Pergi ke kandungan

Insomniacks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Insomniacks
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop rock, pop
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia (2017-2020)
Universal Music Malaysia (2021–kini)
Pengkarya berkait
Midnight Fusic
AhliSyed Mir Iqbal (Iqie)
Wan Arif Iskandar (Iskandar)
Gavin Wong (Gavin)
Danial Lee Hashim (Dan)

Insomniacks ialah kumpulan pop rock Malaysia yang dianggotai oleh 4 orang pemuda.

Mereka telah mengeluarkan lagu pertama mereka, "Selalu" pada tahun 2017 yang menjadi runut bunyi drama televisyen yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan My Coffee Prince di Astro Ria. Kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Danial Lee Hashim (Dan). Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Top 5 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks' & menjadikan kumpulan popular dari luar negara iaitu 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy sebagai pengaruh utama mereka[1].

Mereka juga memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkan single kedua berjudul Pulang yang merekodkan Most Week in Charts 2019 (Domestic Song), Most Streamed Domestic 2019 & TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia menurut sumber daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Penarafan tersebut menjadikan mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang mencatatkan Lagu Paling Lama Berada Di Dalam Carta RIM sepanjang tahun 2019.[2] [3] [4]. Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman muzik Spotify turut menyenaraikan Insomniacks di dalam Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia sebagai Artis Top 5 Tempatan Paling Banyak Distrim.[5] [6] [7]

Pada tahun 2016, Insomniacks telah memuat naik video lagu cover Melayu mereka yang pertama, Terakhir oleh Sufian Suhaimi yang berjaya mencapai 300 ribu tontonan di YouTube.

Pada tahun 2017, Insomniacks akhirnya mengeluarkan single pertama mereka yang berjudul Selalu dan berjaya mencapai angka 500 ribu tontonan dalam beberapa bulan dilancarkan dan menjadikan lagu mereka sebagai runut bunyi drama bersiri popular My Coffee Prince di Astro Ria.

Selang kemudian, Insomniacks pada tahun 2018 sekali lagi mengeluarkan single kedua berjudul Pulang yang berjaya mencapai angka 18 juta tontonan di YouTube dan secara tidak langsung mengangkat nama mereka di dalam Industri Muzik Malaysia. Mereka juga mengeluarkan Pulang WEDisode secara eksklusif bagi menceritakan secara keseluruhan jalan cerita di dalam Muzik Video Pulang berkenaan sebanyak 4 episod di YouTube rasmi mereka. Atas sambutan yang amat menggalakkan, mereka juga mengeluarkan Pulang (Piano Version) pada tahun 2019. Pulang sehingga kini berjaya merekodkan Lagu Paling Banyak Distrim dan Paling Lama Bertahan selama 106 minggu berturut-turut di dalam Carta RIM mingguan.[8]

Pada tahun 2020, Insomniacks telah mengeluarkan single mereka yang ketiga berjudul Kepala Batu. Selang beberapa bulan, mereka telahpun mengeluarkan album EP mereka tersendiri iaitu Kepala Batu EP yang menampilkan 3 judul lagu baharu iaitu, Here Again, Reminisensi & Langgar di samping lagu mereka terdahulu Kepala Batu & Selalu.

Ahli kumpulan

[sunting | sunting sumber]
  • Syed Mir Iqbal atau lebih dikenali sebagai Iqie dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-06-03) 3 Jun 1997 (umur 27).
    • Vokalis & Gitaris[9]
  • Wan Arif Iskandar atau lebih dikenali sebagai Isk dilahirkan di Westminster, United Kingdom pada (1997-09-09) 9 September 1997 (umur 27).
    • Gitar Bes & Vokalis
  • Danial Lee Hashim atau lebih dikenali sebagai Dan dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-02-25) 25 Februari 1997 (umur 27)
    • Gitaris
  • Gavin Wong atau lebih dikenali sebagai Gavin dilahirkan di Kuala Lumpur pada (1997-12-27) 27 Disember 1997 (umur 26).
    • Dram

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Extended play

[sunting | sunting sumber]
Senarai extended play, menunjukkan nama album, butiran album dan senarai runut
Album Butiran album Senarai runut Catatan
Kepala Batu EP
  1. "Here Again"
  2. "Reminisensi"
  3. "Langgar"
  4. "Kepala Batu"
  5. "Selalu"
Senarai single, menunjukkan tahun keluaran, tajuk single, nama komposer, nama penulis lirik dan nama album
Tajuk Tahun Komposer Penulis Lirik Album Catatan
2017 "Selalu" Insomniacks Iqie, Iskandar & Danial Kepala Batu EP dan My Coffee Prince OST
2018 "Pulang" Insomniacks Iqie, Danial, Damilia & Iskandar Single bukan-album
2019 "Pulang" (Piano Version) Insomniacks Iqie, Danial, Damilia & Iskandar Single bukan-album
2020 "Kepala Batu" Insomniacks, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo Iqie, Iskandar, Gavin, Danial, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo Kepala Batu EP
"Reminisensi" Insomniacks Insomniacks
"Langgar" Insomniacks Insomniacks
"Here Again" Insomniacks Insomniacks
"Reminisensi" (Piano Version) Insomniacks Insomniacks Single bukan-album
2021 "Pulang" (Reimagined) Insomniacks Iqie, Iskandar, Gavin, Danial, Damilia
"Reminisensi" (Reimagined) Insomniacks Insomniacks
2022 "Sempurna" Iqie, Iskandar, Danial, Gavin Iqie, Danial
"Igaun Malam" Iqie, Iskandar, Danial Iqie, Iskandar, Danial, Gavin, Maniacks
2023 "Lagu Raya" Senna Senna
"Cerita Kita" Iqie, Iskandar, Danial Iqie, Iskandar, Danial Duet bersama Nabila Razali
2024 "Teman" Iqie Iqie
"Belum Mulai" S/EEK Insomniacks, Clara Riva, S/EEK Duet bersama Nabila Taqiyyah

Sebagai artis yang ditampilkan

[sunting | sunting sumber]
Senarai single sebagai artis ditampilkan, menunjukkan tahun keluaran dan nama album
Tahun Tajuk Album Ruj.
2020 Go There If You Miss Me (Night Skies & Visions ft. Iqie Insomniacks) Single bukan-album [10]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Band Terbaik Tercalon
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Artis Baharu MeleTOP Tercalon
  1. ^ "Insomniacks papar kisah hidup remaja". Buletin Malaysia. 11 Disember 2017.
  2. ^ "Most Week in Charts 2019 (Domestic Song)". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
  3. ^ "Most Streamed Domestic 2019". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
  4. ^ "TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
  5. ^ "Spotify Wrapped 2019". Amanz. 4 Disember 2019.
  6. ^ "Insomniacks tak gelojoh cari populariti". Berita Harian Online. 20 Ogos 2019.
  7. ^ "Kami tak boleh berpisah". Harian Metro Rap. 3 Mac 2019.
  8. ^ "Carta RIM Malaysia". recordingindustrymalaysia. 11 Disember 2020.
  9. ^ "Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan Insomniacks". Iluminasi. 24 Ogos 2019.
  10. ^ Night Skies & Visions ft. Iqie of Insomniacks - Go There If You Miss Me (OFFICIAL MUSIC VIDEO) Night Skies & Visions Youtube.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]