah Planet Muzik 2018". Viva.co.id. 29 September 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Bejoroy, penyunting (4 Ogos 2018). "Daftar Lengkap Nominasi APM 2018, Isyana Sarasvati Raih 5 Nominasi". Tribunnews.com. Dicapai pada 6 Ogos 2018.